Friday, July 27, 2018

Royalti: 'Kami Minta 5% Sahaja'. -T/MB K'tan.



KOTA BHARU: "Kalau dikira 20 peratus memang lambat, tetapi kami minta lima peratus sahaja. Itu sahaja asas tuntutan kita, 20 peratus itu kita tidak tuntut, kalau hendak bayar baguslah.
"Saya cuma bimbang, kerajaan menggunakan alasan ini untuk tidak bayar royalti sahaja, guna itu guna ini akhirnya tidak bayar," kata Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Oleh itu beliau meminta kerajaan persekutuan supaya tidak berdolak dalik dalam isu pemberian wang royalti kepada negeri pengeluar minyak.
Kata beliau di sini semalam, kerajaan negeri hanya menuntut lima peratus daripada hasil royalti minyak sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Beliau berkata perjanjian dalam akta itu tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan sekiranya kerajaan persekutuan ikhlas menunaikan hak rakyat.
Kelmarin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali dilapor berkata, hasrat kerajaan memberi royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak tidak dapat dilaksanakan segera. - HARAKAHDAILY 26/7/2018

10 comments:

Anonymous said...

Kalau semua free, gunung tahan pun roboh. Ibarat masuk tandas untuk melepas, cajnya cuma 30sen saja. Dah guna bayar, tak usah banyak berdalih. Sikap nak semua free ini tak mudah hendak diatasi. Ia perlu bermula dari awal dan dari dalam.

Anonymous said...

alalalala kesiannya muka hj..makin comot.. nk royalti ye... bukan hj nk berkat aje kan. royalti royalti ni kan dunia je haji.

ok klu nk juga.. hj ketuk ketampi lah 3x. byk kali nnti bini hj marah pulak lutut longgar.

ok lg satu hj syarat.. nk haji ulang jawab soalan mudah je haji. ini soalannya...

eeerrr siapakah pemimpin malaysia ni yg mati nnti jd hantu haji?

jawabla haji.. jgn la sengeh2 penyu.

jawab kuat sikit haji.. rakyat tk dengarlah. jgn malu2.

Anonymous said...

Dah pajak kebun tak nak bayar hasil.

Alasan: Tak untunglah, kos tak kaverlah, bla, bla.

Patutlah berat nak maju.

Ngelat

Anonymous said...

Royalti hak bukan minta. Ada perjanjian tp mahathir mamak tu, boleh ketepikan perjanjian. Rompak maknanya. Ambil hak kelantan tanpa kebenaran.

Anonymous said...

lps mati jd hantu pun hak mutlak lobai nk ckp... now nk minta hntu hak kunun

Anonymous said...

klu lah najib masih pm.. aku redo dia nk ambik pun. apalah sgt royalti banding dgn pemurahnya najib

Anonymous said...

Hak tuihhh. Harom bagi peruntukn kepada parti yg menjual agama yg mengangkat cara pemerintaan sistem yahudi demokrasi

Anonymous said...

Puak ph mana tahu isu royalti sebab hati dah busuk. Yg puak ni tahu memburukkan pas ph dan bn sama aja dulu bn tak bayar royalti sekarang ph pulak bila nak bayar macai ph tahu kutuk memburukkan pas tapi cerita sebenar tak ambik tahu. Dasar tak berapa cerdik. Dari bn kini lahir ph beza nama perangai sama. Bn anti pas ph pun anti pas.

Anonymous said...

Anon 8.46 pm .... nah ambik coklat dedak ni pergi main jengkek2....

Anonymous said...

Jenis penyamun sama macam perompak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails