Thursday, June 02, 2016

Pelajar Ini Dirogol Bergilir-gilir, Apa Hubungkait Usul PAS, Tingkatkan M/Syariah?

 Ini kes lain.. Juga keluar berseronok dengan teman lelaki, masih tidak selamat bagi seorang wanita rakyat China.. menjadi mangsa rogol bergilir-gilir ..


KUALA TERENGGANU - Padah keluar rumah secara ‘bersembunyi’ tanpa pengetahuan keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berdepan mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki tidak dikenali di sebuah bilik asrama di institut kemahiran di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumahnya secara senyap kira-kira jam 3 pagi dengan dijemput seorang lelaki yang juga rakan kepada rakan perempuannya.

“Kemudian, mangsa dibawa lelaki berkenaan berjumpa dengan rakan perempuannya itu di Pantai Batu Buruk, di sini, dan selepas puas berehat di taman rekreasi terbabit, mangsa dikatakan mengikut rakan perempuannya bersama dua lagi lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah bilik asrama di institut kemahiran berkenaan.
“Mangsa yang mempercayai rakan perempuannya itu langsung tidak mencurigai tindak tanduk mereka membawanya ke lokasi kejadian sebelum terkejut apabila dipaksa dan dirogol beberapa lelaki tidak dikenali yang ada di dalam bilik asrama itu secara bergilir-gilir,” katanya.

Jelas sumber, sebaik puas melepaskan nafsu, mangsa dihantar dua lelaki pulang ke rumahnya, namun semasa dalam perjalanan itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan sekali lagi dengan merogol mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di daerah ini, kira-kira jam 7 pagi, hari sama.

“Mangsa yang kecewa diperlakukan sedemikian telah bertindak menceritakan kejadian hitam itu kepada ibunya sebelum mereka sekeluarga mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Susulan laporan diterima, polis menahan lima lelaki berusia antara 18 tahun hingga 22 tahun di sebuah asrama lelaki di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi (semalam) untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membenarkan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam masa sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan tangkapan suspek. (SH)
Rogol

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aksi mangsa seperti sengaja minta dirogol bergilir-gilir. Dia mencari nahas pergi ke tempat perogol? Perogol-perogol pun menjadi-jadi beraksi. Nampaknya, sistem perundangan yang ada di negara ini tidak memberi kesan yang sewajarnya.

Umat Islam sepatutnya kembali kepada perundangan Islam. Memilih hukum yang mendidik masyarakat seperti yang dikehendaki Islam. Mahkamah Syariah yang ada pada hari ini pun hanya menjadi bahan lawak sahaja, kerana bidang kuasa yang diperuntukkan amat terhad dan gagal mencegah jenayah.

Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah juga tidak mencerminkan kehendak syarak. Oleh itu sepatutnya umat Islam menyokong parti PAS yang bertindak mengusulkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah demi mengangkat martabat perundangan Islam di negara ini.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu di tingkatkan supaya hukuman boleh dijatuhkan sebagaimana dituntut oleh Islam. Apalagi kalau ianya merupakan kunci laluan ke arah perlaksanaan undang-undang Islam menyeluruh di Malaysia yang di dalamnya merangkumi 'hudud'?!

Sebenarnya itulah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, mahu melaksanakan undang-undangnya sendiri, di dalam negaranya sendiri kepada rakyatnya sendiri. Kecuali mereka yang otaknya dijajah oleh peradaban barat 'thaghut', tidak berfikir begitu.

Cadangan PAS mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah itu, tidak ada kena mengena langsung dengan orang yang bukan Islam! (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Yang ni DAP tak mau hukum Syariah. Merka mahu melayu islam rosak.

Masalahnya PAN pula menjadi khadam DAP

Anonymous said...

Satu undi untuk PAN. Satu undi tolak hudud

Anonymous said...

Takat baca tajuk kemudian minta tangguh takkan bawa ke mana undang2 tu. Ibarat anjing menyalak tak menggigit.

Unknown said...

Ada juga RUU ke arah hudud yg hendak dibentangkan..

Daripada kalau RUU Oktoberfest dan LGBT yg entah bila nak ditolak oleh parti ngaku islam!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails