Thursday, November 02, 2017

Ambiga Perlu Tanggungjawab Kepada Sarawak Report -Ahmad Zahid



BUKIT KAYU HITAM – Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga perlu berani bertanggungjawab terhadap tindakannya memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ambiga tidak boleh bersikap seperti ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakkan diri daripada ditemui pihak media.
“Dari dahulu kita telah mengetahui sikap Ambiga iaitu berani bila ada di belakang, tak berani bila ada di hadapan. Beliau mengelakkan diri ditemui wartawan… tidak ada keberanian.
“Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report ini, mesti berani…beliau tidak harus bersembunyi untuk menyatakan perkara itu. Beliau harus berani bertanggungjawab dengan semua data dan maklumat diberikan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi Fasa Satu di sini hari ini.
​​​​​​​
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan portal The Malaysian Insight yang mendedahkan menerusi hujah balas dan pembelaan yang difailkan Rewcastle-Brown dengan mengatakan pernah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS.
Pembelaan itu difailkan Rewcastle-Brown dalam saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London pada April lepas dengan membabitkan artikel yang mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional.
Artikel Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections’ disiarkan menerusi portal itu pada 6 Ogos 2016.
Ahmad Zahid sehubungan itu menyatakan simpatinya kepada PAS yang mana parti berkenaan tidak boleh dianiaya dengan perkara yang tidak benar seumpama itu.
“Kalau mahu berpolitik, berpolitik secara berhemah…ini amat tidak kredibel. Selama ini seolah-olah apa sahaja yang ditulis Sarawak Report ini dianggap sebagai gospel truth (benar semata-mata),” katanya. – BERNAMA



giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

mAHKAMAH masih dlm proceeding,nantilah dia dipanggil nanti,dia akan memberi kenyataan.Zahih kalau nak sangat sekarang saman dia dlm mahkamah malaysia.Dia lawyer tahu akan preceeding mahkamah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails