Sunday, December 03, 2017

Dr M Calon PM HARAPAN Jika Menang. DAP/Anwar Di Mana?



Cadangan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalan kini didakwa hanya menunggu kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anggota Biro Politik PKR Datuk Johari Abdul yang dihubungi mengesahkan cadangan itu dibuat ketika pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini Johari yang juga anggota parlimen Sungai Petani berkata langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat memandangkan beliau adalah ketua umum pakatan berkenaan.

"Anwar ketua umum. Anwar (kata) OK, kita OK," katanya hari ini.

Isu kepimpinan dan calon perdana menteri menjadi satu daripada faktor yang banyak diperdebatkan ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin menghampiri.

Untuk rekod Dr Mahathir ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merangkap pengerusi HARAPAN. Dr Wan Azizah pula dipilih sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.


Difahamkan pemukiman HARAPAN menyarankan gabungan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika mereka berjaya mengetepikan BN daripada kekuasaan untuk kali pertama sejak merdeka.

Sebelum ini Anwar dikemukakan sebagai calon perdana menteri pembangkang, namun kedudukannya yang masih ditahan di penjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan serta-merta.

Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 dan pada sebahagian tempoh itu Anwar pernah menjadi timbalannya. Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pertengahan tahun depan tetapi undang-undang semasa melarangnya memegang atau terlibat dalam politik selama lima tahun.

Kata Johari langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat sebagai menghormati bekas timbalan perdana menteri itu. Selain PKR dan BERSATU gabungan HARAPAN turut dianggotai DAP serta Parti Amanah Negara (PAN).

Soanya sekarang, DAP di mana, adakah peluang jadi PM atau Timbalannya? Amanah (PAN) dan Mukhriz tak perlu tanya lagi.


Lihat sebelum ini..

5 comments:

Anonymous said...

Betul ke bekas wartawan ni? Istilah interim pun tak tahu... Lagi satu berita pun pasal PM dan TPM, mana ada senarai kabinet lagi. Hish! Macam bukan wartawan jer nie...

Itu maknanya, semua kata-kata DAP akan memerintah adalah dusta... suka lah sangat sebar berita bersumberkan blog-blog UBN.

Nole said...

Ceh. Sibuk Tanya Mana dap, Anwar. Bkn ke hang kata Anwar kuda dap. Hang bg Tau geng2 sekapal hang, ni smua nak kelirukan kome n bn skali. Ni smua wayang. Pasal esok yg Naik pm tetap Lim guan eng.

Anonymous said...

Lihatlah PP dan Perak diwaktu parti ultra kiasu berkuasa, pemimpin Melayu liberal dijadikan boneka penjilat dedak cap roket untuk menindas agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu . Bayangkan apa akan berlaku jika puak munafik Melatu liberal dan kafir harbi berkuasa di negara ini?

Anonymous said...

Dr M dan Nua hanya layak menjadi boneka LGE sahaja.

Anonymous said...

Semua pemimpin munafik Melayu liberal suka bercakap pong pang pong pang main wayang depan kaum Melayu tetapi akhirnya hak Melayu dipinggirkan dan hak kaum sifu roket diutamakan. Inilah contoh hubungan simbiosis antara macai dedak dan towkay dedak cap roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails