Tuesday, December 05, 2017

Ini, Modus Operandi Penipu Antarabangsa Di KLIA2..


BERMACAM-MACAM taktik kotor yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Tidak kisah dengan kesan dan siapa mangsanya, modus operandi yang sering digunakan adalah dengan mereka cerita palsu dan kemudian cuba mendapatkan wang daripada mangsa.
Terkini China Press melaporkan kisah seorang lelaki berusia 35 tahun nyaris menjadi mangsa penipuan dua lelaki China dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Selasa lalu
Mangsa yang merupakan seorang pengurus pemasaran difahamkan baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dan sedang menunggu penerbangan seterusnya ke Pulau Pinang pada jam 5 petang.
Bagaimanapun dia dihampiri oleh dua suspek lelaki yang mendakwa kononnya telah ditipu dan dianiaya sebuah syarikat dari Taiwan, untuk bertemu di Malaysia.
Dipendekkan cerita, suspek cuba mereka cerita yang mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang kembali ke Shanghai, China. Pada mulanya, mangsa mahu menolong mereka dengan tempah tiket penerbangan secara talian, namum mereka mengatakan bahawa sudah ada rakan lain sedang menunggu di KLIA dan hanya memerlukan RM680 untuk pulang.
Bagi meyakinkan mangsa, salah seorang daripada lelaki China itu cuba menjadi ‘rakan’ di dalam aplikasi Wechat mangsa dan berjanji akan memulangkan semula wang tersebut setelah mereka sampai ke Shanghai.
Mangsa yang percaya pada mereka lalu memberikan mereka sejumlah wangNamun tiga jam kemudian, mangsa yang masih berada di situ untuk menunggu waktu penerbangannya tiba-tiba dihampir oleh lelaki itu, sekali lagi!
Nampaknya mereka tidak mengecam bahawa lelaki tersebut sudah menjadi ‘mangsa’ dan tanpa berlengah terus meminta sejumlah wang dengan menggunakan kisah sedih yang sama!
Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian mencari inisiatif untuk membongkarkan penipuan lelaki tersebut.
Mangsa kemudian cuba berpura-pura untuk ‘membantu’ mereka dan merakam gambar secara senyap untuk dijadikan bahan bukti.
Ketika cuba menghubungi pihak polis, kedua suspek bagaimanapun cuba melarikan diri namun salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap.

Menerusi rakaman video yang disertakan, dapat dilihat bahawa mangsa telah mengambil pasport lelaki berkenaan dan sejumlah wang yang banyak hasil daripada penipuan mereka.
“Awak ambil kesempatan dengan kebaikan orang untuk buat jahat. Awak tak rasa bersalah ke?
“Ikutkan jadual penerbangan ini sepatutnya awak pulang pada Februari tapi sebentar tadi awak beritahu kena pulang sekarang.
“Tengok pasport awak, ada banyak setem dari negara lain, lagi awak cakap tak ada duit?” kata mangsa menerusi rakaman video.
Menurut netizen, ada yang turut berkongsikan pengalaman sama pernah cuba ditipu oleh lelaki berkenaan.
“Saya pernah kena di Klia2, lelaki tu kata di baru sampai dari Guangzhou dan tak cukup wang nak ke Alor Setar, lepas tu dia minta RM100,” kata pengguna Facebook yang menggunakan nama Crystal Ching Wei Yee.

Crystal Ching Wei Yee I just encountered similar situation this afternoon at Klia2. That guy claimed that he just arrived from Guangzhou and has insufficient fund to travel to alor setar. He asked for RM100.

Suka
1 Balasan2Kamis

Sementara itu, seorang lagi netizen turut mendakwa suaminya nyaris menjadi mangsa suspek yang mengaku baru tiba dari China.
“Suami saya juga nyaris nak ‘kena’ dengan kedua suspek yang turut mengatakan mereka tidak cukup wang untuk pulang ke China. Nasib baik suami saya dapat hidu taktik mereka,” tulis  Caroline Tan.
Susulan pendedahan tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai mana-mana individu yang mendakwa kononnya berasal daripada luar negara, sebaliknya terus diminta melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini..




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails