Sunday, December 03, 2017

PRU 14: Khalid Ibrahim Sedia Bantu Umno/PAS, &Kekal Bebas?


Khalid Ibrahim umum pendirian...akan bantu UMNO dan PAS pada PRU14

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.


"Saya akan kerja untuk tolong Umno, saya juga beritahu rakan-rakan dalam PAS. Saya beritahu rakan-rakan PAS yang telah menolong saya, saya tolong juga mereka untuk penyatuan ummah," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagagan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Digesa menjelaskan pendiriannya, Khalid berkata beliau telah mengekalkan hubungan dengan kedua-dua parti itu dengan agenda utama untuk memastikan kemajuan berterusan untuk rakyat Selangor.

"Perpaduan umat Islam maksudnya dualah. PAS saya ada. Umno pun saya ada. Tak ada orang katakan saya asingkan. Saya tolong orang yang bangunkan negeri Selangor," katanya.


Pada masa yang sama, Khalid juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat bertanding dalam PRU14 dan akan kekal sebagai anggota parlimen bebas.

Terdahulu, Khalid membuat penampilan mengejutkan di Dewan Merdeka PWTC bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan perasmian pada acara yang diadakan secara tertutup itu.

Zahid memberitahu pemberita tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid, serta bekas MB Selangor yang lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya.

"Kenapa perlu pertikai? Tan Sri Khalid kita tahu hatinya tetap merah dan biru.Kita tetap menghargai.

"Tan Sri Muhammad Taib bertukar rumah agam dua kali sebelum ini, akhirnya rumah agam yang dipilih merah," katanya merujuk kepada seorang lagi bekas menteri besar Selangor yang turut hadir semasa sidang akhbar berkenaan.


Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Taib, keluar Umno pada 2013 untuk menyertai PAS. Beliau kemudiannya meninggalkan PAS untuk menyertai PKR pada tahun 2015 sebelum kembali ke pangkuan Umno pada September lalu.

Khalid, yang kini Angota Parlimen Bandar Tun Razak, sebelum ini mengetuai kerajaan Selangor tetapi kemudian dipecat daripada PKR pada tahun 2014.
Sejak itu, Khalid dilihat menghadiri banyak acara PAS termasuk dua muktamarnya, serta perhimpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu pada bulan September.

Pada masa itu, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata ketika beliau menyokong perjuangan PAS tetapi tidak berhasrta menyertai parti itu.

Khalid sebelum ini menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun sebelum menyertai PKR pada 2006. Beliau menjadi menteri besar Selangor yang pertama daripaa PKR selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada PRU12.


Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Macamana nak buat tu tan sri.. umno musuh pas. Tan sri nk tolong kedua2nya....

Anonymous said...

Pil kuda kuasa 10, banglo terlajak murah, kertas kerja rm300 juta, banjir kilat & tanah runtuh & kematian di PP, penghapusan berpuluh kampung Melayu di PP, rompakan lombong pasir, parti roket dgn agenda evangelis dll adalah tanda Pakatan Haprak akan kalah dalam PRU14 !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails