Wednesday, June 01, 2016

M/Syariah: PAS Sedia Berdialog, Bukan Islam Perlu Bersikap Lebih Terbuka. -T/Presiden PAS

Dewan Rakyat
KOTA BHARU:  PAS sentiasa bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak untuk memberi kefahaman berhubung usaha parti itu meningkatkan kedudukan Mahkamah Shariah. Kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pelancaran Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.

Beliau, yang meminta masyarakat bukan Islam bersikap lebih terbuka untuk memahami undang-undang Islam, apatah lagi mereka boleh menerima konsep kewangan dan perbankan Islam dengan baik sebelum ini. Beliau berkata sistem undang-undang Islam menjamin keadilan kepada golongan bukan Islam.


Justeru beliau meminta isu itu dibincang dengan ilmu pengetahuan dan maklumat, dan bukannya sentimen perkauman dan keagamaan.

“Kami membawa usul tersebut untuk memberi peluang kepada rakyat berbincang dan memahaminya,” katanya.

Beliau berkata lagi, PAS sentiasa bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak untuk memberi kefahaman berhubung usaha parti itu meningkatkan kedudukan Mahkamah Shariah.

Beliau juga mengecam beberapa menteri Barisan Nasional yang mengancam untuk meletak jawatan jika usul tersebut diluluskan. Katanya, mereka sepatutnya meletakkan jawatan ekoran isu 1MDB dan pelbagai isu lain yang membebankan rakyat, seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Mereka tidak seharusnya menghalang orang Islam menuntut hak kita menunaikan tuntutan agama. Mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada isu-isu ini (seperti GST), yang memberi kesan kepada rakyat.”

Tuan Ibrahim juga menyifatkan muktamar kali ini sebagai meraikan kejayaan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Katanya, PAS sentiasa konsisten dalam menuntut perubahan di bawah ruang lingkup undang-undang dan berharap ahli Parlimen beragama Islam sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama.

Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membawa usul tersebut di Parlimen.

Ekoran itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam berkata mereka akan meletakkan jawatan dalam Jemaah Menteri jika ia diluluskan Parlimen. (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Pale bapak mung kapir laknat MIC,mca,Gerakan dan lain2 yg sewaktu menolak hukum hudud tuang presideng bolehdiam membangang....

Anonymous said...

Timbalan Presiden dah jadi PENDEKAR MUSTAR, ada dua keris. Lebih baik jadi parti keris & pakai songkok tinggi. Kupiah mana wehh? Sorban mana weh? Dulu ikut fesyen arab al padang pasiiru tompoktompok walaunta.Punahsihat melayu purba dulu kini selamanya kelakor..

Anonymous said...

Wah wah,,,,anjing anjing kurap dapig menyalak tak keruan. Salakan yg tidak dihiraukan musafir yg kuat Iman dan keazamanya demi menegakkan hukum Allah swt di bumi Malaysia. Salak lagi la anjing,, kami tak dengar pun. Bunyi pun,,,ya lah,,anjing kurap. Sekadar tu je la.

Unknown said...

Lihat! DAP tak langsung masuk dalam senarai..

Opsssss terrrrsebut DAP tanpa sengaja lagi.. sori PAN!

Unknown said...

Ok kalau sebut dapig tak pe jgn DAP..

Opsssss terrrrsebut DAP tanpa sengaja lagi.. sori PAN!

Anonymous said...

Orangn PAN tak Ikut Amanat Mat Sabu

KALAU MAT SABU DAH INGATKAN AHLI PARTI JANGAN TUBUH PARTI ISLAM LAIN SUDAH PASTI DIA SENDIRI PUN TIDAK AKAN TUBUH.



Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails