Tuesday, May 31, 2016

Serbu Premis Arak, Hingga Mei 10 Premis.. Bagus!

MPK
SHAH ALAM, 31 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) merampas pelbagai jenis minuman keras dalam usaha mengekang aktiviti penjualan barangan itu secara haram.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata serbuan dilakukan anggota penguatkuasa di sebuah premis serbaneka dan sebuah kedai menjadi lokasi tumpuan ‘kaki botol’ sekitar kawasan itu.
“Serbuan pertama dilakukan di sebuah kedai terletak di Bukit Tinggi (159 botol) dan lokasi kedua pula sebanyak 80 minuman keras disita di premis mempunyai lesen Pasar Mini daripada MPK.
“Sehingga Mei, sebanyak 10 premis diperiksa dan 1,124 botol arak pelbagai jenis disita oleh operasi diselaraskan Jabatan Penguatkuasa bersama jabatan lain” katanya dalam kenyataan.
Yasid berkata, kedua-dua kedai berkenaan diberikan kompaun dan tempoh sebulan menuntut balik barang rampasan daripada MPK dengan syarat mereka mempunyai lesen serta dokumentasi lengkap.
Beliau berkata sekiranya dalam tempoh itu mereka gagal, MPK mengambil tindakan melupuskan barangan dirampas.
“Mengikut Undang-undang Kecil, pesalah boleh dikenakan kompaun RM1,000, dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM2,000,” katanya.
Operasi terbabit dilakukan berikutan aduan orang ramai mendakwa botol minuman keras dibuang merata-rata sehingga membahayakan keselamatan. (SK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tindakan bagus!

6 comments:

Anonymous said...

Tarnish....tahniah.....blum laksana ruu 355...dh bleh kee....? Nnt pas Marah oooooi

Anonymous said...

Mujur ada PAS. Kalau biar kat PAN dan DAP habislaaaaaaaaaaaaaaa

Tak Percaya mari kita flashback pakai Ismaweb mengenai Pembesar PAN i.e. Khalid Samad pada tahun 2014, mengenai Okoberfest

Ingat PAN Ingat DAP

http://www.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang

BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan.

Anonymous said...

Begitu hina dan kejam pemuka pemuka PAN Terhadap Islam

Cuba bandingkan apa Khalid Samad dan Timbalan Mufti Cakap

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/07/dap-ajar-rakyat-perangai-suka-melawan/

DAP ajar rakyat perangai suka melawan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mt Dali menyifatkan parti rasis dan cauvinis DAP sejak akhir-akhir ini sering menunjukkan lagak suka melawan.

Menyerlahkan lagi sikap suka melawan itu ianya ditunjukkan dalam isu kod etika berpakaian baru-baru ini.

Beliau berkata, DAP dengan sengaja mahu membudayakan sikap melawan, membangkang dan memprotes apa sahaja peraturan yang ditetapkan termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan kedudukan Islam di negara ini.

“Mereka kira, apa yang mereka tidak suka, mereka akan protes. Mereka membiasakan budaya mencabar sehingga ianya berjaya diterima dalam masyarakat. Mereka cuba mengajar rakyat untuk melawan.

“Macam isu kod etika pemakaian ini, mereka cuba menunjukkan protes yang mereka tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan. Hasilnya, akan ada pengikut sealiran yang menyokong mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas sikap cauvinis DAP yang masih suka memprotes pelbagai isu selain kod etika ini.

Terdahulu dalam isu kalimah Allah mereka menunjukkan kelantangan mereka. Ini apabila Lim Guan Eng menegakkan pendiriannya bahawa tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah sekalipun mahkamah menetapkan ianya khusus untuk orang Islam sahaja.

Begitu juga dalam isu pesta arak Oktoberfest yang dihalang penganjurannya, tetapi Adun DAP Teresa Kok dilaporkan tetap menghadiri pesta tersebut untuk memberikan sokongan kepada penganjur.

Lebih daripada itu, pemimpin veteran mereka, Lim Kit Siang bukan sahaja pernah mempertikaikan khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM, bahkan beliau mendakwa ayat Al-Quran yang dibaca dalam satu khutbah Jumaat sebagai satu seruan meniupkan sentimen persengketaan agama di dalam negara ini.

Justeru, Abdul Rahman berkata, jika DAP terus membudayakan sikap seperti ini, negara pasti hancur kerana mempunyai rakyat seperti mereka.

“Bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara? Ada peraturan tetapi tidak mahu ikut. Yang mereka tahu hanya membangkang,” katanya.

Anonymous said...


http://www.ismaweb.net/2015/09/dap-kekal-dalam-kerajaan-selangor-bimbang-pas-larang-jual-arak/

DAP kekal dalam kerajaan Selangor, bimbang PAS larang jual arak

JOHOR BAHRU, Isnin – DAP tetap dengan pendiriannya untuk tidak berundur dari kerajaan negeri Selangor kerana bimbang Pas akan melakukan apa sahaja seperti memperkenalkan larangan menjual arak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata langkah itu diambil bagi menghalang Pas daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor, walaupun sebelum ini PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan Pas.

“Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan Pas, itu ialah hak dan keputusan mereka.

“Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor,” katanya selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dun Johor Jaya di Taman Molek, di sini hari ini.

Sebelum ini, PKR berpendirian untuk tetap mahu berkerjasama dengan Pas dalam pakatan pembangkang dan persoalan timbul berhubungan dengan kedudukan DAP dalam kerajaan negeri Selangor.

Anonymous said...

bertaubatlah khalid samat bawalah kebenaran islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails