Saturday, November 04, 2017

Bantah Lantikan Saifuddin Nasution Sebagai YDP MAIPP -GPMS




PULAU PINANG: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong agar cadangan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang(MAIPP) ditolak.

Presidennya, Zambri Mohd Isa berkata, isu sebelum ini, pernah dikeluarkan fatwa tidak membenarkan speaker di luar masjid untuk digunakan selain mengumandangkan azan dan iqamah serta akan dikenakan hukuman kesalahan jika digunakan selain untuk tujuan itu, maka ketika itu GPMS menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk masuk campur bagi menyelesaikan isu berkenaan. 

Menurutnya, urusan umat Islam tidak sepatutnya dikawal selia oleh orang bukan Islam, sebab itu jika kita lihat dari sudut sejarah sewaktu British datang menjajah negara kita Sultan tidak dibuang malah diberi kuasa untuk mentadbir dan menguruskan hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu. 

“Sepatutnya perkara ini diteruskanlah, dan semestinya orang bukan Islam sedar diri mereka yang tidak layak mencampuri urusan orang-orang Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya. 

Zamri berkata, calon yang dikatakan dicadangkan oleh Exco Agama Islam Pulau Pinang, Dato’ Abdul Malik Kassim itu sangat tidak sesuai menjadi YDP MAIPP apatah lagi beliau tiada berlatar belakangkan agama. Pihak kerajaan negeri perlu memilih calon-calon yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan sebagai pendukung agama Islam. 

Beliau berkata, Saifuddin tidak layak kerana tidak mempunyai latar belakang agama selain tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan nasihat kepada baginda berlandaskan hukum dan nas al-Quran. Ujar beliau lagi, sebenarnya masih ramai calon yang lebih berkelayakan dan mampu untuk memikul jawatan tersebut. 

“Memandangkan pelantikan kuasa YDP ini di bawah Yang di-Pertuan Agong, maka kita meminta agar Yang di-Pertuan Agong supaya tidak meluluskan cadangan ataupun permohonan yang dikeluarkan Exco Agama ataupun kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menamakan Saifuddin Nasution sebagai YDP MAIPP yang baru. 

“Kita juga minta kerajaan negeri agar menyenarai tiga nama untuk diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, jangan hanya satu nama, dan mereka-mereka yang disenaraikan namanya selain daripada Saifuddin itu hendaklah di kalangan mereka yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan. 

“Saya fikir ini adalah tindakan kurang tepat oleh kerajaan negeri kerana YDP MAIPP sepatutnya bebas daripada pengaruh politik. Kita sedia maklum Saifuddin Nasution merupakan Setiausaha Agung PKR, jelas beliau merupakan orang kuat politik.” 

“Seingat sayalah, dalam mana-mana negeri dalam sejarah negara, belum ada lagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam ini ditadbir oleh orang politik,” katanya. 

Sementara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif. 

Beliau turut difahamkan, Naib Pengerusi Parti Amanah Negara AMANAH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP. 

Mohamed Hafiz berkata, semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara. 

“Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai,” katanya. (Wartawan Menara) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas GPMS, Teruskan perjuangan!




giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

Seribu Kali baik mereka Ni kalu nak dbandingkan dgn chip lobai dng 10 penyamun bersarban yg menjadi punaisihat jibon

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails