Thursday, November 02, 2017

RM90J: Masih Tiada Respon Ambiga? Baling Batu Sembunyi Tangan?


Hasil carian imej untuk DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
PAS memandang berat penularan kandungan dokumen Pembelaan (Defence) Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, yang telah difailkan dalam prosiding Saman Fitnah oleh Presiden PAS YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London yang menamakan Datuk S. Ambiga sebagai sumber yang memberitahu kononnya pemimpin tertinggi PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak.
Presiden PAS menafikan sekeras-keras semua dakwaan-dakwaan tersebut dan telah pun mengarahkan peguamnya mengambil tindakan yang sewajarnya di mahkamah.
PAS turut menggesa Datuk S. Ambiga memberikan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut.
Peguam PAS sedang mengkaji perkara ini dan kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS, 31 Oktober 2017
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak mungkin orang seperti Ambiga sanggup baling batu sembunyi tangan? Ramai yang nak tahu segera sikap terhadap dakwaan Editor Sarawak Report bagi memberi gambaran sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut.
Benarkah dikatakan ada kaitan dengan Dr Mahathir pula? Kita tunggu..

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..

Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Anonymous said...

Dey! Ini org lagi berbahaya dpd ular! Kalau jumpa dia sama ular kalu, kasi ketuk dia dulu. Dia punya belit lg bahaya dpd ular. Itu macha2 PAN dan PKR semuanya sudah belit Kalu. Itu sbb dia punya otak asyik ingat pasal isu RM90 juta walaupun sudah banyak kali diberitahui itu cerita anney auta punya!

Anonymous said...

BENGAP Betul lah orang2 PAS,Tak fahamkah,Mahkamah masih bersidang...Jika nak sangat Ambiga bersuara samanlah dia di mahkamah malaysia.

Tunggulah mahkamah london nanti Ambiga akan bawa data2 yg akan menyokong hujahnya.sebagai orang2 islam kita diajar agar bersabar,JIKA kita tak bersalah kenapa harus takut.Allah akan bantu,jika kita bantu agamanya,ini janji allah,jika kita kalah juga..tepuk dada tanyalah IMAN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails