Thursday, July 26, 2018

Tun M Dicabar Buktikan Tuduhan PAS Terima RM90 Juta Dari UMNO..

Hasil carian imej untuk tun mahathir dicabar pas
KUALA LUMPUR – PAS mencabar Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan bukti parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Umno seperti yang didakwa gabungan berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Fadli Shaari (PAS-Pasir Mas) berkata, kegagalan menunjukkan bukti bermakna PH menggunakan dakwaan itu untuk mencipta persepsi jahat.

“Sebelum PRU14, bila kita cabar tunjukkan akaun mana kita terima RM90 juta, mereka sebut pelbagai akta kononnya dihalang kerajaan.
“Hari ini, PH sudah menjadi kerajaan, klasifikasikan dokumen-dokumen yang PAS terima dana seperti ini,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Sarawak Report dalam satu artikel yang disiarkan pada 6 Ogos 2016 mendakwa RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak turut menepis dakwaan beliau memberi RM90 juta kepada PAS dan menyifatkan tuduhan itu mengarut. Susulan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada April 2017.

Sementara itu, Fadli turut mendakwa PH gagal menunaikan janji 100 hari mentadbir negara.

“Di Terengganu, PAS melaksanakan 5 janji daripada 20 manifesto PAS, walaupun ada orang kata mana mungkin kahwin hari ini, esok beranak. 

"Tetapi, Terengganu kita telah beranak 5, pertama kembalikan tanah yang dirampas, rumah dan tanah kepada mereka yang berumur 21 tahun dan layak, kahwin percuma di setiap Dewan Undangan Negeri, air percuma kepada golongan miskin dan mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di setiap jabatan kerajaan negeri.” – Fmt

7 comments:

Anonymous said...

sapa ahmad fadli ni?

budak kecik cuba nk tunjuk taring kecik.

mengulang2 isu yg sedang dlm perjalanan mahkamah. akta apa yg nk dipinda kunun halangan ph dedah bukti?

bukti memang patut didedah dlm mahkamah bukan diluar. dok cabar tun buat apa. cabar mncabar berlaku dlm mahkamah.

fadli budak mentah.

masih mngulang ph tk tunai manifesto. dh tu mngaku pas nganu pun lum tunai semua. kan ke bangang budak fadli ni.

klu pas tunai semua manifesto dlm 100 hari barulah boleh mnyalak. sendiri pun xcomplete lg nk complen manifesto org lain.

fadli ni akn mnjahanamkn pas lg percayalah. bilalah pas nk melahirkn lobai2 yg bijakpandai. ..mm hari tu ada juga tp semua dh tubuh amanah.

oh ye satu lg fadli lupa sebut...menjilat dap. ini motto pas iaitu ph menjilat dap.

Anonymous said...

kalau PH tak tunai manifesto pon takpe... we don't care
janji yg tumbang umno & pas yg sekarang
pas zaman TGNA & pemimpin sebelumnya tak mcm skrg
yg sekarang kaya2 taktau mana dpt duit...
dah sama taraf dgn umno je

Anonymous said...

AnonymousJuly 26, 2018 at 7:30 AM tuan seronok kutuk tuduh fitnah pas bukti takda. Tun m and geng ph dari sebelum pru14 hingga kini fitnah pas terima 90juta diluar mahkamah bila mintak bukti kamu kata tak cerdik. Ni nak bagi tahu bila kamu tuduh kena buktikan jangan melalak aja. Kalau tuduh di mahkamah buktikan dimahkamah bila buat fitnah diluar mahkamah kena buktikan diluar mahkamah kalau tak ada bukti jangan tuduh. Kamu sebenarnya anti pas sebab tu meroyan aja simpan sikit tak cerdik tu. Kamu kata yang cerdik dalam pas tubuh amanah itu kamu kata tapi cuba kamu kenali betul2 mereka tu cerdik ke tak. Mereka tu semua cerdik tak boleh pakai. Manifesto terengganu dah laksanakan 5 dlm 100 kerajaan terengganu tak janji dlm 100 hari tapi dah laksanakan 5 dari 20. Ph janji 10 dlm 100 hari tapi yg dah laksana 2 itu pun takda untuk rakyat. Gst 0 barang naik jugak minyak kata turun tapi tak turun jugak yg ph dok keras nak buat sampay kata tak ada uthen uec yg dikehendakki dap betul jugak kamu kata ph jilat dap sebab dap banyak untung melayu terutama islam dipinggirkan. Itu yg benarnya tima kasih kerana mengaku jilat dap.

Anonymous said...

tkpayah banding la negeri tganu dgn negara yg ditinggalkn oleh pemerintah dulu dgn penuh najis.

buanglah sydrom takutkn dap kristian dll yg dimomok umno sekian lama.

dap besar atau Allah Maha Besar?

org islam dinegeri kafir mcm us dll pun tktakut pemetintah mereka sebb mereka sedar islam dlm diri itu lbh utama. silap2 islam nereka lbh hebat dpd walaun serambi mekah. mereka ada street dakwah... walaun ada?

Anonymous said...

Anon 7:57am, tutup sikit wajah keciwa jiwa lara roh merana kamu tu! Malu la kat orang, nampak sangat2 hujah tahap budak tadika! Kamu akui Mat Sabu, Khalid Samad, Cikgu Rahim, Hanipa Maidin Salahuddin Ayub n geng2nya tu cerdik kan? Bila cerdik tentu boleh pakai,berguna! Sbb tu mereka semua kini jadi Menteri , Timbalan Menteri dan Senator di Parlimen Kerajaan Malaysia Baru PH sekarang. Yang cerdik (baca `bodoh`) tak boleh pakai tu kamu!

Utk si bodoh lagi tak boleh pakai nony 7:57, dari 10 janji tu, 2 telah dilaksana sepenuhnya, 6 sedang dilaksanakan dan 2 bakal dilaksanakan menjelang 100 hari Malaysia Baru PH. Jangan jadi bodoh lagi ya anoy 7:57, rajin2 baca site2 lain, lompat keluar sikitla dari tempurung kamu tu, baru boleh jadi cerdik mcm Dr Mujahid Yusof Rawa tu! ye noni 7:57!

Anonymous said...

noni 7:57 asyik memerap kt masjid rusila je mana nk tau perkembangan. nnti dr mujahid tulis dlm english lg la noni tk faham.

bunbinban said...

Walaun ni bkn paham apa pun. Apa yg umno salak dia pun sahut. Yg dia tahu, cite psl tambah bini. Ikut sunnah katanya. Bab tu je la. Bab lain punah...kahkahkah...kondem sket Pas mula la meroyan kata anti islam la penyokong dap la kapir la. Anggap Pas dah mcm agama plak x leh di tegur. Maksum ke?. Kata matang sejahtera. Tapi x leh terima hakikat ada yg Pas buat x selari dgn ajaran Islam atau sunnah Rasulullah SAW. mcm ibnu ni, selalu posting gambar yg menjolok mata, di tegur tapi kita plak di panggil anti islam, penjilat Dap....padahal puak lebai ni la kaki jilat sampai licin, tu pun x kendur2 lgi....kahkahkah...stim unlimited. Terimalah hakikat, di sg kandis, lokman adam dan umno berjaya tunggang Pas sampai Pas pun x leh nak bangun....x tau la sedap ke apa tapi mmg tukang bentang karpet utk umno...kahkahkah....Patutnya Pas yg bertanding bkn Umno. Serius ko. Nmpk gaya Pas rela di pandang dayus dari berani meletakkan calon di sana. Kalah menang perkara biasa. Adat pertandingan. Takan Pas rasa keislaman Umno lebeh dari Pas kot. Kahkahkah....datuk lokman nor adam al umnoyi...kahkahkah...bentang karpet merah atur PASu bunga tepi karpet dan berhanana la korang menyambut tuan guru datuk lokman nor adam al umnoyi...kahkahkah...ex mudir jasa al binasa..kahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails