Thursday, June 02, 2016

Tawan Putrajaya Dengan 'Politik Matang'. Pendekatan Baru Presiden PAS?

Post Pic

PAS mahu tinggalkan cara 'politik lama' tawan Putrajaya

PENGKALAN CHEPA: PAS mengambil pendekatan untuk mengamalkan politik matang dalam merealisasikan matlamat menawan Putrajaya, tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ujar Hadi, PAS tidak mahu lagi terjebak dengan cara politik lama seperti mana yang menjadi amalan Pakatan Harapan (PH) yang hanya membangkang agenda kerajaan.

"Blok politik yang ada pada waktu sebelum ini kebanyakannya diwarnai oleh dua warna hitam-putih sahaja iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang deengan budaya politik masing-masing.
"Kerajaan yang ada ini pula sifatnya senantiasa mempertahan kan tindakan mereka, menolak peranan pembangkang dan kadangkala dengan kekerasan dan paksaan ke atas rakyat.
"Manakala blok pembangkang pula sentiasa membangkang apa saja agenda kerajaan yang memerintah, walau kadangkala di sana ada yang baik dilaksanakan. 
"Politiking yang melampau dan kasar ini kadang kala menyebabkan rakyat awam tersepit, sehingga tidak lagi mempercayai janji politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang. Kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat," katanya.

Hadi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, di sini, hari ini.

Oleh yang demikian ujar Hadi, PAS berpegang dengan prinsip yang digariskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) yang menekankan budaya politik matang dan sejahtera.

Katanya, PAS juga bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam.

"Lapang dada dan bersikap terbuka untuk duduk semeja dengan semua pihak bagi membincangkan isu sejagat yang melibatkan kepentingan umat Islam, rakyat keseluruhan dan negara tercinta.
"Bersedia mengambil kebaikan dan menerimanya dengan baik meskipun ia datang dari pihak pemerintah serta bersiap sebagai kerajaan menunggu (government in waiting). Berlaku adil terhadap semua meskipun terhadap lawan politik," katanya sambil membacakan prinsip parti itu.

Muktamar pada kali ini adalah yang pertama selepas Pakatan Rakyat (PR), gabungan yang disertai bersama PKR dan DAP, terkubur tahun lalu. Ia juga adalah yang pertama selepas golongan progresif parti Islam itu bertindak keluar dan menubuhkan sebuah parti baru, Parti Amanah Negara (PAN), yang kini bergabung bersama PKR dan DAP membentuk gabungan baharu, Pakatan Harapan (PH).
PAS kini menjalinkan kerjasama bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menerusi Blok Ketiga. (Antarapos)

9 comments:

Anonymous said...

PAN pula menggunakan pedekatan Tahyul Say-Yes-Sir dgn DAP. Apa cakap DAP adalah benar dan suci di mata PAN

Anonymous said...

Poltik Pra-Matang Mat Sabu Style

KALAU MAT SABU DAH INGATKAN AHLI PARTI JANGAN TUBUH PARTI ISLAM LAIN SUDAH PASTI DIA SENDIRI PUN TIDAK AKAN TUBUH.



Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu

GUA punya komen kat bawah


Tapi Mungkin Mat Sabu betul, sebab dia buat parti khadam DAP bukannya parti islam. Dan DAP pula anti Islam

Anonymous said...

Ingat PAN Ingat DAP

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Dulu pejuang sekarang khadam. Itulah PAN yg fanatic dgn kaedah Tahyul Say-Yes-Sir dgn DAP. Sebelum DAP bersuara, PAN sudah mengaum. KAH KAH KAH

Tak percaya? Tengok mamat PAN Shah Alam yg kaki bluetooth dgn kaki troll tu sudahlah.

Anonymous said...

Dengan alasan2 kilo2 diatas twrbuktilah PAN berpolitik cara Pra-Matang

Anonymous said...

Politik matang?

Hehehe. cara mr prezideng berpolitik tu cara bengong wal bangang!!

Anonymous said...

politik matang???? confius aku..sapa la yang punya ide buat slogan tu untuk pas????

Unknown said...

Sbb matanglah kita dah dpt bentang RUU di parlimen.. jgn jeles..

Pas Dah Gila said...

Anon 826....kalau RUU tu betul2 undang2 Allah, kenapa perlu bentang? Kenapa perlu bahas? Kenapa perlu undi lulus ke tidak?
Manusia ni layak ke bahas undang2 Allah? Manusia ni layak ke pilih untuk meluluskan undang2 Allah? Jadi yang undi sebaliknya? Kafir? Murtad?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails