Monday, December 04, 2017

Jika Khalid Sokong Umno, Bermakna Menentang PAS. -Tuan Ibrahim



PAS menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal.


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan sikap beliau kepada PAS.

"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling berlawanan dalam konteks politik," katanya yang dihubungi Malaysiakini dari Kota Bharu, Kelantan, hari ini.


Semalam, Khalid - yang pernah dibayangkan bakal menyertai PAS oleh sesetengah pemimpin parti itu - muncul bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen Umno Selangor.

Program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Khalid hadir bersama seorang lagi bekas menteri besar yang pernah menyertai PAS - sebelum berhijrah ke PKR dan kembali semula ke pangkuan Umno - Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Khalid ialah bekas bendahari agung PKR dan disegani sebagai tokoh korporat yang berjaya membuat gerakan mengejut - digelar Dawn Raid - menguasai syarikat Sime Darby pada 7 Sept 1981.


Percaturan politik PKR menyaksikan beliau diketepikan oleh aliran perdana parti terbabit sebelum beliau akhirnya dipecat pada 2014. Langkah itu membawa Khalid lebih akrab dengan PAS, terutama presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Hasil carian imej untuk tuan Ibrahim Tuan Man


Sokong Umno lawan PAS


Menjelang himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus, pemimpin PAS mendakwa akan ada kejutan diumumkan pada program itu membabitkan penyertaan tokoh terkenal ke dalam parti. Ketika cakap-cakap semakin kencang, Khalid memang membuat kemunculan di Fastaqim 2.0 namun menegaskan beliau kekal sebagai anggota parlimen bebas.


Ketika di Konvensyen Umno Selangor semalam, Khalid menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor bagi menghadapi kerajaan negeri yang dibentuk bersama oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara serta wakil PAS.


Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, setakat petang ini turut menyiarkan penjelasan dibuat Khalid mengenai kehadirannya di majlis Umno semalam.
Kata Khalid pendiriannya itu dibuat untuk memperjuangkan agenda utama memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.

Ahmad Zahid pula memberitahu pemberita tiada keperluan mana-mana pihak mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid serta bekas menteri besar lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya parti itu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim bagaimana menegaskan Khalid berhak untuk menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya wajar dan PAS menghormati pendirian berkenaan.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, keadaan politik semasa meletakkan PAS akan menentang Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Justeru, (jika Khalid) menyokong Umno bermakna (beliau) menentang PAS," katanya ringkas.


Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Tu kata Tuan Ibrahim... chip lobai kata taaawun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails