Friday, June 03, 2016

PRK KK: Laluan Sukar BN, Calon Wajib Turun Padang.. -Datuk Hamidah Osman

Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman

IPOH - BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Parlimen Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu jelas kerana pergerakan dan penglibatan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang terbatas sepanjang kempen berlangsung.

“Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya. Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri.

“Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya,” katanya.

Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini. (SH)

9 comments:

Anonymous said...

Nasihat kepada PAN Imayam yg menjadi Taliba-Root DAP. DAP pula anti Islam. Cukup2 lah berwalikan DAP tu wahai PAN Imayam

Ni nasihat dari ISMA gerakan Islam sederhana. Bukan dari PAS Wokey

http://www.ismaweb.net/2013/08/apabila-muslim-malu-dengan-agamanya/

Apabila Muslim Malu Dengan Agamanya


خاف اليوم الذي يصبح فيه المشرك فخور باخطأئه ويصبح المسلم خجول من ايمانه
(عمر بن الخطاب)

“I fear the day when the disbelievers are proud of their falsehood, and the Muslims are shy of their faith.” [Umar ibn al-Khattab]

“Aku takut/bimbang akan (datangnya) hari di mana kaum Musyrikin berbangga dengan kebatilan mereka dan kaum Muslimin malu dengan Din (ugama) mereka!” – Saidina ‘Umar Al Kha.

Sudah kelihatan banyak tanda dan bukti yang membenarkan kalimat daripada Khalifah Kedua yang bergelar Al Faruq ini!

Umat Islam sudah hilang jatidiri dan rasa ‘izzah dengan Islam. Pada waktu yang sama pula terlalu tawadhuk, memuliakan dan bertoleransi dengan kaum kafirin, tidak terkecuali di tanahair tercinta ini. Seolah-olah kaum kafirin itu merupakan umat yang dimuliakan Allah, dan umat Islam hidup dan wujud hanyalah untuk tunduk dan akur kepada segala kehendak dan tuntutan mereka!

Di zaman berdaulatnya Islam pada masa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, ada undang-undang negara memperuntukkan bahawa sekiranya seorang Muslim sedang berjalan di sebatang jalan dan terdapat seorang kafir berjalan dari arah yang bertentangan di jalan yang sama, maka si kafir itu perlu melintas/menyeberangi jalan tersebut supaya tidak bertembung dengan si Muslim itu.

Dalam ertikata lain, beliau perlu memberi laluan kepada si Muslim itu.

Hari ini, seorang Muslim bukan saja dengan rela hati memberi jalan dan laluan kepada orang-orang kafir, malah menjemput mereka masuk ke pusat-pusat kekuatan dan kubu-kubu strategik umat Islamdan memberi kewewenangan yang seluas -luasnya untuk melemahkan sendi-sendi kekuatan umat Islam.

Umat Islam hari ini tidak lagi rasa terpukul atau marah dengan keceluparan mulut dan penzahiran sikap bongkak dan angkuh kaum kafirin. Sebaliknya ada sebahagian umat Islam tanpa segan silu mempertahankan kaum kafirin ini dan menyalahkan saudara seakidahnya sebagai tidak berhikmah dalam menangani isu-isu kepentingan Islam. Seolah-olah kaum Muslimin ditakdirkan hidup sebagai umat yang sentiasa rela dipermainkan atau diperbodohkan.

Atau barangkali sifat keberanian dan kejantanan sudah dicabut atau ditanggalkan dari tubuh umat Islam?

Agenda Liberalisma, Sekularisma, Kristianisasi dan Syi’ah yang sedang menjalar masuk dalam setiap rumah dan institusi masyarakat tidak diberi perhatian secara bersungguh-sungguh dan serius sejak sekian lama dengan sedikit pengecualian. Perjuangan umat Islam di seluruh dunia Islam yang besar seringkali mendapat liputan yang tidak adil dari media-media massa arus perdana ataupun sebaliknya.

Ceramah dan syarahan yang dihadiri oleh ribuan pendengar atau audien yang terhibur tidak akan melahirkan rijal-rijal Islam yang punya agenda yang jelas dan ketangkasan untuk bertindak secara berkesan.

Khutbah-khutbah Jumaat yang dilontarkan saban minggu tanpa dikaitkan dengan masalah dan persoalan umat Islam semasa akan kekal di dalam masjid sahaja seusia solat Jumaat.

Parti-parti politik yang sedia ada dengan agenda-agenda sempit masing-masing tidak boleh dijadikan harapan umat untuk memulakan satu anjakan paradigma untuk perubahan ke arah Islam yang diingini.

Pergerakan dan jamaah Islam yang tidak berfokus dalam setiap langkah atau tindakannya juga tidak akan membawa apa-apa makna kepada usaha untuk mendaulatkan Islam.


Barangkali, kalau umat Islam sudah bersebati dengan sifat yang dibimbangi oleh Saidina ‘Umar al Khattab di atas, ini mungkin satu petanda bahawa inilah masa yang sesuai dan tepat untuk menggantikan umat Islam di Malaysia dengan kaum lain yang lebih ikhlas dan serius memikul amanah Ummah ini.

Dan pastinya, golongan baru ini TIDAK akan sama dengan umat yang telah mencuaikan amanah
tersebut!

Oleh
Mohd Lutfi Bin Khalid
YDP ISMA Cawangan Sg.Petani.

Anonymous said...

Return of Lobai. Umnoo tak perlu risau kerana semua kerja kempen akan lakukan oleh para walaunta!!:-)Panglima Mustar sudah kembali..Hai mambang ijo, mambang biru...

SuJeng said...

Apa pula ingatan anda kepada pemerintah persekutuan?

SuJeng said...

Apa pula ingatan anda kepada pemerintah persekutuan?

Anonymous said...

pemerintah persekutuan pun sama macam yang ditegur takut dan malu pada agama sendiri hinggakan dikuasai oleh pemikir kafir.

Anonymous said...

puak malu pada agama sendiri

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Hari tu kata tak adaorang PAN boleh jawab tuduhan laman web ISMA???

Yang yang bukan PAN pun boleh jawab!!!

Sekarang nak pakai laman web Pemfitnah lagi???

Dah banyak sangat pahala ke???

Ke dah tak kenal dosa pahala???

Atau tak takut dengan Allah???

Tu yang berani tolong menyebarkan fitnah tu!!!!


Jawablah kalau tuduhan saya fitnahkan Encik pula.

Janganlah murahan sangat demi politik yang sempit sanggup jual agama!!!

Cukuplah Tuan Guru Haji Hadi je yang jual!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Nasihat saya Encik pun asyik memfitnah nak nasihat orang apa??? HAHAHHAHA bodohnya!!!

Ni nasihat saya kepada ISMA pula, cukup-cukuplah memfitnah dan menjual agama. Masa kita di mesyuarat YADIM tu senyap macam pondan!!! Kenapa korang nak ikut Presiden parti yang pondan dan bacul tu???

ISMA bertaubatlah. Allah bukan wajibkan pakai kopiah serban!!! Allah wajibkan tutup aurat!!!

Sama juga, Allah bukan larang berhujah berkenaan agama Islam!!! Allah larang memfitnah!!!

En. Anoynous tu bukan berani jawab saya. Sebab tu saya sengaja sebut nama dia. Sebab apa???

BUKTI TARAK!!! BISING MACAM LANGAU!!!

Itulah akibatnya duduk dalam parti orang bodoh ikut laman web ISMA si pemfitnah sampai dah kenal mana betul mana fitnah sebab bodoh sangat!!!

Jawablah, saya tunggu!!!

Yang masih jahil,

Nobody

Anonymous said...

En.Anonymous,
Saya nak tunjukkan satu je kebodohan Encik dan ISMA. Ingat ISlam tak suka kebodohan tapi Encik memang bodohlah kalau percaya ISMA.

Artikel pertama Encik copy-paste mengatakan perkara agama perkara tiga. Artikel kedua perkara agama perkara sebelas.

ISMA bodoh sangat ke perkara tiga dan sebelas pun tak boleh beza??

Yang Encik lagilah bodoh copy-paste perkara tiga ke perkara sebelas pun tak perasan!!!

Sekarang Encik pergi tanya ISMA, perkara tiga ke perkara sebelas???

Suruh ISMA masuk blog ni lah, tengok mengelupur ke tak!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails