Thursday, June 02, 2016

Perang Azmin Lwn PAS Bermula.. Ini Peluru Tembakan Pro Azmin..

pkr selngor
Twitter Pro Azmin Makin Lantang Kritik PAS
AIDCNews – 2/6/16 – Twitter pro Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, @PecatFaekah dilihat semakin lantang mengkritik PAS ekoran Parti Islam itu tidak memberi laluan kepada calon PKR bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Kini, Twitter yang dipercayai dikendalikan oleh salah seorang pemikir Azmin telah mengubah haluan dengan menyokong calon dari Parti Amanah Negara (PAN) bertanding di PRK itu.
“Tiba masa untuk beri sokongan penuh kepada calon Amanah dan rombak EXCO lepas #PRKSgBesar.
“Amanah wajar ganti PAS dalam Kerajaan Selangor,”kata pemikir Azmin dalam Twitternya malam tadi.
Pemikir Azmin itu juga turut mencadangkan agar semua jawatan yang disandang oleh aktivis PAS dalam kerajaan tempatan (PBT) dan syarikat milik kerajaan (GLC) negeri turut disingkirkan.
“ADUN Amanah akan gantikan EXCO PAS dalam Kerajaan Selangor. Begitu juga dengan semua jawatan Ahli Majlis dan GLC.
“Mohon Din Ayam letak jawatan juga,”katanya lagi.
keadilan1
keadilan2
keadilan3
keadilan4
keadilan

2 comments:

Anonymous said...

Nk singkir exco Pas ye? Ganti Amanah..? Camana tu.. adun Pas 13 org adalah sbahagian drpd kerajaan Selangor.. nk rombak exco kena dpt consent Sultan Selangor.. boleh dpt ke.. mcm monyet pikiran org yg cadang bnda mngarut.. nk ugut le teww..

Unknown said...

Org PAN lah tu.. nak naik melalui cantas org je yg dia mampu.. dapat jd MP dan ADUN PAN tu pun kerana bwk lari kerusi PAS..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails