Wednesday, April 05, 2017

Kereta Rosak Kerana Jalan Berlubang, Boleh Saman DBKL?


LONDON – Seorang pemilik Ferrari berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak £10,000 (RM55,500) terhadap pihak majlis bandaran tempatan gara-gara keretanya mengalami kerosakan ketika melalui jalan berlubang.

Scott Nicholas, 44, yang memandu pada waktu malam di sebatang jalan di Peterborough mendakwa lubang terbabit menyebabkan Ferarri model 458-nya terbabas teruk sehinggakan beg udara di bahagian penumpang turut terkeluar.
Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT
“Saya kemudian terbabas ke jalan bertentangan, dan mujur nasib baik tiada kereta dari arah depan. Apabila beg udara meletup, saya berasa sangat terkejut.
“Saya sangkakan telah melanggar sesuatu objek namum macam tak percaya ianya disebabkan lubang di jalan itu,” ujarnya dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam, Mei tahun lalu.
Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT
Di sebalik kerosakan beg udara yang menelan belanja pembaikan sebanyak £6,000 (RM33,300), rim orignal keretanya turut berlekuk membuatkan Scott perlu membayar £3,000 (RM16,650) untuk proses baik pulih.
Apa yang lebih mengecewakan, bapa kepada dua anak itu mengatakan kenderaan mewahnya terpaksa ‘tersadai’ selama tiga bulan demi menunggu alat ganti yang diterbangkan khas daripada Itali.
Jalan Berlubang, Pemilik Ferrari Saman PBT
Scott memberitahu, dia akan menerima tuntutan wang berkenaan dalam masa tiga minggu dan apa yang lebih mengejutkan, dia akan mendermakan kesemua wang tersebut kepada rumah-rumah kebajikan di England.
“Ia bukan soal wang, ia mengenai prinsip dan hak kita. Lebih menyakitkan hati ketika di mahkamah, mereka cuba untuk mengelak daripada membayar ganti rugi kepada saya.
“Mereka juga mengatakan supercar tidak sepatutnya berada di atas jalan,” ujar Scott lagi
Kejadian yang menimpa lelaki ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua, lihatlah bagaimana hak pengguna di negara maju tetap dibela.

Komen MYNEWSHUB.CCApapun, jika mengikut kepada acuan sistem perundangan, Malaysia rasanya tidak jauh daripada amalan British. Jadi, kepada pihak DBKL, adakah pengguna berhak saman anda sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan akibat jalan tidak diselenggara dengan baik? 


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....


2 comments:

Anonymous said...

Agaknya jika kerajaan tidak bentangkan RUU355, PAS boleh saman tak?

Anonymous said...

Saman kau sebab kau terlalu bodoh nak mampus memang boleh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails