Friday, December 08, 2017

Jom! Himpunan Aman, Lepas S/Jumaat Di Kedutaan AS, Sebentar Lagi.

muslimat1


FIRMAN Allah:
‎وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
  • Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Ali Imran: 139)

Pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menukarkan status Baitul Maqdis kepada ibu negara Israel mengundang kemarahan dunia. Pengumuman tersebut dibuat beliau setelah amaran dunia tidak diendahkan beliau.
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap beliau. Dunia bakal menyaksikan kebangkitan besar-besaran umat Islam sebagai balasan terhadap tindakan angkuh Trump mengubah peta dunia.
Sesungguhnya Baitul Maqdis adalah hak orang Islam. Perjanjian damai yang dijanjikan terhadap konflik Palestin – Israel hingga kini dilihat semakin hampir kepada kegagalan malah kehancuran berterusan dijangka berlaku.
Justeru, kami menyeru semua umat Islam menyatakan solidariti ke atas Palestin. Marilah sama-sama kita hadir ke Himpunan Bantahan yang akan diadakan pada hari ini Jumaat 8 Disember 2017 di hadapan pekarangan kedutaan Amerika Syarikat.
Allah swt telah berfirman:
‎لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
  • ”Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah an-Nisa, 148)

Ayuh rakyat Malaysia, kita berdiri teguh bersama Palestin. Baitul Maqdis perlu dipulangkan kepada umat Islam segera!
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Disember 2017 / 19 Rabiul Awal 1439 – HARAKAHDAILY 8/12/2017
Lihat sebelum ini..




1 comment:

Anonymous said...

Semoga Allah menimpakan bala ke atas musuh-musuh Islam. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails