Wednesday, September 07, 2011

JAIS Benteng Terakhir UMNO S'ngor -Khalid Samad


SHAH ALAM, 7 Sept:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.

Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.

Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.

“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.

"Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama.

Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.

Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang.

“Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.

“Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam.

“Dari sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam inginkan,” sambungnya lagi.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. (IH/Harakah)

K'jaan Perlu Bersihkan Nama Mat Indera -Keluarga

Baharom Shah Indera (tengah) bersama Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kanan) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini
KL, 7 Sept 11: Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Sidang media turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong menjadi kontroversi selepas disentuh oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu ceramah bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa peranannya dilupakan dan dilabel sebagai pengkhianat negara.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya “datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.”

“Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera,” katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, “yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai.”

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

“Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera,” kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.

Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.

“Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam.

“Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British,” katanya lagi.

Kata Baharom, “sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau.”

“Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat,” katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan.

“Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera,” kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul “Pengukir Nama Johor”.

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, “pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua. Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979.

“Jadi ini harapan keluarga saya sekarang,” katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana “pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British.”

“Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia,” tambah beliau.

Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis.

“Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama,” katanya sambil menambah, “kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara.”

“Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf),” katanya.

Mengenai laporan media bahawa Jamilah menafikan keluarganya diselamatkan oleh Mat Indera, Suhaizan berkata, “apa yang saya kata (dipetik Sinar Harian) adalah Mat Indera menyelamatkan Jamilah, bukannya menyelamatkan keluarga Jamilah.”

Jamilah dipetik berkata jika Mat Indera menghalang pihak komunis membunuh keluarganya ketika itu pasti ibu dan adik lelakinya tidak akan terkorban dalam serangan tersebut.

Kata Suhaizan, Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaba Ibrahim telah bertemu dengan Jamilah pada Ahad lalu, dan turut mengakui bahawa Mat Indera yang menyelamatkannya. Ibu Jamilah dan adik lelakinya merupakan antara yang turut terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950.

Suhaizan juga berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah sekretariat untuk mengkumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan. “Dengan sekretariat itu, mana-mana keluarga yang hendak menuntut ganti rugi daripada British atas kecuaiannya sehingga ramai kakitangan polis dan anggota keluarga mereka terbunuh, akan dibantu dan diuruskan,” katanya. (IH/The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

Da'i Filipina Mantan Pemuka Kristian Diundang Ke Oman

Omar Salcedo Penalber
KL IH & Sept 11: Seorang pendkwah atau da'i Filipina yang sangat dikenal di negaranya Omar Salcedo Penalber akan menyampaikan tiga sesi ceramah di Masjid Jami Sultan Qabus , Oman, selama tiga hari.


Omar Penalber, mantan pemuka agama Kristain yang memeluk Islam 22 tahun silam di Arab Saudi itu, akan menyampaikan ceramahnya pada hari Rabu hingga Jumaat, 7 hingga 9 Sept setiap pukul 8.30 malam.

Mantan anggota aktif organisasi Katolik dunia Knight of Columbus itu tertarik untuk masuk setelah mempelajari kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Pendiri Islamic Studies Call and Guidance of the Philippines (ISCAG) itu pekerjaannya sekarang adalah mengajak orang untuk mengikuti jalan Islam yang lurus. Penalber secara rutin memberikan ceramah tentang bagaimana Islam menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan.

Ia datang ke Oman atas undangan Diwan Istana Kerajaan. Di Oman Penalber akan menyampaikan ceramahnya dalam bahasa nasional Filipina, Tagalog. Topik ceramahnya iaitu, 'Pesan ini untukmu', 'Memahami Islam dan Muslim', serta 'Bagaimana mencapai sukses dan kedamaian yang sejati'.

Omar Penalber mendapatkan sambutan meriah atas ceramah inspiratifnya di Dubai tentang 'Agama dan Keamanan'. Di mana 76 orang peserta non-Muslim yang mengikuti ceramahnya itu mengucapkan dua kalimat syahadat setelah mendengar penjelasannya tentang Islam.

Eksekutif senior dari Shaikh Obaid House, Lewis Phillp Bullock mengatakan, tahun lalu sebanyak 125 orang Filipina masuk Islam setelah mendengarkan penjelasan Omar Penalber tentang agama Allah itu. (IH/Hidayatulallah)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Singapura Sedia Berperang Dg Malaysia?

KL 7 Sept 11: "Bekas PM Singapore LKY (Lee Kuan Yew-gambar) telah berkata bahawa negaranya sedia berperang jika isu tanah di Tanjong Pagar tidak diberikan balik oleh Malaysia pada masa yang telah ditetapkan dan jika isu mengenai air ditimbulkan." Kata penulis 'Pemerhati 44', dalam Tranungkite. net.

"Sangat berani dan yakin LKY ni hingga sanggup berkata begitu! Atas dasar apa LKY berani dan yakin?" Tanya penulis itu.

Beliau memberikan fakta
perbandingan Tentera Udara Singapura dan Tenteru Udra Malaysia seperti berikut:

Tentera Udara Singapura..

Changi Air Base (West)
  • 112 Sqn 4 KC-135R (Aerial refuelling)
  • 121 Sqn 4 Fokker 50 (Transport), 5 Fokker 50 ME2 (Maritime patrol)
Changi Air Base (East)
Paya Lebar Air Base
  • 122 Sqn 6 C-130H (Transport), 4 KC-130B (Transport/Aerial refuelling)
  • 141 Sqn 6 F-5S (Interceptor), 1 F-5T (Training/Interceptor) - Disbanded since Nov 2005 with aircraft being reassigned to 144 and 149 Sqn.
  • 144 Sqn 15 F-5S (Interceptor), 7 F-5T (Training/Interceptor)
  • 149 Sqn 15 F-5S (Interceptor), 1 F-5T (Training/Interceptor); currently transitioning to the F-15SG (Strike), received 5 F-15SG to date.[23]
Sembawang Air Base
  • 120 Sqn 20 AH-64D Longbow Apache (Attack)
  • 123 Sqn 6 S-70B Seahawks (ASW)
  • 124 Sqn 4 EC120 Colibri (Training)
  • 125 Sqn 22 AS332M Super Puma (Transport/SAR)
  • 126 Sqn 12 AS332M1 Cougar (Transport/SAR)
  • 127 Sqn 10 CH-47SD (Heavylift)
Tengah Air Base
  • 111 Sqn 4 E-2C Hawkeye (AEW & C); currently transitioning to G550 CAEWs
  • 140 Sqn 7 F-16C (Interceptor), 5 F-16D Blk 52 (Strike)
  • 142 Sqn 18 T/A-4SU Super Skyhawks (Fighter-bomber) - disbanded in 2004.
  • 143 Sqn 2 F-16C (Interceptor), 10 F-16D Blk 52 (Strike)
  • RSAF Black Knights - RSAF's aerobatic team.
Chong Pang Camp SADA (Singapore Air Defense Artillery)
  • 3rd DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
  • 6th DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
  • 9th DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
  • 18th DA Mistral SAM
  • 160 Sqn Oerlikon 35 mm AA Guns (Airfield defence)
Lim Chu Kang Camp II SADA (Singapore Air Defense Artillery)
  • 163 Sqn I-HAWK SAM (Medium altitude air defence)
  • 165 Sqn Rapier Blindfire SAM (Low altitude air defence)
Other assets of SADA (Singapore Air Defense Artillery)
  • 201 Sqn FPS 117 Radar (Fighter control, SAM control, Surveillance, ASP)
  • 203 Sqn LORADS Radar (RASP, SAR, "listening watch" for distress signals)
Murai Camp
  • 116 Sqn Hermes 450 (Reconnaissance)
  • 128 Sqn 40 IAI Searcher (Reconnaissance)
Sedangkan Tentera Udara Malaysia hanya ada:

1st Division
  • 2 Squadron - Fokker F-28 Fellowship, Falcon 900, Global Express, Boeing BBJ (737-700), Subang AFB
  • 3 Squadron - S-61A4A Nuri, Butterworth AFB
  • 6 Squadron - BAE Hawk 108/Hawk 208, Kuantan AFB
  • 10 Squadron - S-61A4A Nuri, Kuala Lumpur AFB
  • 11 Squadron - Su-30MKM Flanker, Gong Kedak AFB
  • 12 Squadron - Northrop F-5E/F, RF-5E, Butterworth AFB
  • 15 Squadron - BAE Hawk 108/208, Aermacchi MB-339AM, Butterworth AFB
  • 16 Squadron - Beech 200T, Subang AFB
  • 18 Squadron - Boeing F/A-18D Hornet, Butterworth AFB
  • 19 Squadron - MiG 29N/UB, Kuantan AFB
  • 20 Squadron - Lockheed C-130H Hercules, C-130T Subang AFB
  • 21 Squadron - CN-235-200M, Subang AFB
2nd Division.
  • 5 Squadron - S-61A4A, Nuri Labuan AFB
  • 7 Squadron - S-61A4A, Nuri Kuching AFB
  • 14 Squadron - Lockheed C-130H Hercules, Labuan AFB
Training Division
  • 1 FTC PC-7/PC-7 Mk II, Alor Setar AFB
  • 2 FTC Alouette III Alor, Setar AFB
  • 3 FTC MB-339AM/CM, Kuantan AFB

Ini cuma perbandingan Tentera Udara saja belum yang lain-lain. Mampukah Malaysia mempertahankan diri? (IH)

Lihat Sbelum ini...

E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

Jangan Biarkan Isu BERSIH Ditenggelami Isu Mat Indera.


KL 7 Sept 11: Jangan biarkan isu BERSIH 2:0 ditenggelami isu Mat Sabu mengenai Mat Indera seorang komunis. Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim (gambar), sebentar tadi.

"Isu Mat Sabu atau Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS itu adalah ciptaan UMNO menyerang PAKATAN, di saat BN terdesak diserang oleh kebangkitan rakyat melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0).

"Kita kena berbalik kepada tuntutan BERSIH 2:00 kerana ia menguntungkan pembangkang dalam PRU 13. Sedangkan isu mengaitkan PAS dengan Mat Indera dan komunis akan merugikan PAS, boleh menjauhkan PAS dengan orang Melayu. Menjauhkan kemenangan PAS untuk menawan kerusi-kerusi yang berpengundi Melayu tinggi.

"Mungkin sebab itulah DAP dan Karpal Singh berpendapat kena tarik balik kenyatan Mohamad Sabu mengenai 'Peristiwa Bukit Kepong' itu. Tugas utama PAKATAN kini ialah tumpuan kepada kawasan berpengundi Melayu yang tinggi. PAS terutamanya, adalah wajar memikul tugas tersebut."

Oleh itu Dr Hj Mohd Hasyim mengalu-alukan kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) hari ini mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat memberikan dana khas kepada Ahli Parimen Barisan Nasional (BN) dan menyifatkannya sebagai jenayah terhadap demokrasi.

Pendedahan tersebut dibuat oleh akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini bahawa "kawasan putih" bagi BN akan menerima sehingga RM 2.5 juta, "kawasan kelabu " RM1 -2 juta manakala "kawasan hitam" tidak akan mendapat apa-apa. BERSIH 2.0 menekankan bahawa semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang sosio-budaya, harus mempunyai akses yang adil kepada dana Parlimen.

Menurut BERSIH 2.0, menggunakan dana Parlimen sebagai alat pilihan raya untuk mendorong sokongan adalah perbuatan yang memalukan dan menyalahgunakan dana awam, ia merupakan penghinaan kepada sambutan Merdeka. Sebagai pengundi, mereka tidak perlu dipaksa untuk mengundi bagi pihak tertentu untuk menerima dana tersebut.

BERSIH 2.0 turut menyeru Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), untuk menghormati demokrasi dan menghentikan amalan memberikan dana pembangunan kepada wakil-wakil parti mereka. BERSIH menyifatkan ia adalah amalan diskriminasi yang tinggi dengan mentaliti feudal dan 'kleptocratic'.

BERSIH 2.0 menegaskan keperluan undang-undang untuk melarang dan dianggap jenayah semua salah laku yang mengaburkan sempadan di antara parti dan kerajaan atau penyalahgunaan sumber-sumber negeri untuk tujuan kepartian.

"Kembalilah kita ke arah memperjuangkan tuntutan BERSIH 2.0. BERSIH 3.0, bila lagi?" Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Lihat sebelum ini..

Rosly Dhoby Pembunuh Gabenor British Pengkhianat?

MIRI, 7 Sept 11: “Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby (gambar), adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?” tanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Beliau juga bertanya adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero. Jelasnya, Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

“Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949,” jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Beliau berkata, faktor yang menyebabkan Rosli terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibunya yang telah diugut akan ditembak.


“Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Justeru, katanya PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya.

Menurutnya, sebelum tanggal 31 Ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut.

Jadi persoalannya sekarang, kata beliau adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British.

Tambahnya, adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya.

“Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.

“Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan mereka,” katanya lagi.

Katanya, kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati mereka.

“Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero,” ujarnya.

PAS juga, tambah beliau meminta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

Beliau menegaskan, PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutarbelitkan kenyataan Mohamad Sabu kononnya PAS menyokong komunis. (IH)

Lihat sebelum ini..

Bas Ekspres Ditawan Oleh 4 Individu, 2 Bersenjata

SEBAHAGIAN daripada 25 penumpang bertindak keluar dari bas ekspres selepas berlaku kekecohan.
Bas disamun sejurus nahas

IPOH – Seramai 25 penumpang sebuah bas ekspres melalui pengalaman mencemaskan apabila mereka ‘ditawan’ selama 10 minit oleh sekumpulan empat individu termasuk dua wanita bersenjatakan kayu dan payung dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Jelapang di sini kelmarin.

Kejadian mencemaskan pukul 7.30 malam itu berlaku apabila penyerang terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas tersebut kerana didakwa enggan berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza kira-kira dua kilometer sebelum plaza tol tersebut.

Kejadian itu didakwa berlaku apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza terbabit hingga menyebabkannya terbabas ke dalam longkang. Ekoran itu, salah seorang daripada tiga penumpangnya cedera manakala kesemua penumpang bas terselamat.

Pemandu bas tersebut merupakan warga Thailand dan mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Hatyai, Thailand. Rata-rata penumpang dari Singapura dan Hatyai.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, pemandu bas berusia lingkungan 50-an tersebut kemudian meneruskan perjalanan sejauh 1.2 kilometer sebelum berhenti di lorong kecemasan yang lebih selamat dan tidak membahayakan pengguna lebuh raya.

Katanya, sebaik berhenti, sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki empat individu terbabit berhenti berhampiran bas lalu bertindak memecahkan cermin bas dengan membaling batu. (IH)

Kes Somalia: Syabas Wartawan The Star Yg Berani!

Oleh: bashery
"RASANYA kalau sudah terlebih2 sangat Kerajaan BN cuba mencabar minda dan kewarasan rakyat, maka dgn sendirinya rasa tercabar akan timbul, lebih2 lagi bagi kaum wartawan.

Syabas diucapkan kpd wartawan2 tsb. yg berani menulis dari hati nurani sebenar berdasarkan realiti sedia ada, dan syabas juga diucapkan kpd The Star yg berani mencetak komentar2 mereka walaupun kolum2 tersebut hanya pada m.s. 27, 28, 29 dan 30.

Cuba baca komen wartawan2 The Star (6 Sept. 2011) :

Shahanaaz Habib, The Price of Getting the Truth (Harga untuk Mendapatkan Suatu Kebenaran),

Mergawati Zulfakar, Failure to Listen Cost a Life (Kengganan Mendengar Nasihat Menyebabkan Kehilangan 1 Nyawa)

Karim Raslan, Grabbing Graft by the Horns (Secara Terus Menentang Rasuah)

Md Ashan Ahmad, (Ikim Views) Right Education Can Stop Graft (Pengajaran yg Benar dapat menghapuskan Gejala Rasuah)

Antara lain, Shahanaaz menulis,

"Kematian jurukamera TV Bernama Noramaizul Mohd Nor membuatkan aku merasa sedih, marah, dan bersalah. Sedih kerana kehilangan seorang teman sejawat, anak kpd seorang ibu, seorang suami dan juga seorang bapa. Aku marah kpd African Union, atau pemberontak, atau siapa saja yg memuntahkan peluru tersebut, tetapi marahku lebih bertumpu kpd Kelab Putera 1Malaysia kerana membawa rombongan yg terlalu besar, 55 orang ke negara yg amat merbahaya, dgn latihan yg amat terhad tanpa peralatan keselamatan."

Mergawati Zulfakar pula menulis,

"Pasukan pemerhati awal telah mengesyorkan agar misi ini ditangguh, tetapi tidak diendahkan, dan hasilnya, satu famili, sahabat2 dan rakan2 sejawat meratapi kehilangan yg sia2."

Beliu menulis lagi,

"3 hari sebelum sukarela2 Putera 1Malaysia berangkat, sekumpulan peninjau 7 orang yg terdiri dari Pegawai2 Kerajaan, seorang pegawai atasan ATM, dan beberapa wakil media, sampai di Somalia. Tujuan mereka adalah untuk me recce keadaan keselamatan disana dan memastikan keselamatan para sukarelawan dalam misi nanti. Tujuan menghantar wakil2 media bersama kumpulan itu ialah supaya mereka dapat memberikan maklumat terbaik pd rakan2 sejawat yg akan bersama misi itu nanti.

Keputusan yg diambil dari recce tsb adalah misi itu merbahaya. Mereka memaklumkan Putrajaya keadaan tsb. dan mengesyorkan agar misi itu ditunda sehingga lepas Raya tetapi arahan yg mereka terima ialah mereka harus tinggal disana untuk menunggu kedatangan sukarelawan M'sia.

Lagi satu keputusan yg diambil oleh pasukan recce tsb ialah Dato Azeez hanya perlu menumpukan kpd satu tempat yg dipilih untuk mendirikan klinik, tetapi nasihat ini tidak diendahkan, dan dgn berpindah randah, risiko bencana untuk sukarelawn2 tsb bertambah.

Karim Raslan menulis tentang korupsi yg sedang berleluasa di negara2 Asia termasuk Malaysia,

"Korupsi adalah halangan terbesar kepd kematangan demokrasi di Asia. Pemimpin2 mesti menyedari bahawa kuasa tidak akan ujud tanpa tanggungjawab. Sekiranya pemimpin2 M'sia berfikir bahawa mereka lebih mengetahui dan mengjangkakan bahawa hanya mereka yg layak meneraju negara dari kemusnahan yg tidak dijangkakan, mereka sepatutnya bangun dari tidur, terutama dalam isu korupsi."

Md Ashan Ahmad pulak menulis,

"Korupsi adalah kemerosotan nilai integriti (keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar...), kemuliaan dan prinsip moral. Ia adalah berlawanan dgn fitrah iaitu suci dan haq.

Menurut Prof. Syed Naguib, pemimpin yg korup akan timbul didalam masyarakat yg korup. Mereka adalah pemimpin2 palsu yg tidak layak untuk memegang tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka.

Kita perlu memastikan yg Universiti2 kita tidak menjadi pusat pembiakan pemimpin2 yg korup, tanpa integriti intelek dan moral.

Professors yg tidak mampu menyemai integriti, bahkan keberadaan mereka hanya sebagai wakil ahli2 politik, tidak seharusnya dibiarkan mengajar di Universiti2 kita kerana mereka hanya akan menambahkan bilangan siswa2 yg penakut dan bermuka2." (IH)

Sebelum ini..

Buka Restoran Di Bulan..

JOM KREATIF

SEBELUM ini, Pizza Hut, pesaing utama Domino Pizza, berjaya menghantar pizza ke International Space Station (ISS) pada tahun 2001.

Untuk merealisasikan impian membuka cawangan restoran pizza di Bulan, Domino Pizza dengan bantuan oleh Maeda Corporation membina restoran pizza dengan bentuk kubah. Untuk mengurangkan kos, bahan akan di buat dari mineral yang ada di Bulan.

Pihak Domino Pizza merancang, pembangunan restoran pizza di Bulan itu akan menelan belanja lebih kurang $ 21.7 billion. Dari jumlah kos tersebut, di antaranya akan dihabiskan untuk 70 tan material dan peralatan pembuat pizza dengan 15 buah roket.

Restoran yang berbentuk kubah itu akan memiliki dua lantai dan berdiameter 26 meter. Bahagian basement akan dijadikan dapur untuk menyediakan pizza. Pekerjanya juga akan tinggal di dalam restoran kubah tersebut.

Tomohide Matsunaga, jurucakap Domino mengatakan kepada Daily Telegraph, Khamis 1 Sept 2011, “Kami telah memikirkan idea ini sejak tahun lalu, tetapi kami belum boleh memastikan bila restoran pizza ini akan dibuka.”

Mereka juga akan menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza. Matsunaga juga mengatakan, rancangan pembuatan restoran pizza ini juga demi masa depan, di mana astronot dan orang awam boleh tinggal di Bulan.

Perancangan indah ini mungkin belum boleh menjadi realiti dalam waktu terdekat kerana penerbangan ke Bulan untuk orang awam dan kemungkinan manusia hidup di bulan dalam masa yang lama masih dalam peringkat kajian.

Anda boleh terus berfikir kreatif, sesuai dengan reaiti di tempat anda! (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Orang Tua Jatuh, Tidak Ada Yang Mahu Tolong..

KASIHAN orang tua ini terjatuh di tengah jalan, namun tidak seorang pun orang yang menolongnya?

Akhbar di China melaporkan ada seorang lelaki tua yang jatuh di tengah jalan yang sibuk. Dia tidak boleh bangun selama 15 minit. Namun tidak ada seorang pun yang menolongnya, malah orang ramai hanya sibuk melihat sahaja.

Apa alasan mereka tidak mahu menolong orang tua tersebut?

Satu: Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang duduk di lantai bus untuk berdiri, dan akhirnya lelaki itu dituduh keluarga nenek tadi sebagai penyebab nenek tersebut tercedera .Lelaki tesebut disaman 130.000 Yuan untuk membiayai kos perubatan. Namun setelah hasil siasatan dan rayuan,lelaki tersebut hanya dikenakan bayaran 40.000 yuan sahaja.

Dua: Satu lagi kejadian lain yang menimpa seorang mahasiswa di Universiti Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk , namun mahasiswa tersebut dituduh sebagai penyebab wanita tua tersebut tercedera dan di dijatuhi hukuman denda 80.000 yuan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginilah di zaman materialistik, sikap kemanusiaan diketepikan. Dalam kejadian seperti ini, lebih baik kita memanggil polis/ambulan. Tidak semua orang yang kemalangan itu berpura-pura atau bermaksud jahat, cuba bayangkan jika yang terkapar ditengah jalan itu anggota keluarga kita? Tolong menolong itulah akhlak Islam. Akhlak dalam Negara Kebajikan. (IH)

Tuesday, September 06, 2011

Buaya Gergasi Ganas, Dijadikan Tarikan Pelancong


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu. Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu. Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada di dunia ini yang dijadikan Allah SWT sia-sia, hanya terpulang kepada mahusia yang mahu mengungkap rahsia Yang Maha Agung. Akhirnya baru kita kenal siapa Dia..

Sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Bahkan, Mat Indera Hampir Berkahwin Dg Kakak TPM

KL 6 Sept 11: Mat Indera, bukan sahaja lelaki yang didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin. bahkan dikatakan hampir berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera.

Kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat , pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah -semalam.

Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu. Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British


Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British". Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
  1. Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
  2. Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
  3. British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
  4. Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
  5. Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
  6. Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
  7. Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
  8. Mat Indera tidak pernah berkahwin. (IH/Malaysiakini)
Lihat sebelum ini..

Cuai: 16 Kucing Mati, Lebih 200 Lagi Kebuluran.


Reaksi pemilik haiwan peliharaan teraniaya ketika sidang media di Petaling Jaya semalam. Dua belas ekor kucing mati di sebuah pusat selepas ditinggalkan sempena cuti Aidilfitri. — Foto Jack Ooi
Reaksi pemilik haiwan peliharaan teraniaya ketika sidang media di Petaling Jaya semalam. Dua belas ekor kucing mati di sebuah pusat selepas ditinggalkan sempena cuti Aidilfitri. — Foto Jack Ooi

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Salah seekor kucing yang kebuluran akibat pihak pusat jagaan haiwan yang cuai
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.

“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya. sumber : metro

Berita dari Ntv7 :
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila sebut negara kebajikan, sudah tentu termasuk hal ehwal kebajikan haiwan. Kerana, mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.

Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang memberi perhatian khusus kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Hadis-hadis tersebut menjanjikan ganjaran besar kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan dan ancaman berat bagi sesiapa yang meremehkannya.

Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda:

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا

فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

Pada satu ketika Rasulullah SAW melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:

اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.

Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW memberi amaran:

دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]

Menjaga kebajikan haiwan tidak sekadar pada masa hidup mereka, tetapi juga pada saat kita akan menyembelih mereka. Sudah menjadi salah satu daripada adab menyembelih untuk menggunakan pisau yang tajam agar haiwan tersebut dapat melaluinya dengan mudah. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ. فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ.

Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih Muslim – no: 1955]

Berdasarkan pesanan Rasulullah:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu”, para sahabat dan umat Islam generasi awal sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan haiwan. Ini kerana ia termasuk dalam keumuman sifat ihsan yang bermaksud kebaikan yang melebihi kebiasaan. Sayang sekali kewajipan bersifat ihsan ini jarang-jarang diperhatikan oleh umat Islam masa kini dalam pelbagai sudut kehidupan mereka, termasuklah dalam kes hal ehwal kebajikan haiwan.

Syaikh Nashr al-Din al-Albani rahimahullah menegaskan hakikat ini setelah mengemukakan beberapa hadis tentang kebajikan haiwan:

Inilah sebahagian daripada riwayat yang sempat aku temui sehingga sekarang. Ia menunjukkan perhatian besar yang diberikan oleh umat Islam generasi awal hasil bimbingan Nabi SAW tentang penjagaan haiwan. Pada hakikatnya (apa yang saya kemukakan) hanyalah setitik daripada lautan yang luas. Ini semua menjelaskan bahawa Islamlah yang sebenarnya menggariskan asas penjagaan haiwan kepada manusia. Ini berbeza dengan sangkaan sebahagian orang yang jahil terhadap Islam bahawa kononnya asas penjagaan haiwan berasal daripada orang kafir. Yang benar ia adalah adab yang diambil guna daripada generasi umat Islam yang awal…
[Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1995), jld. 1, ms. 69]

Begitulah Islam amat mengambil berat kepada binatang. Bahkan ada hadis menyebut seorang perempuan masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing, dan seorang lagi masuk syurga kerana menolong seeokr anjing, walaupun dia seorang pelacur..

Itulah antara konsep Negara Kebajikan yang menjadi teras perjuangan Islam. Wallahu 'aklam.

Lagi, Aktor Ditahan Kerana Dadah, Siapa?


HALAMAN HIBURAN

Pengarah: Jurey Latiff Rosli Penulis Skrip: Adza Irdawati Adenan

KL: Hari ini myMetro melaporkan, seorang pelakon pembantu berusia 32 tahun yang membintangi puluhan drama dan beberapa telemovie ditahan polis di sebuah kelab malam di Jinjang, di sini.

Penahanan dilakukan selepas ujian air kencing mendapati dia dan tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah, kelmarin. Antara drama dibintanginya ialah siri seram, Nek Nak arahan Jurey Latiff Rosli siaran Astro Ria yang turut menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah dan Mimi Rahzia.

Selain itu, pelakon terbabit yang lebih dikenali dengan penampilan imej ganas pernah berganding dengan aktor terkenal seperti Ady Putra, Beego dan Norman Hakim menerusi telemovie Tetamu Malam (TV2) dan Rambut (TV1).

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu, semua suspek dibawa ke balai polis selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan positif.

Menurut sumber polis, serbuan dilakukan di premis hiburan itu pemeriksaan rutin yang biasa pihak berkuasa dalam membanteras penggunaan dadah di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.

“Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif,” katanya.

Sumber berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut. "Semua mereka direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Siapakah aktor itu? Tunggu, akan tahu juga.. (IH)

Penjelsan 'Islam Beracun' Lee Kuan Yew

Rosmah berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew menyatakan hasrat beliau untuk menyaksikan Malaysia dan Singapura meningkatkan hubungan dari segala segi.


SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yuew, semalam menafikan menyifatkan Islam sebagai ‘agama beracun.’

Satu daripada ratusan kabel dari kedutaan Amerika Syarikat di Singapura yang didedahkan minggu lalu oleh laman web antirahsia, WikiLeaks menyatakan Lee menjelaskan Islam sebagai agama beracun ketika berunding dengan Senator Hillary Clinton pada 2005.

“Ia tidak benar,” kata Lee, Perdana Menteri Singapura yang berusia 87 tahun dalam satu kenyataan.

Lee berkata, beliau menyemak nota kementerian luar mengenai pertemuan itu dan mendapati ‘tiada rakaman mengatakan saya mendakwa Islam sebagai agama beracun atau saya berkata sesuatu yang menjurus ke arah itu.’

“Saya ada bercakap mengenai pelampau seperti kumpulan Jemaah Islamiyah dan pendakwah jihad yang membentuk minda mereka. Mereka mahu membanteras sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka,” katanya.

“Jadi, ajaran Islam yang dipegang mereka bertentangan dengan Islam yang diamalkan majoriti umat Islam di Singapura,” katanya.

Ulasan Lee seperti yang didedah WikiLeaks menggemparkan rakyat Singapura dan ramai yang mengkritiknya. Sebahagian mereka menyelar kenyataan beliau dengan menyifatkannya sebagai tidak patut diucapkan oleh seorang pemimpin yang sudah banyak pengalaman. - AP

Lihat Sbelum ini...

E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

Hai, Terang-terang Gelar 'Datuk' Pun Jadi Bisnes Gelap?


AMIN menunjukkan kad perniagaan seorang lelaki yang dikhuatiri menipunya untuk mendapatkan gelaran Datuk di Kuala Lumpur semalam.

KL - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan.

Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.

Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.

"Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Hai. Terang-terang gelaran Datuk pun jadi bisnes gelap.. Boleh siasat kalau mahu terangkan suasana. (IH)

Muslim Moro Minta Bantuan Malaysia

KL: Pemimpin Muslim Moro hari Senin (05/9) meminta bantuan Malaysia, setelah menilai proposal perdamaian yang diajukan Manila jauh dari harapannya.

Al Haj Murad Ibrahim mengatakan , Front Pembebasan Muslim Moro (MILF) meminta Malaysia, negara yang telah menjadi tuan rumah perundingan Manlia-Muslim Moro sejak 2001, untuk membantu agar negosiasi berjalan maju, setelah mereka menolak usulan Manila bulan lalu.

Pemerintah Manila mensyaratkan, Muslim Moro harus meletakkan senjata lebih dahulu baru pembicaraan damai lebih lanjut akan dibicarakan dalam beberapa tahun ke depan.

"Kami merasa tidak ada pokok pembicaraan yang dibahas antara kedua phak," kata Murad dalam konferensi pers di markas MILF di pulau Mindanao, seraya menegaskan bahwa Manila mengundang mereka kembali untuk berunding pekan depan di Kuala Lumpur.

"Rancangannya sangat jauh sekali, seperti antara surga dan bumi. Untuk itu mengapa harus ada fasilitasi agar kedua belah pihak sama-sama lebih mendekat."

Lebih jauh Murad mengatakan bahwa penundaan perundingan dapat merusak keseluruhan proses perdamaian.

Proposal yang diajukan Manla itu adalah yang pertama sejak Mahkamah Agung tahun 2008 tidak mengesahkan kesepakatan otonomi yang diajukan, di mana MILF mendapat kekuasaan untuk mengontrol 700 kota dan desa di wilayah selatan Filipina.

Diperkirakan 150.000 orang telah tewas dalam konflik bersenjata antara MILF dengan Manila sejak tahun 1970-an.

Dalam perundingan sebelumnya di Kuala Lumpur, MILF meminta agar didirikan "negara dalam negara" dan Muslm Moro mendapat bagian yang lebih besar lagi dari hasil eksploitasi sumber daya alam di wilayah mereka. (IH/Hidayatullah.com)

Lihat sebelum ini..

2 Minit, 5 Dulang B/Kemas Hilang. Fikir 'Hudud' Semula..


AZMAN (kanan) melihat kedai emas yang dirompak oleh empat lelaki di Jalan Besar, Kajang semalam.

KAJANG - Dalam tempoh dua minit, sekumpulan empat perompak bersenjatakan tukul dan objek menyerupai pistol dapat melarikan lima dulang barang kemas selepas merompak sebuah kedai emas di Jalan Besar pekan Kajang di sini semalam.

Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku apabila empat lelaki menunggang dua buah motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh serta berjaket terus memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi. Ketika kejadian terdapat tujuh pekerja, seorang pelanggan dan pengawal keselamatan.

Suspek yang turut memegang objek menyerupai pistol itu kemudian melarikan barangan kemas dari kedai tersebut yang terletak lebih kurang 50 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada empat perompak terbabit masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi menunggu di motosikal.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bayangkan kalau hukum Islam dijalankan, penyamun, perompak dan pencuri kelas tinggi dihukum dengan 'potong tangan' di depan umum tidak takutkah mereka? Siaran hukuman terus menerus di tv? Denda wang boleh dibayar, tetapi kalau tangan, bagaimana? Sila buat kajian kajian perundanga hudud di Arab Saudi atau Iran. Tentu UMNO tak setuju. Bukan Islam belum tentu lagi. (IH)

Gambar Potong tangan di Iran, lihat http://amermursyidi.blogspot.com/2010/10/hukum-potong-tangan-di-iran.html

Lihat lanjut..

Tahniah Jacqueline Sijore, Juara Boling Dunia.


SUKAN

KUCHING, 6 Sept11:
Setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore (gambar) yang telah memenangi kejuaraan Boling Dunia di Hong Kong, kelmarin. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS), Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

“Kejayaan anak muda ini tidak akan ke mana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, bakat yang mahal sebegitu tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten. DPPNS juga, ujarnya berharap potensi anak-anak muda Sarawak yang bernilai sebegini tidak dipandang ringan oleh pihak tertentu dan dapat dipertingkatkan lagi bagi memberi kejayaan yang lebih gemilang.

“Kita mahu melihat potensi anak muda Sarawak yang berpotensi tinggi dipersia-siakan dan kementerian terbabit seperti yang berlaku kepada Saudara Jack Ho seorang atlet triton Sarawak yang pernah didedahkan oleh DPPNS sebelum daripada ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, tambahnya DPPNS menggesa Menteri Muda Sukan Sarawak untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan yang sempurna di seluruh negeri Sarawak bukan hanya tertumpu di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Menurutnya, dengan kedudukan pendapatan negeri yang baik dan memiliki ramai anak muda yang berpotensi, DPPNS yakin sukan di Sarawak mampu pergi lebih jauh. Jacqueline Sijore berjaya merangkul pingat emasnya yang pertama di kejohanan antarabangsa selepas menewaskan Son Yun-hee dari Korea Selatan dalam final perseorangan Kejohanan Wanita Dunia 2011 (WWC 2011) di Hong Kong pada 4 September lalu.

Remaja berumur 19 tahun dari Sarawak itu berjaya menggegarkan gelanggang boling untuk menumpaskan lawannya dengan 266-217, menurut laman web rasmi pertandingan. (IH)

Kelab Malam Remaja Bawah Umur, Patut Ada Di M'sia..

HALAMAN HIBURAN
Begitu gambar-gambarnya. Bagaiamana, sesuai di Malaysia? Ya, memang sesuai, kalau untuk orang dewasa boleh, mengapa bagi remaja bawah umur tidak boleh? Bagaimana orang dewasanya, begitulah anak-anak terbentuk mengikut orng tuanya. Kalau nak begini, kekalkan pemerintah yang ada sekarang. Kekalkan UMNO, BN dan kuncu-kuncunya.

Jangan pilih PAS dan rakan-rakan sepakatan, nanti jadi macam Kelantan. Manusia-manusia iblis pemaksiat, tidak boleh bebas berlelusa. Air kencing iblis tidak bebas diminum ditepat awam. Perasuah-perasuah macam digari tangannya. Itu baru perintah negeri dengan kuasa terhad. Hai! Kalau PAS kuasai Kerajaan Pusat, menangislah syaitan-syaitan itu. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails