Friday, December 08, 2017

Bekas ADUN, 100 Ahli, Penyokong DAP Keluar Parti.




NIBONG TEBAL – Bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat bersama 100 ahli serta penyokong DAP kawasan Nibong Tebal hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Beng Huat, yang menjadi Adun selama satu penggal selepas memenangi PRU12, berkata keputusan menyertai PAP dibuat selepas melihat DAP tidak lagi memegang prinsip sosialis demokrat, sebaliknya menjurus kepada satu parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’.
“Keadaan berubah setelah DAP menjadi peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang selama dua penggal.
“Ideologi yang diperjuangkan oleh mereka selama ini bukan lagi menjadi satu keutamaan bagi parti itu bila mana jasa ahli-ahli veterannya telah mula dilupakan malah lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’,” katanya pada sidang akhbar khas pengumuman itu, di sini hari ini.
Pada sidang akhbar itu, Beng Huat memotong kad keahlian DAP sebagai simbolik keluar parti yang disertainya lebih 10 tahun itu dan beliau turut diumum sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang.​​​​​​​
Beng Huat mendakwa sikap ego, bongkak dan sombong juga telah mula meresap dalam pentadbiran parti DAP malah turut dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan dilihat semakin kronik apabila rakan sekutu mereka iaitu PKR turut diperlekeh dalam beberapa isu yang melibatkan soal pentadbiran kerajaan negeri.
“Parti DAP bukan lagi sebuah ‘bumbung yang selamat’ bagi kita untuk berteduh dalam jangka masa panjang sekiranya ‘Dinasti Kekeluargaan’ masih dipertahankan. Malah sudah sampai masanya bagi semua pengundi Cina menilai kembali tentang masa depan dan hala tuju generasi kita,” katanya.
Sementara itu, Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata lebih ramai lagi anggota DAP dijangka menyertai PAP dan ia akan dilakukan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata dengan pertambahan keanggotaan itu, pihaknya akan menubuhkan lima cawangan di Parlimen Nibong Tebal dalam masa terdekat.
Sementara itu, mengulas mengenai persediaan parti itu menjelang PRU14, Zulkifli berkata PAP menyasarkan untuk bertanding di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“PAP akan cuba bertanding di kesemua 13 kerusi Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. PAP ingin menyampaikan mesej parti ini begitu serius untuk memerintah negeri ini secara sendiri atau secara bersama terpulang kepada keputusan PRU14 nanti,” katanya. – BERNAMA
Lihat sebelum ini..


4 comments:

Anonymous said...

Ohh bekas adun.. dah memang tak laku. Biasa lh tu

Quantum Metal Consultant said...

Pindah keluar lompat parti..

Jarang berlaku di luar musim pilihanraya.

Anonymous said...

Wah ahli Cina keluar dari DAP dari dulu hingga sekarang. Adakah DAP dan sekutu liberalnya akan kalah dalam PRU 14 kerana kehilangan pengikut dan penyokong ??? Mengapa pengikut dan penyokong meninggalkan PH? Hilang kepercayaan?

Anonymous said...

Jika Pakatan Tiada Harapan kalah dalam PRU14, macai-macai ternakan parti ultra kiasu dan parti liberal akan kehilangan bekalan dedak. Selepas PRU14, macai-macai ini bolehlah memohon kerja jaga parking haram atau buruh banglo terlajak murah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails