Saturday, July 28, 2018

Buat Malu!! M/Pendidikan M'sia Keluar Kenyataan Dalam Bahasa Cina, MCA Pertikai.



KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA mempersoalkan tindakan Dr Maszlee Malik yang menggunakan bahasa Cina dalam kenyataan media berhubung isu peruntukan kerajaan bagi sekolah persendirian Cina.
Wee Ka Siong berkata, tindakan Menteri Pendidikan itu suatu keadaan yang menakjubkan.
Ini kerana, kata beliau, sebagai seorang menteri, Maszlee tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina sahaja memandangkan ianya bersangkut-paut dengan urusan Parlimen.
“Kenapa perlu berbuat demikian? Ini adalah perkara serius yang merupakan penjelasan kepada jawapan asal di Parlimen di mana penjelasannya membawa maksud yang bercanggah dengan jawapan asal yang dibentangkan.
“Tindakan sebegini tidak selaras dengan polisi untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan, malahan ianya juga disifatkan sebagai tidak menghormati bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kerajaan.
“Yang peliknya kenapa YB Menteri Pendidikan tidak berani membuat kenyataan rasmi dalam bahasa Malaysia atau memperbetulkan jawapan di Parlimen melalui kaedah terbaik iaitu mengemukakan Pernyataan Menteri “Minister’s Statement” dalam bahasa Malaysia di Dewan Rakyat?,” katanya melalui Facebook beliau.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menambah, Maszlee harus faham bahawa sekolah persendirian Cina tidak terhad kepada pelajar kaum Cina sahaja, sekaligus menunjukkan beliau berfikiran sempit perkauman.
Selain itu, sebagai Menteri Pedidikan, beliau sepatutnya mengamalkan sikap terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan tidak mengamalkan favouritisme dalam menangani isu-isu pendidikan.

Sehubungan itu, tindakan Maszlee yang hanya mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Cina berhubung isu “peruntukan kerajaan untuk sekolan persendirian Cina” juga amat mencurigakan, memandangkan kandungan kenyataan media tersebut adalah jawapan tambahan kepada pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat.
Sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam bahasa Malaysia supaya ia turut dapat memberi penjelasan kepada semua rakyat berbilang kaum.
“Pendek kata, Maszlee tidak patut mengeluarkan kenyataan yang sedap didengar masyarakat Cina tetapi bercakap lain pada masyarakat kaum bukan Cina.
“Sekiranya beliau ikhlas dalam mempertingkatkan mutu sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini, termasuklah pendidikan aliran Cina, beliau perlu bersikap terbuka dan telus dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Menteri Pendidikan yang mewakili semua rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buat malu Malaysia sahaja, Menteri Pendidikan keluar kenyataan dalam bahasa Cina, MCA parti Cina pula yang mempertikai.. 

11 comments:

Anonymous said...

Lebih besar kemaluan bila tersebar di seluruh dunia PM malaysia adalah prompak yg disokong oleh kumpulan yg mengaku gerakan islam..

Anonymous said...

Balik ke era kleptokrasi atau Harimau Asia, soal PM pada Najib

27 Jul 2018, 7:06 malam (Dikemaskini 27 Jul 2018, 7:08 malam)

A A
Adakah rakyat bersedia jika Malaysia kembali ke era bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Itulah soalan yang ditanyakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mebgulas kenyataan Najib bahawa polis Pakatan Harapan membawa negara "berundur ke masa lalu."

“Era masa lalu adalah era di mana Malaysia terkenal sebagai Harimau Asia.

"Adakah beliau (Najib) mahu membawa rakyat ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi dan diketuai oleh seorang kleptokrat?" Soal Mahathir dalam suatu kenyataan hari ini.

Ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri, Malaysia melalui pembangunan dan perindustrian yang pesat sehingga digelar 'Harimau Asia'.

Semalam dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat sebagai pembangkang, Najib mendakwa kerajaan HARAPAN menggubal 'dasar yang mundur'.

Anonymous said...

Kalo menteri nak guna bahasa ape pon sesekali tak patut jadi persoalan...bahasa melayu tetap bahasa kebangsaan...

Anonymous said...

Kena guna bahasa Arab, Kejora Bapuk Bodo....baru la islamik ala PAS. Tak gitu ibnu...he he he

Anonymous said...

Kalo menteri guna bahasa arab adekah ibnu akan pertikai dan tak rasa malu?...bahasa arab pon boleh meminggir bahasa melay..

Bapa ibnu hasyim said...

Maafkan ibnu ye,ibnu ni bangang sejak lahir.pakcik malu adA ank mcm ibnu.

Anonymous said...

Labih malu seluruh dunia apabila pemimpin PAS makan dedak babi.

Anonymous said...

bEGINI lah cara puak anti Islam memberi komen..Tuan-tuan nilai sendiri la. Komen sampah, tiada fakta,
bahkan sanggup guna nama 'Bapa Ibnu Hasyim', 'Ibu Ibnu Hasyim', Anak Ibnu Hasyim' demi memburukkan perjuangan Islam.

Kita ada Allah, yang akan menjaga Islam hingga hari kiamat. Allah Maha Besar, lain semua kecil di atas muka bumi ini. Allahu 'akbar!

Lepas ini mereka pun akan guna Islam untuk niat jahat mereka, iaitu menggunakan tektik iblis.

Anak ibnu hasyim said...

Hai ,bapa pun jadi anon.bapak balik dulu emak ajak ehem2!

Anonymous said...

Ibnu...jaga kesihatan....kolestrol jahat, kencing manis, darah tinggi....jgn lupa makan ubat!

Anonymous said...

Yang penting jaga wajah tu biar bercahaya sikit. Kelam je mcm kaki porno kaki fitnah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails