Sunday, December 03, 2017

Perempuan Tak Wajib Bertudung? Wabak Ini Sudah Menyerang Thailand..

Foto Profil Suhaimi Ismail

CATATAN SANTAI

AS-SALAMU 'ALAIKOM! 
(Gambar atas, Sahabatku Ustaz Suhaimi Ismail)

Sahabat lamaku, orang Melayu Pattani, kini tinaal di Yala.. Maaf saya baru  lihat coretan anda sebentar tadi, kerana facebook saya ada sikit problem.

Masih terbayang-bayang kenangan lama puluhan tahun yang lalu. Kenangan manis, sikit-sikit pahit. Isya Allah, kita akan jumpa lagi. Banyak perkara yang saya akan bincangkan dengan anda.

Saya persembahkan coretan anda kepada pembaca Blog Ibnu Hasyim untuk menerima pendapat, kerana ia menjadi isu remaja Islam masa kini, termasuk di Malaysia. Sesiapa saja, sila kemukakan pandangan!
Kenapa berani sangat,sampai membawa hujah tidak wajib brtudung?! Astaghfirullah al azeem. Semua ulama dan jabatan agama harus memantau segera.
Foto Astora Jabat.
Foto Astora Jabat.
Foto Astora Jabat.

Isu Tudung Ulama Tidak Berani Bercakap Benar

Saya yakin ramai ulama yang merupakan ahli akademik yang banyak membuat kajian tahu tudung tidak wajib. Malah tidak ada pun ayat Al-Quran yang menyebut tudung itu kain kelubung menutup rambut wanita. Sebaliknya ada ayat Al-Quran yang menyebut tentang khimar (24:31) dan jilbab (33:59) yang masing-masing bermaksud kelubung dan jubah wanita..

Khimar atau kelubung dalam surah 24 ayat 31 disuruh tarik hujungnya untuk menutup belahan dada. Bukan suruh pakai kelubung sebab kaum wanita Islam yang bebas dan bukan hamba zaman awal Islam dulu memang menjadi adat mereka berkelubung. Sedangkan wanita golongan hamba tidak berkelubung.

Kalau rambut itu aurat nescaya rambut wanita hamba pun kena berkelubung dan Umar bin al-Khattab pemukul mereka jika didapati mereka berkelubung kerana menyerupai wanita bebas.

Jilbab pula dalam surah 33 ayat 59 disuruh labuhkan. Jangan singkat.

Bagaimanapun, tidak ada ulama di Patani dan Malaysia berani bercakap benar tentang kebenaran ini kerana tidak berani melawan arus kejumudan. Mereka takut kehilangan kedudukan atau jawatan.

Ini berbeza dengan negara-negara Arab kerana kini muncul sangat cerdik pandai agama dan ulama yang menulis dan berceramah bercakap benar tentang pelbagai isu agama termasuk isu kelubung. Paling hebat sekali di Arab Saudi di mana semakin ramai cerdik pandai dan ulama yang membincangkan isu-isu agama secara terbuka.

Bagaimanapun, saya menentang wanita pakai kelubung kerana ia kebebasan peribadi seseorang.
Gambar
1: Para pelajar wanita al-Azhar tahun 60-an, gambar 
2: Ulama al-Azhar terkenal Syeikh al-Bakory dengan anaknya dan gambar
3: beberapa ulama al-Azhar...

Foto Suhaimi Ismail.

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

1 comment:

Anonymous said...

Rambut wanita Islam adalah aurat yang wajib ditutup dari pandangan orang bukan mahram berdasarkan surah An-Nuur ayat 31: ".... dan hendaklah mereka (wanita yang beriman) menutup belahan leher bajunya dengan TUDUNG KEPALA mereka....."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails