Tuesday, December 05, 2017

Bongkar Maksiat Di P/Agung UMNO, Pasangan Isteri-Suami Orang, Dll. -Wan Asshima




Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal bermula pada 5 Disember 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur.


Harakahdaily memetik bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.

"Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU," lapor Harakahdaily.

'Pasangan isteri dan suami orang'

Dalam laporan itu, Wan Asshima mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.

"Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam.
"Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik," Asshima dipetik berkata oleh Harakahdaily.
"Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi.
"Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur," tegasnya lapor Harakahdaily.

Dakwaan tawaran projek RM1.5bilion

Akhbar Sinar Harian pada 3 November 2017 pernah melaporkan berkenaan Wan Asshima masuk parti PAS.

Meskipun menerima tawaran projek Tanjung Agas bernilai RM1.5 bilion namun beliau tetap meninggalkan Umno, dakwa beliau dalam laporan itu.

"Saya jenis manusia yang kalau benda itu membabitkan rasuah, integriti dan sebagainya saya tak nak akan 'involved' dengan satu benda itu.
"Jadi saya tinggalkan projek tersebut, saya tinggalkan jawatan tersebut," katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata memilih Pas kerana sudah tertarik dengan parti itu sejak isu RUU355 diketengahkan lebih dua tahun lalu, lapor akhbar itu lagi.



Lihat sebelum ini..

5 comments:

Anonymous said...

Bentang RUU 355, macam bentang tikar, lepas tu tido. Zzzzzzz. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Hihi terbaeeek bro 6:28

Adi cuba nk jd hero ruu. Bila kantoi terus byk ponteng. Ponteng ni mcm lari dr peperangan jihad... apa hukumnya.

Siapa yg anti islam. Org yg tolak ruu sebb teknikal atau org yg ponteng bentang hudud?

Pas is rubbish

Anonymous said...

Kadang2 mungkin pasangan sendiri terlibat maka sakit ati dn ingin protes. Maka masukla parti musuh. Kini pas sudah bercinta dgn umno. Ruu pun dh jadi sampah alat politik semata2.

Takutnya lps ni parti suci pulak yg ikut perangai umno. Mana kak tu nk pi pulak. Masuk ppim la hihi

Anonymous said...

Semua orang sudah tahu selama ini pemimpin-pemimpin liberal munafik pimpinan kafir harbi dalam Pakatan Hancing dan macai-macai dedak ternakan mereka termasuk tiga ekor macai di atas sentiasa menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam seperti Hudud dan undang-undang Syariah lain. Dan hari ini puak munafik hancing ini berpura-pura menyokong Hudud, RUU 355 dll sedangkan kita semua tahu merekalah yang menentang ajaran Islam dalam dan di luar parlimen. Memang dasar kepala bapak munafik yang keluar dari punggung sifu kafir harbi roket.

Anonymous said...

Apabila kita membaca komen-komen tulisan barua-barua dedak ternakan LGE, kita akan dapati mereka sentiasa berusaha memecah-belahkan perpaduan umat Islam termasuk kaum dengan melaga-lagakan umat Islam dengan pelbagai tipu daya jahat. Sesungguhnya barua-barua dedak ternakan LGE adalah syaitan laknatullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails