Thursday, June 02, 2016

MB Azmin: Tiada Dasar Atau Program Baru Rakyat Selepas Khalid. Terlibat Rasuah Pula?

Post Pic

SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim khuatir melihat kepada perkembangan pentadbiran kerajaan negeri yang pernah diterajuinya selama enam tahun.

Kekhuatiran itu timbul selepas negeri tersebut terpalit dengan dakwaan rasuah wang dan wanita baru-baru ini. Justeru beliau menggesa penggantinya Datuk Seri Azmin Ali untuk melakukan perkara yang betul.

"Buatlah keputusan yang melindungi kepentingan dan kebajikan rakyat.
"Semua mata sedang melihat kerjasama beliau dalam siasatan berhubung dakwaan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa," kata Khalid dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Bukan itu saja, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu mendakwa, sejak beliau meninggalkan jawatan tersebut, rakyat Selangor tidak merasai sebarang dasar atau program baru. 

Di sebalik itu, rakyat negeri itu terus dibelenggu konflik politik yang tidak berkesudahan di samping dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, tambahnya.

Beliau merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan habuan wang dan perempuan ketika urusniaga dengan kerajaan negeri Selangor. 

Azmin menolak tuduhan itu dengan mendakwa ia adalah sebahagian kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan yang ditadbirnya. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

rakyat selangor perlu menzahirkan kekesalan atas tindakan mereka yang bersekongkol untuk menfitnah sehinggakan tergulingnta tan sri khalid sbgai mb selangor. sama2 kita sokong pas dan biar pas perintah selangor nescaya puak2 perosak akan bergolak kerana perancangan mereka untuk menjatuhkan ts khalid dan menendang pas supaya pengaruh pas diselangor hilang sebab mereka tidak mahu islam mendominasi kerajaan selangor. dap bercita2 tinggi untuk menguasai pemerintahan selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails