Friday, July 27, 2018

Cabaran Liberal Dalam M'sia Baru &Strategi Di Indonesia.




PERKEMBANGAN pemikiran Liberal di Indonesia telah berlangsung agak maju kira-kira 30 tahun lebih awal berbanding Malaysia. Untuk mengamati apa yang sedang berlaku di Malaysia, maka eloklah diteliti sejarah Liberalisasi di Indonesia sebagai cermin realiti.
Sungguhpun ia merupakan topik pemikiran, tetapi amat berkait rapat dengan politik. Seharusnya ahli-ahli politik Muslim mengambil berat hal ini, kerana pemikiranlah yang membentuk jelmaan corak politik di hadapan mata kita.
Orde Baharu
Projek Liberalisasi bermula dengan pengisytiharan Orde Baharu bawaan Soeharto yang menukar kutub Indonesia dari blok Russia kepada blok Barat. Sudah pasti pemikiran Barat yang menawarkan cara faham Liberalisme turut diimport masuk melalui pelbagai saluran. Politikus dan Liberalis bergabung tenaga menjayakan 3 fasa Liberalisasi Indonesia.
Fasa kemunculan
Nurcholis Madjid atau panggilan mesranya sebagai Cak Nur merupakan nama yang tidak asing dalam perbincangan topik Liberal khususnya di Indonesia. Beliau yang pada asalnya dikatakan sebagai pro Islam, tiba-tiba berubah menjadi Liberal setelah diundang oleh Council for Leaders and Specialist (CLS) ke Amerika. Pegawai kedutaan Amerika di Jakarta menyatakan, biar beliau diperlihatkan sendiri apa yang dibencinya selama ini.
Cak Nur menanam benih Liberal dengan pertikaian-pertikaian kontroversinya terhadap pegangan Islam masyarakat. Bermula dengan pidatonya pada 1970, beliau mengemukakan idea-idea Liberal. Penegasannya jelas. Islam yes, partai Islam no! Bukan sekadar itu, beliau mendakwa kononnya idea Sekular merupakan unsur yang secocok dengan konsep Syahadah.
Fasa kaderisasi
Fasa ini merupakan fasa yang paling penting dan berpengaruh dalam perkembangan Islam Liberal di Indonesia. Soeharto mengangkat tokoh-tokoh Liberal untuk menjawat posisi-posisi penting dalam pendidikan. Soeharto melantik Mukti Ali sebagai Menteri Agama yang mempunyai akses dengan sektor pendidikan. Beliau yang merupakan graduan al-Azhar dan mendapat pendidikan pasca sarjana di Universiti Mcgill Kanada mendukung idea modenisasi ilmu (baca Liberalisme).
Mukti Ali sangat terpengaruh dengan kaedah berfikir Mcgill yang dakwanya lebih rasional dan holistik. Beliau menggantikan orang-orang bawahannya dengan yang sealiran dengannya. Lalu Mukti Ali bergabung tenaga dengan Harun Nasution dengan melantiknya sebagai Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN).
Lantas mereka mengubah silibus-silibus agama yang dianggap sebagai ketinggalan zaman dan sempit. Harun Nasution mahu merubah silibus kepada karektor pemikiran Muktazilah yang secocok dengan aspirasi Liberal.
Dari kedudukan mereka di Pusat-pusat Pengajian Tinggi, membolehkan mereka menjalinkan akses kaderisasi untuk melahirkan pelapis-pelapis berfahaman Liberal. Tapaknya telah dimulakan oleh Cak Nur sejak 1970 ketika menjawat sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam. Pengaruh besar itu dilangsungkan dari generasi ke generasi.
Walaupun mereka cuba ditentang oleh agamawan yang lebih senior, tetapi itu semua sudah terlambat dan tidak berhasil seperti yang diinginkan kerana mereka mempunyai kuasa.
Fasa reformasi
Sejak bermulanya Orde Baharu, mereka telah mula melontarkan idea-idea Liberal. Namun menjelang 2001, mereka dilihat lebih berani dan vokal dalam melontarkan idea-idea Liberal ke khalayak umum.
Jaringan Islam Liberal (JIL) dibangunkan oleh Ulil Absar Abdalla melalui forum internet, dilihat amat berkesan untuk mendapatkan pengikut. Mereka memanfaatkan segala ruang media untuk menyebarkan idea Liberal. Isu klasik yang dikemukakan tidak lain, berlegar sekitar isu keabsahan al-Quran, Syariat Islam, tudung, nikah silang agama, hak untuk murtad dan sebagainya. Buku kontroversi yang bertajuk Fikih Lintas Agama memuatkan doktrin Pluralisme yang melengkapkan idea Liberal dukungan mereka.
Antara strategi Liberalis
Dari pengamatan sejarah Liberalisasi Indonesia, kita boleh merumuskan beberapa strategi Liberalis dalam mendoktrin minda masyarakat dengan ajaran sesat mereka. Antaranya:
●     Bergabung dengan politikus untuk memperolehi posisi penting yang membolehkan mereka meletak tapak pemikiran Liberal dalam silibus pengajian.
●     Berani melontarkan pandangan-pandangan yang kontroversi. Mereka tidak kisah dikecam, kerana mereka tahu lambat laun orang akan lali lalu menerima idea-idea sesat mereka. Tidak hairanlah jika kita dapati mereka tidak serik-serik memprovok.
●     Liberalis menarik golongan mahasiswa dengan pendekatan yang segar dengan budaya kajian, wacana dan diskusi. Bagi mereka mahasiswa adalah generasi pelapis yang bakal menduduki posisi-posisi strategik. Di samping itu, darah muda mahasiswa amat bermanfaat untuk nekad melontarkan suara-suara yang vokal bagi pihak Liberalis.
●     Mereka proaktif memanfaatkan media yang ada untuk menyebarkan doktrin Liberal. Ia amat fleksibel dan efektif. Di samping itu, mereka giat menulis makalah dan buku sebagai perantara dengan masyarakat.
Malaysia Baharu yang mencabar
Selepas PRU14, kita dapati idea-idea Liberal semakin giat dipentaskan. Pemenang-pemenang pilihan raya yang kini menjadi pemerintah mengisytiharkan slogan Malaysia Baharu dan Orde Baharu dengan penuh bangga. Seakan mengulangi sejarah Indonesia. Jika dahulu idea-idea Liberal dikemukakan secara runcit-runcitan. Namun kini, dalam kalangan penguasa sendiri yang menjadi provokator kepada idea-idea Liberal. Selepas satu, satu.
Normalisasi gejala songsang LGBT, definisi agama diambil dari doktrin Pluralisme, Maqasid diertikan sesuai dengan kehendak Liberal dan entah apa lagi yang mahu dimuntahkan selepas ini. Demikian merupakan senario yang telah berlaku ke atas Indonesia puluhan tahun yang lepas. Kini mereka telah mempunyai kuasa untuk dikuatkuasakan ke atas umat Islam. Kita wajib runsing dengan ancaman jangka masa panjang ini.
Perkara yang perlu dipelihara
Dr Ugi Suharto menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia beruntung, kerana Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara, tidak seperti di Indonesia dengan pancasilanya. Ini membolehkan Islam di Malaysia dibela melalui undang-undang serta boleh membendung penyebaran ajaran sesat serta dakyah agama lain dari disebarkan di khalayak ramai
Ditambah lagi dengan YDP Agong sebagai ketua agama Islam yang dianggap sebagai benteng akhir dalam mempertahankan Islam. Walaupun ramai yang mempertikaikan keseriusan memartabatkan Islam sebagai agama rasmi dan fungsi institusi Istana untuk mempertahankan Islam, namun secara realitinya itulah kelebihan yang kita boleh manfaatkan.
Melayu pula didefinisikan oleh Perlembagaan mestilah beragama Islam, menguatkan lagi keterikatan umat Islam di Malaysia dengan pegangan Islam mereka. Ikatan-ikatan itulah yang kini cuba dirungkai oleh golongan Liberal. Serangan ke atas Bangsa Melayu, institusi agama dan institusi Istana giat dilancarkan mutakhir ini.
Beringat
Kini kita perlu waras berfikir. Ahli politik perlu peka mengamati penularan ideologi-ideologi Liberalisme yang sedang menyusur ke tangga kuasa. Agamawan-agamawan pula perlu menyedari bahawa berdepan dengan pertempuran ideologi merupakan kefarduan yang tidak ada kompromi pada hari ini.
Perhatikan literasi media yang dimainkan oleh propagandis-propagandis. Apa-apa yang berkait menjadi sendi kepada survival Islam pasti akan diprejudiskan. Jangan terlepas pandang dengan apa yang sedang disuap di kampus-kampus, kerana di situlah sarangnya bermula.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
27 Julai 2018. - HARAKAHDAILY 27/7/2018 
FB IMG 1532647567849

8 comments:

ted manoff said...

Betullah tuu tuan ibnu..diindon lelaki muslim boleh kawin wanita kristian,budha,hindu tanpa mengikut agama islam..byk artis indon buat cara begini..apa status ank mereka tu tuan ibnu..halal atau haramm@jadah..tgk kjap tuan ibnu blog nii dh mcm ada virus plk..alamat blog betul tapi boleh kelain web plk..

ted manoff said...

Cerita skandal dgn bini orang ada tak tuan ibnu..kalau ada tlg upkan..

Anonymous said...

Ini bukti tentera siber dap. Sentiasa perlekeh fakta. Mereka mendapat bayaran dari abang besar mereka iaitu dap the pig eater.

Anonymous said...

Tentera siber DAP tapi juga abdi Cina lge/lkt sosialis cenderong kepada liberalis yang tidak ada istilah beragama..kecuali pendakwah2 avenglis yang bermaharaja lela..semoga melayu2 ini dapat ambil alih saf kepimpinan DAP akan datang ...adios amigo..

Anonymous said...

aku tk nmpk apa yg pas buat utk menangani apa yg dikata liberal selsin dpd mnggunakn isu itu utk tunjuk dendam pd ph.apakah liberal baru muncul selepas pru14?

Anonymous said...

rangkalah satu draf ruu utk menangani liberal sekiranya tiada undang2 atau draf penambahbaikan.

masalah pas ckpnya mcm petir guruh tp hujan tidak juga.

draf ruu anti liberal.. bentang meh kita nk tgk.

Anonymous said...

takkn nk menangani liberal hnya dgn hujah jilat dap abdi lge abdi kafir...

ini hujah bangsat walaun.

Anonymous said...

Puak libral takut pas sebab tu setiap hari memburuk2kan pas. Jangan rusau insyaallah puak libral sekuler munafik dan kafir tetap kami tentang dan cuba bawak mereka kepada agama islam. Gerakan2 dan ngo2 islam dah bertahun membendung mereka walau pun tiada sokongan dari kerajaan terdahulu dan yg terkini tapi gerakan tetap bergerak diseluruh negara. Setiap apa yg libral cuba bawa tetap ditentang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails