Monday, July 23, 2018

UMK Laksana Kajian Saintifik Kesan Jin &Makhluk Halus



KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang melaksanakan kajian saintifik bagi mengesan makhluk halus atau jin di dalam badan manusia menggunakan peralatan elektronik yang dikatakan mampu mengesan aura itu.
Kajian bagi mengesan jin terutama saka dilaksanakan tujuh pengkaji daripada UMK, diketuai Prof Madya Dr Yohan Kur Niawan sejak dua tahun lalu.
Yohan yang berasal daripada Indonesia, berkata kajian itu dibuat menggunakan sebuah peralatan elektronik bagi mengesan aura dalam badan manusia yang dibeli di Amerika Syarikat berharga kira-kira RM15,000.
Beliau berkata, seramai 10 responden yang diakui mempunyai saka diuji menggunakan peralatan elektronik terbabit bagi mengesan perubahan elektrik dalam badan sebaik mereka menerima rawatan Islam seperti diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah, Ruqyah serta muzik tradisional.
“Alat ini adalah satu kaedah secara saintifik bagi membuktikan kewujudan jin dalam badan manusia melalui perubahan elektrik memandangkan makhluk itu dicipta daripada api berdasarkan al-Quran.
“Badan manusia mempunyai tujuh aura bermula daripada kepala hingga kaki. Setiap aura itu mempunyai tenaga elektrik berbeza yang dikesan melalui peralatan terbabit.
“Berdasarkan kajian, terdapat tiga aura yang sering dipengaruhi kehadiran jin iaitu di kepala, leher dan dada. Jika satu daripada tiga aura ini mejadi merah berdasarkan perisian yang disambungkan daripada peralatan elektronik kepada komputer, kemungkinan wujudnya jin ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, aura berwarna merah tidak semestinya membuktikan kewujudan jin memandangkan tenaga elektrik dalam badan sentiasa berubah jika seseorang itu dalam keadaan tekanan, letih, marah atau sedih.
“Pada mulanya, responden akan dibiarkan tenang beberapa minit sebelum tangannya diletak pada peralatan terbabit bagi mengesan arus elektrik dalam badan.
“Ujian ini akan dilakukan beberapa kali dan jika aura merah konsisten keluar setiap kali responden didengarkan bacaan al-Fatihah, Ruqyah atau muzik tradisional, kemungkinan besar jin ini wujud pada pesakit terbabit,” katanya yang menjalankan kajian itu dibawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kementerian Pendidikan.
Bagaimanapun, Yohan berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan ketepatannya antara 80 hingga 90 peratus.
Oleh itu, katanya, kajian terbabit masih memerlukan kira-kira dua tahun lagi untuk disiapkan bagi mengumpul data mengenai penafasan, gelombang elektromegnetik serta denyutan nadi terhadap responden yang terbabit.
“Kajian ini diharap menjadi penyumbang kepada perubatan alternatif terhadap pesakit yang mempunyai gangguan serta penyakit misteri. Ini kerana, ada orang dakwa sakit itu daripada jin, tapi sebenarnya tidak, malah ada juga sakit yang menyebabkan pelakuan pelik tiada kaitan dengan jin.
“Justeru, kita mahu membantu dari segi ketepatan maklumat sebelum rawatan dijalankan bagi menghidari kes kekhilafan dalam merawat.
“Tambahan pula, kajian seperti ini masih kurang dijalankan, malah pengkaji dari Barat menyatakan jin tidak wujud dan semuanya berlaku disebabkan `ilusi low frequency’ yang mempengaruhi otak,” katanya yang mahu membuktikan kewujudan fenomena gangguan makhluk halus. – BH

6 comments:

bunbinban said...

Pemangku sultan kelantan dah tegur, kelantan kotor. Dlu ada sorang hamba Allah up isu ni, melenting nik amar kata org tu buauk hati la. Tapi kali ni respon cukup lembut....kahkahkah...

ted manoff said...

Bagus juga..tapi pastikan barang yg dibeli tuu bkn ciptaan yahudi..yuhudi bangsa pencipta sdgkan tuan ibnu hasyim bangsa pengguna..🔎🔎📖📕📃📜🕯📡

Anonymous said...

Mesin tu dah ada kat jerman lama dahh. Mesin dpt mngesan Jin porno bilik hotel kt badan nasarudin altontoni

Anonymous said...

Kenapa la otak penyokong2 ph ni mirip seperti orang yg mereng.
Kalau baca komen mereka tak ada suatu pun yg membina. Tidak berilmiah dan terlalu kurang fakta dan bukti. Maksudnya mereka ini tidak konsisten untuk memesongkan pembaca dari isu yg dibincangkan. Amat malang bagi bangsa melayu yg menyokong Ph tanpa berpaksikan kebenaran. Bahkan kebenaran yg ada dispin supaya dapat menegakkan benang yg basah.
Kpd penyokong Ph kita sarankan supaya berhentilah dari perbuatan memalukan ummah. Klu tak puas melalui komen di media kita boleh bersemuka secara bersantai.

Anonymous said...

sapa yg dimaksudkn tu.. mungkin sedara 1st time masuk blog ibnu rasanya.. tkde sapa komen politik kt atas

Anonymous said...

alat tu ada meter bayaran sekali.. klu tk bayar lps nonton akn berbunyi alat tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails