Tuesday, April 04, 2017

RUU 355 Berjaya Pecahbelah Umat Islam. -Presiden PAN

Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibawa oleh PAS ke Parlimen berjaya memecahbelahkan umat Islam negara ini.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, RUU355 menyeret umat Islam Malaysia ke kancah ‘takfiri’ kerana PAS menganggap mereka yang mempertikai atau menolaknya ‘gugur aqidah’ dan menentang syariah Islam.
“Semua Ahli Parlimen wajib sokong sedangkan RUU355 adalah sekadar proses legislatif yang semestinya melalui proses perbahasan dan perdebatan.
“‘Himpunan Ungu’ di Padang Merbok menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu antara kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
RUU355 pertama kali dibentangkan oleh PAS di Parlimen tahun lalu bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini termasuk dalam kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah termasuk berzina dan minum arak.
Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membantah usaha tersebut.
DAP mendakwa RUU355 merupakan strategi halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan menindas di negara ini.
PKR dan PAN pula menyifatkan RUU355 sebagai mengelirukan dan mengundang keresahan bukan Islam.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengecam usaha PAS tersebut.
Mohd. Asri berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti di dalam rumah atau bilik yang berkunci.
Pakatan Harapan semakin galak memperlekehkan PAS apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu memaklumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan RUU355 di Parlimen.
Ia ekoran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah menyatakan kerajaan BN bersedia mengambil alih pembentangan RUU355 daripada PAS.
Jelas Najib, kerajaan BN tidak akan membentangkan RUU355 di Parlimen berdasarkan keputusan yang diambil BN secara konsensus oleh parti-parti komponennya.
Pengumuman Najib itu sekali gus memberi laluan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal membentangkannya di Dewan Rakyat, tetapi pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan menyebarkan dakyah kononnya PAS ditipu UMNO.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan malah menafikan dakyah tersebut dengan menjelaskan beza jika kerajaan yang membentangkannya, maka RUU355 akan menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya di Dewan Rakyat.
Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu RUU355, maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan Dewan Rakyat.
“Kedua-dua menjadi “option” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda. Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu sekadar mengembalikan format asal tanpa merosakkan,” jelas Nasrudin.
Mohamad bagaimanapun tetap mendakwa kononnya PAS ditipu oleh UMNO dan RUU355 merupakan strategi UMNO untuk memecahbelahkan pembangkang selama ini.
Kata beliau, RUU355 turut menyebabkan golongan progresif dan pro-Pakatan Harapan disingkirkan daripada PAS oleh pemimpin parti itu.
“Motif sebenarnya ialah kepentingan politik maka RUU355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik PAS keluar dari muafakat Pakatan Rakyat.
“Lalu berlakulah apa yang berlaku sehingga kemudiannya PAS berpecah selepas berlakunya pembersihan golongan progresif,” dakwanya.
Tuduhan Mohamad itu ternyata semborono, tidak berasas dan diluar konteks kerana RUU355 dicadangkan di Parlimen oleh PAS di Parlimen, bukan oleh UMNO. 

Lapor Mynewshub.cc


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....


8 comments:

Anonymous said...

"Ruu355 memecah belahkan umat islam"....ini adalah statement yg jauh menyimpang daripada kebenaran. Bagaimana presiden yg konon memimpin parti amanah boleh keluar kenyataan bodoh sebegini?? Ruu355 sebenarnya memperlihatkan betapa umat islam masih bercakaran sesama sendiri didalam memartabatkan mahkamah syariah. Sedangkan org kafir mca,gerakan,mic,dap dll bersatu menentang pemerkasaan mahkamah syariah. Atas apa alasan sekalipun mereka tidak boleh masuk campur ketana ianya hak beragama yg dijamin oleh perlembagaan. Tetapi mereka mencampuri urusan islam dgn alasan kepetihatinan masyarakat majmuk terkesan dgn pindaan ruu ini ( hanya org bodoh saja menerima alasan ini). Sebenarnya, alasan mereka masuk campur ialah utk memberitahu org melayu secara indirectly " hampa org melayu jgn pandai2 nak sesuatu melainkan dgn persetujuan kami dahulu kerana kami juga rakyat malaysia dan kami bencikan islam". Sepatutnya, org islam diatas apa alasan sekalipun wajib menyokong. Tuduhan mat sabu mengatakan pas mentakfir pihak yg tidak menyokong adalah palsu dan menunjukkan mat sabu bercakap retorik dan menjadi pecacai org kafir. Di mana bukti pimpinan pas berkata sedemikian?

Anonymous said...

Mike Shaboo sebenarnya berkata benar! RUU355 telah memecahkan antara golongan ISLAM dan Munafik!
...sama seperti Mukatamar PAS tahun lepas bila penyokonng ISLAM berjaya menyingkirkan puak Sekular (PAN Imayam) dari pimpinan PAS!

Anonymous said...

PAS..Parti Ajaran Syaitan berketuakan tok lebai hancing.

Anonymous said...

Ha ha...setahu saya tok lebai bersuci selepas hadas ikut prosedur yang dianjurkan ugama. Hasilnya suci dan bersih. Yang hancing ni,,orang kapir yg mana mereka calit dgn tisu je,,,nampak mcm bersih,,bila didekati terasa bau hancin buntut yg tak bersih tu, suci jauh sekali. Tak tahu lah, barangkali ianya wangi bak kasturi bagi org pan....

IrWrWs said...

Setuju sesangat 10:46!

IrWrWs said...

Mujurlah si kafir berjaya dibersihkan oleh lebai tokong Pangkor 2!

Anonymous said...

Setuju sesangat 3:37!

Anonymous said...

Parti Ajaran Syaitan berketuakan tok lebai hancing rasuah 90juta.

Takburrr!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails