Friday, July 13, 2018

Trio Ini Boleh Diharap Jaga Islam? Padan, Manifestonya Tiada Martabat Islam..

Adakah Trio Ini Boleh Diharap Jaga Islam?


GEMPAR… Akhir tahun lalu, umat Islam Indonesia kecoh apabila mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan zina atau hubungan seks luar nikah bukan lagi disifat sebagai kes jenayah awam.

Keputusan Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat iktiraf zina tidak bercanggah dengan perlembagaan republik itu namun dikritik keras pelbagai badan hal ehwal Islam tempatan sebagai sengaja ‘cari bala’ langgar perintah Tuhan.
Umat Islam di negara paling ramai Muslim di dunia itu ternyata kecewa apabila lima daripada sembilan hakim panel adalah beragama Islam yang tidak dapat berbuat apa-apa akibat pengaruh tekanan kumpulan anti-Islam Indonesia.
Begitulah nasib Islam di negara terbesar ASEAN, manakala jiran kecil, Singapura pula menyaksikan minoriti Islam didiskriminasi waima gaji bulanan mereka dipotong untuk kos selenggara masjid sebab tidak dibiayai pemerintah.
Seperti juga Indonesia, komuniti Islam di Singapura dimurtad secara terbuka apabila bebas kahwin dengan bukan Muslim dan lebih teruk, azan di negara pulau itu hanya dalam bangunan kerana dianggap konon cemar bunyi alam.
Malangnya, kisah buruk di dua buah negara jiran Malaysia itu tidak dijadikan iktibar oleh generasi muda apabila mereka memilih Pakatan Harapan (PH) yang jelas dalam manifestonya langsung tiada usaha untuk martabat Islam.
Padahnya dapat disaksikan semalam apabila buat julung kali dalam sejarah, tiga jawatan penting melibatkan bab perundangan negara dikuasai bukan Islam yang kebetulan mempunyai rekod kurang mesra terhadap syiar Islam.
Bermula dengan pelantikan kontroversi Peguam Negara baharu, Tommy Thomas pada 5 Jun lalu, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong pada 2 Julai lepas.
Dan terakhir pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum secara tergesa-gesa di Istana Negara semalam pada ketika Tun Raus Sharif masih lagi penyandang jawatan tertinggi kehakiman itu sehingga 31 Julai ini.
Apakah ini bala untuk umat Islam Malaysia dan kebetulan pula, sehari sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas secara tiba-tiba.
Ada menyifatkan kejadian tersebut sebagai peringatan Allah SWT kerana Ahli Parlimen PAN Sepang di Selangor itu pernah celupar di Dewan Rakyat tahun lalu apabila dengan angkuh cuba menyamakan dirinya seumpama Tuhan.
Adakah Trio Ini Boleh Diharap Jaga Islam?
Lebih unik, Mohamed Hanipa ‘tumbang’ ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diketahui tidak prihatin dengan isu Islam, berucap perlekeh umat Islam cuma bergantung kepada doa dan solat hajat untuk berjaya.
Mungkin kesemua insiden itu berlaku secara kebetulan, namun pelantikan Malanjum yang pernah dicadangkan sendiri oleh ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang sebelum ini memang dirancang amat teliti dan bukan terjadi secara kebetulan.
Hakikatnya, pelantikan Malanjum adalah cabaran besar buat umat Islam di Malaysia yang kufur nikmat Tuhan sepanjang 61 tahun ditadbir Barisan Nasional (BN) apabila mahu negara ini diperintah oleh PH yang entah apa-apa.
Untuk rekod, dalam kes permohonan Lina Joy pada 2007 untuk tukar agama daripada Islam kepada Kristian, tiga hakim terlibat dalam proses kehakiman. Dua hakim (orang Islam) tidak bersetuju membenarkan Lina Joy murtad.
Manakala seorang hakim iaitu Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam. Kemenangan kes itu mula menjadikan amalan murtad di negara ini dapat dihujah dari sudut sistem kehakiman dan perundangan.
Seterusnya pada tahun 2015 pula, kes rayuan penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada God oleh akhbar Kristian tempatan, The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti panel hakim mahkamah (iaitu 4 berbalas 3).
Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah itu ialah Malanjum. Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh tutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.
Namun pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Antara yang undi batalkan penukaran agama tersebut ialah Malanjum. Keputusan kehakiman ini memang terletak pada hati hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta kerana hati yang ada pada hakim menafsir teks dan fakta kes.
Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada syiar Islam, sementara hakim yang beriktikad dengan akidah agama lain atau sekular akan cenderung kepada kepercayaan agama anutan dan iktikadnya sendiri.
Jika beginilah senario buruknya, adakah umat Islam di negara ini boleh lagi mengharapkan kepada mereka yang bukan Muslim untuk jaga kepentingan masyarakat Islam selepas ini. Tepuk dada dan tanyalah iman di hati.
Bak kata ulama tersohor Nusantara, Hamka dari Indonesia, jika anda diam saat agamamu dihina oleh musuh Islam, maka gantikanlah bajumu itu dengan kain kafan. Fikir-fikirkanlah!  – Mynewshub.TV
* Video ini sekadar tazkirah…

6 comments:

Ibnu Hasyim said...

Awas Ibnu Hasyim tiruan..
Lihat ini..

[Ibnu hasyim said...
Wah,barua2 pas umno nk salahkn cina plk.dulu lebai bersama dap tk pula buka mulut pasal ni.sejak parti lebai gila kalah barua2 terus meroyan.barua2 pas kini bersama umno urk jatuhkan kerajaan islam yg diketuai ph. Pergi mampos sama lobai gila seks.
July 11, 2018 at 5:11 PM ]
[ Ibnu hasyim said...
Korang sembanglah dulu,aku nk kongkek ni,mlm wajib buat anak.
July 12, 2018 at 11:49 PM ]
Kalau begini adakah perlu saya tutup bahagian komen terus. Atau ditapis dulu. Atau ditutup untuk orang-orang tertentu. Saya dah beri peluang lama terus siar tanpa tapis, tapi puak-puak spesis jahat salah guna kebaikan yang diberi, Mereka menikam Islam melalui blog ini. Atau adakah perlu saya buat report polis.

Apa pandangan anda?

Khairulryezal osman said...

Jawatan Ketua Hakim Negara adalah lebih kepada jawatan simbolik.

Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum adalah inevitable dan sememangnya dijangka memandangkan beliau adalah antara Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan.

Adakah Ketua Hakim Negara lebih berkuasa dalam menentukan keputusan kes?

Tidak. Ketua Hakim Negara tidak mempunyai keutamaan dalam menentukan keputusan sesuatu kes. Nilai undinya masih satu. Dan kuorum Mahkamah Persekutuan sentiasa tiga atau lebih. Jadi siapapun yang menjadi Ketua Hakim Negara, sentiasa ada sekurang-kurangnya dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempunyai undi.

Adakah Ketua Hakim Negara berhak menolak kelulusan atau pembentangan mana-mana RUU?

Tidak. Pembentangan mana-mana RUU di parlimen bergantung kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat yang berkuasa penuh ke atas perjalanan sesuatu sesi Dewan Rakyat. Hanya beliau yang boleh membenar atau tidak membenar pembentang sesuatu RUU di Parlimen. Ketua Hakim Negara bahkan tidak mempunyai hak untuk didengari di Parlimen.

Adakah Ketua Hakim Negara secara sendirinya boleh membatalkan peruntukan mana-mana Akta?

Tidak boleh. Secara sendiri beliau tidak mempunyai kuasa tersebut. Kuasa itu hanya muncul sekiranya beliau menjadi hakim yang bersidang di dalam pendengaran kes bagi menentusahkan RUU atau Akta tersebut. Dan seperti mana dinyatakan di atas, undinya tetap mempunyai nilai yang sama sebagaimana hakim lain yang turut bersidang. Di Malaysia badan kehakiman tiada kuasa untuk memulakan apa-apa prosiding bagi membatalkan apa-apa undang-undang sekalipun percanggahannya dengan Perlembagaan Persekutuan (glaring contradiction). Selagimana isu percanggahan itu tidak dibawa ke mahkamah, undang-undang itu masih dianggap sebagai sah dan terpakai. Contohnya enakman-enakmen Hudud yang diluluskan di beberapa negeri. Walaupun jelas ianya bercanggah dan melangkaui kuasa DUN, ia masih tidak dibatalkan kerana tidak pernah dicabar.

Adakah Ketua Hakim Negara boleh mewujudkan undang-undang baru?

Tidak boleh. Kuasa itu terletak pada badan legislatif, bukannya badan kehakiman. Badan kehakiman hanya mentafsirkan peruntukan undang-undang dan di Malaysia sebagai negara yang mempunyai undang-undang termasuk perlembagaan bertulis, kuasa hakim-hakim termasuklah Ketua Hakim Negara untuk mewujudkan undang-undang atau remedi baharu tidak wujud.

Tambahan: telah berlegar tulisan menyatakan bahawa Tan Sri Richard Malanjum yang membuat keputusan membatalkan keIslaman anak-anak Indira Gandhi. Ini adalah satu keanehan. Terdapat lima hakim yang bersidang di dalam kes itu dan kesemuanya sepakat memutuskan pengIslaman itu tidak sah. Nak pukul, pukul semua. Bukan hanya meletakkan kesalahan di bahu beliau seorang.

Anonymous said...

Khairulryezal osmanJuly 13, 2018 at 4:27 jngan buat tak faham isu sebenar. Jng kamu tolah kebenaran demi menyokong puak kafir. Kamu buat2 tak tahu konon komen kamu betul kamu ni seakidah dng mereka ke sampay begitu sekali belitan komen kamu nak menunjukkan konon puak kafir lebih baik dari umar islam.

Tok Kecik said...

hujah 8:00 adalah kosong, hujah khairulryezal ada fakta dan bernas.

isu perundangan very technical, jgn emosi. nanti islam dilihat bodoh dungu
dan emosional. emosional tkde tempat dlm zaman moden berfakta ini.

malah ada satu kes dulu dimana peguam muslim telah dikutuk kerana membela
seorg wanita tua yg dikatakan murtad. apa yg berlaku sebenarnya wanita itu
dibela org islam masa kecik dgn nama islam. kemudian tk tau apa yg jadi
wanita itu menjalani hidup hingga tua sebagai bukan islam dn tkde hatipun
utk jadi islam. hanya nama saja tinggal islam.

maka hakikatnya wanita itu bukan islam maka tidak timbul isu membela org
murtad.

cuba bygkan khairulryezal bawa hujah tu dlm mahkamah, 8:00 pula jawapb seperti
yg beliau tulis, dah tentu kalah KO. hujahlah dgn fakta perundangan.

memang benar hakim sekali pun tk boleh buat keputusan atas individu. yg blh
buat keputusan individu adalah PM. tu yg hancur Negara sebb PM dulu guna kuasa
sepenuhnya tnpa peduli undang2 dan etika.

hakim sekali pun masih dibawah perlembagaan yg masih ada raja2 dll. jika tk suka
maka draf lah perlembagaan yg betul ikut islam, tp jgn la ikut islam fahaman PAS.

ramai ada ulamak2 undang2 dlm dunia. tk pernah rasanya PAS menggerakkan usaha ini.

nk buat 355 pun terkial2.

akhirnya semua yg tk sependapat dgn PAS akan dituduh anti islam, menyebab islam
terancam dan lemah.

takde sapa kata kafir lebih baik dpd islam, tp umat islam ramainya lebih teruk
dr kafir. seperti dicabar tommy Thomas, bila masa PAS pernah melahirkan seorg peguam
atau hakim yg sehebat dn berintegriti tinggi mcm ketua hakim Negara yg baru.

ketika beliau jd hakim di Malaysia timur, adakah islam terancam? apa yg terancamnya.
masih bebas kita mengamalkan islam.

byk lagi kerja islam yg kamu abaikan. umat dipengaruhi ajaran sesat misalnya. tiada
halangan utk kamu perbetulkan malah kerajaan menyokong, silalah ke depan. PAS tidak
pernah berusaha memerangi akidah syiah misalnya. sebb ada kepentingan hj hadi terhadap
syiah dn iran. walhal itu lebih bahaya, lebih mangancam ramai umat islam. tertipu kerana
kesesatan syiah terselindung disebalik imej islam yg hebat.

pas ni.. sikit2 islam terancam. berdepan tk berani. forum asyik kalah. berdebat lg tk
berani. yg gemarnya menuduh org lain fasik munafik anti islam. sehingga rompakan mega pemimpin islam dianggap perkara kecik sebb org itu islam dan melayu. bukankah ini assobiyah namanya?

lepas ni adalah yg label aku anti islam dn jilat kafir. peduli apa aku, kau yg label bukan Allah.

Anonymous said...

Islam kepala jubo ko..jgn mainkan jgn mggunakan islam..pegi jumpa agong lantik hadi awang jd kepala hakim klu nak sangat..menyalak gunakan islam hentam orang dh kenape?

Anonymous said...

Kami ahli pas hanya tau hukum hakam sunat wajib makruh shj. Maafkan kami agak kurang paham sikit hal undng2. Bhasa inggeris kami memang la hancur. Tu pasal kami kurang knowledge sikit bab law, finance , dll.
Cuma dlm pas kami dpt pakai serban. Ada la sikit nmpak imej kami dipandng. Senang nak kawin 4.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails