Thursday, June 02, 2016

Presiden PAS Jawab, Calon PRK S/Besar Harum Manis?


PENGKALAN CHEPA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semasa menjawab dakwaan mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman yang dikatakan mesra Parti Amanah Negara (PAN).

"Tidak mungkin dalam dunia ini nak lantik calon seratus peratus yang semua setuju. Tak mungkin. Ada harum manis, ada harum masam," jawabnya.

Dr Rani

Gambar bawah: Dari kiri Adnan, Dr Rani, Abu Hanifah, Ibnu Hasyim & Tuan Junuh

Semalam Perwakilan Selangor, Nik Bakri Nikmat menggesa Dewan Ulama PAS agar campur tangan dalam soal pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun nanti.

Tidak menyatakan sebab secara jelas, tetapi Nik Bakri seolah menyifatkan Abdul Rani yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai 'mesra' Parti Amanah Negara (PAN).

Ujarnya, pemilihan Abdul Rani sebagai calon dibimbangi akan menjadi pertandingan di antara 'harum manis lawan harum manis'.

Istilah 'harum manis' merujuk kepada parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin profesional parti Islam itu selepas kalah pada pemilihan tahun lalu.(IH)

11 comments:

Anonymous said...

Salam Ibn Hasyim. Yg dalam PAN tu bukan Harum Manis tapi Harum Khadam

Anonymous said...

Krn mr presideng/nakhoda jenis sasau mnjadikan ramai yg harum masam!

Mr presideng dh masuk dlm tong taik!!

Anonymous said...

Pas akan mendapat undi ke 3 terbanyak. Sudah bosan dengan lebai lebai yang menjebon dan membarua jamaah sendiri, akhlak islam kunun.

Teruslah membangun bersama barisan kepimpinan Cai.

Anonymous said...

Mr president Mike Selfie kott dari PAN

Anonymous said...

Penyokong PAN Mahu Husam Ganti Mat Sabu

MARCH 2, 2016

AIDCNews – 02/3/16 – Penyokong Parti Amanah Negara (PAN), Shafie Salleh mengharapkan agar Datuk Husam Musa agar dipecat daripada PAS bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Presiden PAN yang disandang oleh Mohamad Sabu.

Menurutnya, trend kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mutakhir ini diragui oleh ahli parti sendiri.

“Semoga Dato Husam Musa dipecat dari PAS, kerana kepada beliaulah kita bergantung harapan supaya beliau memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Mat Sabu sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa beliau bukanlah Presiden yang bagus untuk AMANAH,”katanya dalam Facebook.

Menurutnya, penglibatan Husam dalam program ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Johor membuktikan bekas Naib Presiden PAS itu satu-satu calon yang layak memimpin PAN bakal bakal calon Perdana Menteri.

“Pada saya secara peribadi inilah pemimpin paling layak memimpin AMANAH, seterusnya membawa kita ke Putrajaya. Seterus memerintah Malaysia.

“Dalam keadaan usia DSAI yang semakin bertambah, Dato Husamlah yang paling layak ganti DSAI untuk jadi PM,”katanya lagi.

Anonymous said...

PARTI PAS DAN UMNO ITU ADALAH PARTI UTK ORANG2 MELAYU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI....TAK PERCAYA...TANYA ORANG2 FELDA.......

Anonymous said...

"firestone"...ha ha ha.

Anonymous said...

Mamat Paschai ni mengomen panjang panjang baik blog sendiri

Anonymous said...

puak macpan tergugat sebab terpaksa ikut arahan dap tentang pas dimana pas bertanding dulu kata musuhi umno sekarang dah jadi khadam umno untuk kalahkan pas.

Anonymous said...

puak pan khadam dap dan tak iklas dalam memperjuangkan islam tetapi bersungguh memusuhi perjuangan untuk memertabatkan islam.

Anonymous said...

nak mertabatkan Islam????? akhlak ahli hancur punah dan puntung rokok sentiasa kat mulut, tak payah lah cakap pasal mertabatkan islam, cakap mertabat melayu lagi ada faedah..lagi pun kan kita dah nak bersatu...tunggu masa istihar saja..betul tak?? lepas tu kita sama sama kita pakai keris telanjang 100 lok. panjang tu!!!! baru betul depa kata kita mabukkk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails