Wednesday, April 05, 2017

Siti Kasim Kata Mufti Perak Fitnah, Boleh Dihukum 80 Sebatan.


PETALING JAYA: Peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti memfitnahnya dan oleh itu boleh dihukum 80 sebatan, menurut Al-Quran.
Menjawab kepada komen dibuat mufti itu pada sidang media di Ipoh semalam, Siti Kasim berkata Harussani tidak sepatutnya bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.
“Saya tidak murtad. Dia perlu dengar temu bual asal saya. Jangan terkeliru dengan versi potong dan tampal yang berunsur fitnah oleh menara.my, laman web fundamentalis yang hanya menyerang sesiapa saja yang Islamofasis anggap sebagai liberal.
“Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 kali sebat menurut Al-Quran,” katanya dalam postingnya di Facebook awal hari ini, bersama surah Al-Quran di mana 4 saksi diperlukan untuk menuduh.
Semalam, Bernama melaporkan Harussani sebagai berkata Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh perkara “tauhid” kerana itu bukan bidangnya.
“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad,” katanya pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Berhubung tuduhan itu, Siti Kasim mempersoalkan di mana “4 saksi” mufti Perak, dan berkata: “Syariah tidak menerima video sebagai bukti”, merujuk kepada apa yang dilaporkan dikatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Harussani juga menasihati Siti Kasim dengan berkata “orang yang murtad terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam”.
“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah,” kata Harusssani.
Siti Kasim turut mempersoalkan jika Harussani menyamakan dirinya dengan Tuhan.
“Adakah dia Tuhan? Memahami kepercayaan anda itu perlu. Allah perintah ummah untuk menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya ialah dengar nasihatnya sendiri.
“Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri,” katanya.
Harussani berkata demikian ketika mengulas laporan media yang menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan. #sumber

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

9 comments:

Anonymous said...

Saya menggesa pihak berwajib memanggil segera siti kassim dan ambil keterangan. Jika bertentangan dgn aqidah,,ambil tindakan sewajarnya mengikut akta sedia ada. Jgn biarkan org sebegini menjadi sesat dan menyesatkan org lain. Inilah kesan apabila akta murtad tidak ada, maka beranilah manusia munafik menzahirkan penentangan mereka kpd ugama islam.

Anonymous said...

betul!

IrWrWs said...

Malah kini munafikun berganding bahu pula dgn para kafirun utk sama2 menyerang RUU 355!

Anonymous said...

Nak tanya mufti yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain bughah satu ketika dulu, kenapa kali ini semudah itu membuat tuduhan? Bukankah lebih baik disiasat dulu kisah tersebut, boleh jadi pemberitaan yang disiarkan tidak betul lalu dengan merujuk kepada pemberitaan yang tidak betul, mana boleh membuat tuduhan melulu! Apakah mufti itu sendiri telah terjamin untuk masuk syurga?

Anonymous said...

Sebelum korang nak mertabatkan islam kononnya melalui mempertingkatkan hukuman je, bukan perlaksanaan hudud pun. Lebih baik korang tingkatkan akhlak korang dulu. Sedap sedap nak panggil orang " kemunafikan ". Entah puak walaun faham apa itu Ruu 355 entah tidak. Itu yg merapu bajet suci ahli surga.

Anonymous said...

Ruu kat terengganu mcmana lobai hadi.
Rakyat Terengganu pun tak minat.

Anonymous said...

Ruu355 akta sekular.

Anonymous said...

Wow!!sokong anon 11:10..beginilah orang jenis iman memimpin akal..bukan akal memimpin iman

Anonymous said...

Setahu saya,,dua orang saksi je diperlukan dlm apa apa pertuduhan. Kecuali kes zina, kena empat org saksi. Ini dah boleh menyesatkan org2 yg tidak ada pengetahuan tentang agamanya ni....kes berat...siti oh siti...kamu betul2 membangangkan diri sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails