Monday, December 04, 2017

Masalah Siaran Tv Artis Tak Bertudung Yang Bertaubat? Diana Amir,


HALAMAN HIBURAN

PELAKON Diana Amir, 31, memohon stesen televisyen tempatan tidak menyiarkan semula filem-filem lakonannya sewaktu belum bertudung.
Mula bertudung sejak 2011 selepas bermimpi hari kiamat, Diana atau Nurdiyana Amir Hashim akui malu melihat semula dirinya ketika itu dan cuba melupakannya.

Katanya, dia pernah menyuarakan perkara ini kepada produksi yang menerbitkan filem-filemnya pada awal penghijrahan tetapi dimaklumkan mereka tiada kuasa itu.

“Saya sedar tiada hak untuk menyekat mana-mana pihak tetapi jika boleh dielakkan, saya amat berterima kasih dan menghargainya.
"Saya juga faham pihak produksi dan televisyen mempunyai hak untuk mengulang siar setiap filem tetapi saya mohon untuk menyemak semula latar belakang seseorang selebriti yang sudah berhijrah.
“Lagipun banyak lagi filem lain yang boleh disiarkan untuk penonton," katanya.

Pelakon filem Aku Masih Dara itu berkata, sebagai wanita dia akui apa yang dilakukan sebelum ini salah dan dia sudah bertaubat.

“Jika terbaca komen mengenai lakonan lama, saya sebolehnya akan memadam atau cuba memberi penjelasan sebaiknya.
"Ada peminat terkejut melihat penampilan saya dulu terutama peminat baharu, tapi apakan daya saya tidak boleh berbuat apa-apa. Kalau boleh saya tidak mahu ia menjadi viral atau menjadi bualan.
“Kalau orang luar pun terkejut, inikan pula anak-anak saya nanti. Tapi saya sedar pada zaman internet ini, perkara sebegini sukar dikawal.
“Sebagai manusia, kita tahu kalau sudah bertaubat Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Pengampun. Kita buat sehabis baik, selebihnya biar Allah yang uruskan," katanya.


Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam negara Islam, tugas menyelamatkan rakyat yang tersasar dalam dosa tidak dapat dihindari, seperti dalam kes pelakon Diana Amir di atas, maka kerajaan dan pemimpin negara Islam perlu mencari jalan selesai dan menyelesaikannya.

Begitulah adil dan indahnya Islam!


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

2 comments:

Anonymous said...

Tapi yg jahatnya golongan liberal khadam DAP. Atheism adalah worait tapi bila mahu buat solat asar berjemaah wajib disekolah maka ditentang

Anonymous said...

Alhamdulillah seorang artis wanita telah mendapat hidayah dari Allah. Bila pula puak liberal penjilat dedak cap roket dalam Pakatan Haprak mahu bertaubat selepas menghina Islam dan umat Islam? Umur semakin tua, masih tidak sedarkan diri lagi. Nak tunggu malaikat maut menjelma depan mata baru nak bertaubat? Kesian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails