Monday, May 30, 2016

Bukan Aksi Hollywood! Dia Lawan 10 Perompak, 1 Putus Tangan, Di Ringlet, C/Highland.


John Bah Tuin

PETALING JAYA, 26 Mei: Seorang bekas komando Orang Asli diangkat hero di media sosial apabila kisahnya melawan 10 orang perompak dengan hanya menggunakan sebilah parang dikongsi di media sosial.

Kisah John Bah Tuin itu, seorang bekas komando yang kini membuka Cameron Highlands Rainforest Inn Resort di Ringlet, Cameron Highland dikongsi oleh seorang aktivis hak asasi, Siti Kasim di Facebook.

Menurut Siti, insiden itu berlaku pada malam Sabtu, ketika dia sedang dalam perjalanan dari Mensun ke Ringlet, lapor FMT.



"Dia memberhentikan kereta di tepi jalan apabila tiga buah kereta menghalang laluannya.
"Sekumpulan lelaki itu menyuruh dia keluar dan cuba untuk merompaknya
"Tapi malang buat mereka kerana telah memilih orang yang salah", kata Siti.

Siti berkata lagi, John kemudian menumpaskan kesemua mereka dengan sebilah parang yang sentiasa dibawa olehnya.

John juga telah menetak tangan salah seorang dari mereka ketika pergelutan, kata Siti menceritakan kembali apa yang John telah ceritakan kepadanya.

John juga telah membuat laporan polis susulan kejadian.

"Ini sangat luar biasa... seorang lelaki melawan sepuluh perompak. Ada juga yang hilang tangan", tulis Siti.

Siti juga meminta John supaya tidak degil dan pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kecederaannya.

"Dia berdarah ketika bercakap dengan saya
"Dia enggan pergi berjumpa doktor. Saya berharap dia OK"

Sementara itu, di Facebook, orang ramai mengangkat John sebagai wira setelah membaca kisah yang dikongsi Siti itu sehingga ada yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat dalam filem aksi hollywood. (IH)

3 comments:

Anonymous said...


Dari pelajaranya, memang macam PAS jugalah. Semua orang lawan PAS.

Bagaimana PAN? Mereka hanya berani berceramh depan Bunian (Hadirin lagi sikit dari pemceramah dan bertugas). Kadang2 senjata penceramah yakni mikrofon dilemparkan kerana marah PAN tak laku.

Bila cakap pasal benda haq dan melarang benda bathil, habis jadi CHICKEN sebab takut DAP marah.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30177

Ada yang cuba nak halalkan Orang IslamcTolak Usul RUU Memperkasakan Hukum Syariah

Geng PAN @ AMANAH @ IKRAM telah merancang untuk bersama dengan kapir DAP, MCA dan MIC untuk menolak undi RUU Memperkasa Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh Presiden PAS dalam sidang parlimen akan datang. Sekarang ada juru-juru cakap mereka akan mempergunakan agama untuk menyatakan hujah tidak salah menolak eknemen itu. Itu adalah kerja jahat yang akan mereka lakukan terhadap umat Islam di Malaysia.

Baca petikan berita ini

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dan menolak Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tidak boleh dituduh sebagai kafir, murtad, munafik dan sesat.
Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membentangkan hukum syariah sebaliknya hanya memohon keizinan untuk meminda salah satu akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun ada tanggapan mengatakan bahawa pindaan tersebut membolehkan pelaksanaan enakmen hudud Kelantan, ia tetap tidak boleh dituduh kafir, murtad, sesat dan munafik.

“Hal ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah, namun enakmen hudud Kelantan itu adalah pindaan dari 1993 kepada 2015.

“Pindaan berlaku pada enakmen kerana ulama-ulama PAS sendiri sedar ia bukan syariah tetapi pandangan-pandangan mereka. Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda,” kata beliau lagi.

Jelasnya, jika ada pihak menganggap mereka yang menolak enakmen itu sebagai seorang yang murtad, sudah pasti ulama-ulama PAS yang meminda RUU itu lebih murtad.

Khamis lalu, RUU yang dibawakan Hadi itu diusulkan supaya dipercepatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Tindakan itu menyebabkan pemimpin parti komponen bukan Islam dalam BN mengugut akan meletak jawatan dalam Kabinet jika usul itu diluluskan Dewan Rakyat pada Oktober nanti.

Antara pemimpin yang membantah adalah Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Anonymous said...

Ingat DAP, Ingat PAN. DAP adalah anti Islam dan PAN pula khadam DAP


http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-resam-dap-mca-menentang-pelaksanaan-hukum-allah/

KATA PEDANG: Resam DAP, MCA menentang pelaksanaan hukum Allah

APA boleh dikatakan lagi. Sudah menjadi resam apabila sesuatu undang-undang atau hukum Allah hendak ditegakkan, pastinya akan ada halangan, sama ada daripada mereka yang beragama Islam sendiri atau orang kafir.

Macam-macamlah alasan yang mereka berikan, termasuk tidak sesuai dengan negara yang penduduknya pelbagai kaum dan agama atau tidak mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain.

Sebab itu, Allah Taala memperingatkan kita di dalam banyak ayat al-Quran mengenai orang kafir ini yang akan menentang apa saja yang disarankan demi kebaikan umat Islam dan manusia keseluruhannya.

Mereka yang menentang ini, termasuk orang kafir, bukannya tidak tahu bahawa ada alam lain selepas kematian dan dunia ini adalah tempat ujian dalam menggapai kegembiraan di akhirat.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saf ayat 8)

Demikian Allah memberi peringatan kepada kita mengenai sikap orang kafir terhadap umat Islam dan peraturan yang ditetapkan-Nya.

Lalu, adakah kita sebagai umat Islam, khususnya pembuat dasar yang mewakili rakyat di Parlimen, masih juga hendak menurut kehendak orang kafir yang memberi alasan bahawa hukum Allah tidak sesuai di Malaysia – negara yang diuar-uarkan kepada orang Arab sebagai negara Islam, tetapi kepada Barat diberitahu bahawa Malaysia sebuah negara liberal?

Lantas, Pedang tidak terkejut apabila parti yang mewakili kaum Cina – MCA dan parti rasis DAP – bersekongkol menentang sekeras-kerasnya usaha PAS untuk mengemaskini undang-undang Syariah dengan dimulakan di Negeri Serambi Makkah – Kelantan.

khutba

Pedang tak nak kata “mati hidup semula pun mereka tak akan menyokong undang-undang Islam”, sebab apabila mereka mati dan menerima pembalasan, barulah mereka mengetahui kebenaran dan kesucian agama Allah ini. Seperti yang Allah terangkan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mukminun ayat 107)

Tetapi, kedua-dua parti berasaskan kaum Cina itu, walaupun ada umat Islam yang menjadi ahli DAP, terang-terang tidak suka kepada Islam. Jika suka, pastinya mereka tidak menentang undang-undang Syariah yang hendak dikuatkuasakan ke atas umat Islam.

Pastinya mereka setuju dan menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat, yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Tetapi, orang kafir menentangnya. Yang Islam juga menyokong yang kafir. Rang undang-undang itu bagi mereka tidak penting dan dilewat-lewatkan sehingga bertahun. Diletakkan pada aturan mesyuarat yang terakhir, sedangkan sudah lebih 1,400 tahun undang-undang itu wujud.

Pedang rasa pelik juga di dalam parti cauvinis DAP itu ada umat Islam. Malah, yang bertudung litup yang nampak mata sahaja pun ada. Apa tujuan mereka menyertai sekumpulan puak yang ternyata menentang hukum Islam, Pedang pun hairan. Tidakkah mereka menyedari:

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,” (Al-Mujadila ayat 5)

Dan, kedua-duanya – MCA dan DAP – dalam menolak undang-undang Syariah itu juga mengatakan bahawa ianya tidak bertepatan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/ulama-pan-disingkir-daripada-kesatuan-ulama-sedunia-pimpinan-syaikh-dr-yusuf-al-qadrawi/

Ulama PAN disingkir daripada Kesatuan Ulama’ Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qadrawi

Norani AbgMarzuki BangiKuching

Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini.

Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah :

Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah

Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.


Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”

Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.

Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.

Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.

Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.

Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.

Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.

Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)

Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.

Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.

Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.

Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails