Tuesday, September 06, 2011

Tahniah Jacqueline Sijore, Juara Boling Dunia.


SUKAN

KUCHING, 6 Sept11:
Setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore (gambar) yang telah memenangi kejuaraan Boling Dunia di Hong Kong, kelmarin. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS), Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

“Kejayaan anak muda ini tidak akan ke mana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, bakat yang mahal sebegitu tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten. DPPNS juga, ujarnya berharap potensi anak-anak muda Sarawak yang bernilai sebegini tidak dipandang ringan oleh pihak tertentu dan dapat dipertingkatkan lagi bagi memberi kejayaan yang lebih gemilang.

“Kita mahu melihat potensi anak muda Sarawak yang berpotensi tinggi dipersia-siakan dan kementerian terbabit seperti yang berlaku kepada Saudara Jack Ho seorang atlet triton Sarawak yang pernah didedahkan oleh DPPNS sebelum daripada ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, tambahnya DPPNS menggesa Menteri Muda Sukan Sarawak untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan yang sempurna di seluruh negeri Sarawak bukan hanya tertumpu di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Menurutnya, dengan kedudukan pendapatan negeri yang baik dan memiliki ramai anak muda yang berpotensi, DPPNS yakin sukan di Sarawak mampu pergi lebih jauh. Jacqueline Sijore berjaya merangkul pingat emasnya yang pertama di kejohanan antarabangsa selepas menewaskan Son Yun-hee dari Korea Selatan dalam final perseorangan Kejohanan Wanita Dunia 2011 (WWC 2011) di Hong Kong pada 4 September lalu.

Remaja berumur 19 tahun dari Sarawak itu berjaya menggegarkan gelanggang boling untuk menumpaskan lawannya dengan 266-217, menurut laman web rasmi pertandingan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails