Wednesday, June 01, 2016

'Pahlawan Melayu', Pendekatan Muktamar Pemuda PAS Kali Ini..

Post Pic

KOTA BHARU:  Muktamar Pemuda PAS di Kelantan hari ini menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Penampilan ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza. Anggota Parlimen Pasir Mas itu bahkan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Post Pic

Pas membuat perubahan besar selepas berpecah iaitu menjadi pahlawan Melayu.

Malah, sebaik tiba di lokasi muktamar di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, pemimpin parti Islam itu disambut dengan paluan rebana ubi iaitu muzik tradisional Kelantan.

Selain itu, alunan muzik wayang kulit turut mengiringi acara yang berlangsung di dalam dewan muktamar di samping persembahan bacaan al-Quran dan deklamasi sajak.

Malah, gimik pelancaran muktamar itu juga dilakukan dengan paluan empat buah gong‎. ‎Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi turut berpakaian sedemikian. Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Muktamar kali ini juga berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka. Kedua-dua kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tuan Ibrahim berkata, tema pakaian tersebut satu perubahan kelainan yang dibuat‎ oleh Pemuda PAS.


"Lama tak nampak pakaian macam ini, saya kahwin dulu pun tak pakai macam ini,” katanya berseloroh.
"Ini mencerminkan budaya kita baik, indah dan mungkin lepas ini pakaian bangsa lain.”

Ditanya pakaian tersebut memgambarkan perjuangan bangsa, beliau menafikan perkara itu.

"PAS tak perjuangkan bangsa tetapi memperjuangkan agama.
"Kita tak cabut keris, cium keris dan tunjukkan keris kepada sesiapa. Kita lengkapkan pakaian ini," katanya. (antarapos)

7 comments:

Anonymous said...

Undilah siapa siapa pun. Tapi jangan undi PAN kerana mereka adalah khadam DAP. DAP pula cauvanis dan anti Islam

http://www.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/

KATA PEDANG: DAP tetap anti-Islam walau berkawan dengan Tun M

PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.

Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.

Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.

Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.

Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.

Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?

Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

KATA PEDANG: Setuju pemimpin bermasalah perlu ditukar tapi bukan dengan DAP dan konco-konconya.

Anonymous said...

bnyak tempat lain pun kawsan melayu nak dihalau
tak kira temapt amno kae bukan
sama saja nampaknay
alasan nak dimajukan nak buat kondo kondo
asalkan kapir sama saja mesti tak suka Islam
sebab sikit pura pura la cuba puak kapir ramai mapuih la orang islam
mca mic gelakan dll sama saja bial bab islam ni
yang deje kat pusat orang islam ada kuasa
tak kan tak reti nak guna kuasa
asyik nak merasuah ja keja siangmalam

Anonymous said...

Bila otak dah bodoh, tindakan pun jadibodoh!!!
Ada ke dua bilah keris pada satu2 masa?

Hadi Al-Tahi said...

PAHLAWAN MELAYU BAPOK TAIK BABI KERANA MASIH MENGEMIS SIMPATI MENGHARAPKAN UNDI DARI KAUM CINA. :-)

Anonymous said...

Banding dgn mike sabu. Dia tak bawa keris. Dia bawa mikrofon untuk dia campak. Alahaaai

fuad costacurta said...

Orang Melayu terbaikkkk...apa yang lucunye....dah memang pakaian Melayu! Allah Akbar!

fuad costacurta said...

Pakai tali leher dan orang tak hina pun! Ini kan pakaian panglima Melayu! Terbaik ustaz Pas!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails