Monday, September 05, 2011

Ada Maksut Tersirat Diseblik Misi Somalia -P/K'tan


KOTA BHARU, 5 Sept 11: Berdasar pengalaman lepas terbukti ada maksud tersirat di sebalik misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia, di mana lebih bermotifkan kepentingan politik. Kata Ketua Pemud PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar).

Ketika Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor dikenang sebagai seorang wira, persoalan baru pula timbul apakah motif Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai ahli rombongan ke Somalia. Rombongan sehingga 54 orang termasuk petugas media tentunya mebabitkan kos begitu tinggi dan siapa pula menanggungnya.

Bagi Pemuda PAS Kelantan kos menanggung begitu ramai ahli rombongan sebenarnya boleh diguna menyediakan keperluan untuk disampaikan kepada mangsa di Somalia. Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan apakah alasan Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai anggota rombongan.

“Jika dilihat mana-mana misi kemanusiaan antarabangsa yang dianjurkan NGO dinaungi Umno mereka lebih mementingkan publisiti dan mempolitikkan misi.

“Sebelum ini dalam misi bantuan ke Gaza penganjur mempolitikkan misi tersebut sehingga Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu yang sepatutnya berucap dibatalkan di saat-saat akhir.

“Tindakan itu menyebabkan beberapa NGO menarik diri daripada menyertai misi dan meneruskan misi secara bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Umno Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad hari ini dilapor mempertahankan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia dan tidak menganggap sengaja mencari publisiti.

Allahyarham Noramfaizul (gambar kiri) yang bertugas sebagai jurugambar Bernama TV meninggal dunia baru-baru ini akibat terkena tembakan curi ketika menyertai misi anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, berdasar pengalaman lepas terbukti ada maksud tersirat di sebalik misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia, di mana lebih bermotifkan kepentingan politik.

”Ini dapat dibuktikan juga dalam misi bantuan kepada rakyat Malaysia di Mesir di mana Kelab Putera 1Malaysia mempolitikkan misi tersebut sehingga wakil kerajaan Kelantan dinafikan untuk menyertai rombongan terbabit,” ujarnya.

Selain itu berdasar pengakuan beberapa anggota rombongan mereka tidak dibekalkan baju kalis peluru dan tiada latihan keselamatan sebelum misi ke Somalia berlangsung. Kata beliau juga jika dibandingkan misi bantuan kemanusiaan antarabangsa dianjur NGO lain seperti Yayasan Amal Malaysia dan Misi Cakno Palestin mereka tidak mencari publisiti secara berlebihan.

“Saya juga berharap agar mana-mana misi bantuan kemanusiaan selepas ini supaya mengambil berat soal keselamatan bukan hanya untuk mencari publisiti murahan daripada musibah menimpa orang lain.

”Janganlah berterusan mempolitik misi bantuan yang dianjur semata-mata kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah,” katanya.

Abdul Latif turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Noramfaizul dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. (IH/Harakahily.net)

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails