Sunday, July 08, 2018

Ini, Anak Najib Minum Wain Bersama Pelakon Wanita Taiwan?

Video laporan anak Najib bersama pelakon wanita Taiwan tular
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dikesan bersama seorang pelakon wanita Taiwan yang dikenali sebagai Celia Chang, sehari selepas Datuk Seri Najib Razak dituduh di mahkamah.

Apple Daily, portal berita berpangkalan di Taiwan, melaporkan anak bekas perdana menteri itu dilihat makan sambil berbual-bual dengan artis yang dikenali Celia Chang.

Mereka dilihat makan di sebuah restoran di pusat beli-belah Breeze Xinyi berdekatan menara ikonik di bandar Taiwan, Taipei 101.

Portal itu melaporkan mereka kelihatan santai sambil menghirup segelas demi segelas wain merah dalam tiga jam. Dua botol wain juga dikatakan dibuka.

Laporan itu juga menyebut mereka kemudian menaiki teksi menuju ke sebuah rumah urut
sebelum makan malam selama dua jam di sebuah bar.

Apple Daily mendakwa kedua-duanya selepas itu menempah sebuah teksi lagi menuju ke Hotel Grand Hyatt sekitar jam 1 pagi.

“Kami hanya minum di bar Grand Hyatt, mood dia tidak begitu baik sebab anggota keluarganya tidak sihat, selepas itu dia naik untuk berehat dan saya pun beredar,” kata bekas model, 34 tahun, dipetik.

Rabu lalu, bekas perdana menteri itu berdepan tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd membabitkan RM42 juta.

Sebelum itu, di laman Facebook ‘Najib Razak Must Go’ turut berkongsi laporan video daripada appledaily.com.hk telah menunjukkan kedua-dua mereka berjalan-jalan dan minum bersama.

Kemudian laman berkenaan telah memuat naik status sambil menyindir perbuatan anak lelaki Najib dengan menulis penyokong melancarkan derma untuk Najib sementara anaknya menikmati keseronokan bersama pelakon Taiwan sambil minum wain merah, urut dan seronok di hotel.

Video yang diberi tajuk ‘Najib’s son in Taipei on 5th July 2018’ itu mencecah 100,000
tontonan manakala dikongsi hampir 4,000 netizen selepas di muat naik lima jam lalu. (MALAYSIADATELINE)

18 comments:

Anonymous said...

Mudah2an Allah swt buka hatinya untuk "kembali" kepada Islam yang sebenarnya, bukan Islam politik seperti kami, PAS.

Anonymous said...

Ahli PAS tak doa begitu. Itu doa PH yang meroyan.. Tak de ide nak tulis.

Anonymous said...

Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang 'brek'. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka.

Mohammad Azren said...

Bila nak saman aku daaa... Mahfuz.

Anonymous said...

kerjasama PAS dan UMNO ni muncul pada tahun 2013, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz secara terang menolak cadangan tu.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli….Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan.” – Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, laporan Harakah Daily.

Anonymous said...

Allahyarham Tok Guru Nik Aziz sendiri kata ada dua perkara yang beliau kagum dengan Tun Dr Mahathir.

“Pertamanya walaupun Kelantan ni pembangkang, tapi dia lulus RM600 juta untuk Kelantan…. Yang keduanya, dia lantang menentang Yahudi Zionis. Perkara ni buatkan negara Arab semua hormat sungguh kepadanya.

Ramai pemimpin Arab diam, takut itu ini. Tapi dia bukan orang Arab, orang Melayu tapi menentang sungguh perangai Yahudi dan Amerika ini. Ini buatkan nama Malaysia ni harum.” – Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Anonymous said...

Puak ph libral memg doa mcm tu. Faham agama tapi pesongkan

Anonymous said...

Najib cuma `tumpang` tuah Tun M, tup tup dpt derma rm2.6 tok arab yg kagum dgn Tun M, pas pong tumpang semangkok dpt 90 / 200 jota .... kah kah kah

Mohammad Azren said...

Ana tahu ana cakap bohong....Nik Abodoh.

Anonymous said...

Begitulah kisah puak-puak PH yang meroyan. kait macam-macam.

Anonymous said...

peguam hadi setuju rakaman ana tahu sebagai sahih. dlm mahkamah boleh tipu ke? bila si abodoh tu nafi, dia tau dia menipu. apa hukum menipu? dalam rakaman terang2 kata terima duit umno.

lagi bodoh bila mengaku kenal agen cia. agen cia takkan beritau orang lain dia agen lah. nak mampus?

Anonymous said...

Dalam Islam ada politik. Dalam liberal pun ada politik. Cuma politik liberal berhubung dgn politik rasict dap. Jadi tdk hairan politik liberal mendapat tempat di hati cina kafir dan india kafir.
Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa pendukung liberal jelas menepati bangsa atau kualiti Islam pegangan mereka.

Anonymous said...

Sokong anon ini..
July 7, 2018 at 8:54 AM

bunbinban said...

lebai ni paham maksud racist?. Aku kalau lebai berkata demi utk islam maka terima tapi bila di sebut demi utk melayu dan islam, maka aku x setuju. Bkn ke bila di sebut demi utk melayu maka kamu jugak racist?. Kualiti islamnpegangan PAS camne plak?. Fitnah? Maki hamun? Tunjuk anu? Kahkahkah...berapa ramai dah lebai kena bayo saman malu sbb fitnah. Ada yg siap jadi agen cia lgi.....kahkahkah...cia tu x kafir kot...kahkahkah...

Anonymous said...

bunbinban July 7, 2018 at 9:43 AM

Buktikan tuduhan kamu ini..

[Kualiti islamn pegangan PAS camne plak?.
Fitnah?
Maki hamun?
Tunjuk anu?
Kahkahkah...
berapa ramai dah lebai kena bayo saman malu sbb fitnah.
Ada yg siap jadi agen cia lgi.....kahkahkah...
cia tu x kafir kot...kahkahkah...]

Buktikan kalau kamu anak lelaki. Kalau tidak pondan, pengecut!

Anonymous said...

Sayangnye anak tgna ..nik abduh hina airmani bapaknye sendiri. Sia2 katanya..sbb lahirkan nik omar

Inikah pemimpin parti islam?

Anonymous said...

Buktix3. Setakat ni belum ada tangkapan hj hadi dan nik abduh. Mainan pan je nak burukkan pas dan pemimpinnya.
Betul kata anom 8.54 bahasa menunjukkan bangsa.

Anonymous said...

Janganlah tangkp nik abduh. Walaupun dia hina airmani bapak dia tgna sia2..dia masih seorg pemimpin yg jujur. Mengakui duit itu penting utk gerakan sebuah partai. Parti dia sama saja dgm parti lain. Berjuang ke arah demokrasi berparlimen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails