Wednesday, September 07, 2011

Jangan Biarkan Isu BERSIH Ditenggelami Isu Mat Indera.


KL 7 Sept 11: Jangan biarkan isu BERSIH 2:0 ditenggelami isu Mat Sabu mengenai Mat Indera seorang komunis. Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim (gambar), sebentar tadi.

"Isu Mat Sabu atau Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS itu adalah ciptaan UMNO menyerang PAKATAN, di saat BN terdesak diserang oleh kebangkitan rakyat melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0).

"Kita kena berbalik kepada tuntutan BERSIH 2:00 kerana ia menguntungkan pembangkang dalam PRU 13. Sedangkan isu mengaitkan PAS dengan Mat Indera dan komunis akan merugikan PAS, boleh menjauhkan PAS dengan orang Melayu. Menjauhkan kemenangan PAS untuk menawan kerusi-kerusi yang berpengundi Melayu tinggi.

"Mungkin sebab itulah DAP dan Karpal Singh berpendapat kena tarik balik kenyatan Mohamad Sabu mengenai 'Peristiwa Bukit Kepong' itu. Tugas utama PAKATAN kini ialah tumpuan kepada kawasan berpengundi Melayu yang tinggi. PAS terutamanya, adalah wajar memikul tugas tersebut."

Oleh itu Dr Hj Mohd Hasyim mengalu-alukan kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) hari ini mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat memberikan dana khas kepada Ahli Parimen Barisan Nasional (BN) dan menyifatkannya sebagai jenayah terhadap demokrasi.

Pendedahan tersebut dibuat oleh akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini bahawa "kawasan putih" bagi BN akan menerima sehingga RM 2.5 juta, "kawasan kelabu " RM1 -2 juta manakala "kawasan hitam" tidak akan mendapat apa-apa. BERSIH 2.0 menekankan bahawa semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang sosio-budaya, harus mempunyai akses yang adil kepada dana Parlimen.

Menurut BERSIH 2.0, menggunakan dana Parlimen sebagai alat pilihan raya untuk mendorong sokongan adalah perbuatan yang memalukan dan menyalahgunakan dana awam, ia merupakan penghinaan kepada sambutan Merdeka. Sebagai pengundi, mereka tidak perlu dipaksa untuk mengundi bagi pihak tertentu untuk menerima dana tersebut.

BERSIH 2.0 turut menyeru Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), untuk menghormati demokrasi dan menghentikan amalan memberikan dana pembangunan kepada wakil-wakil parti mereka. BERSIH menyifatkan ia adalah amalan diskriminasi yang tinggi dengan mentaliti feudal dan 'kleptocratic'.

BERSIH 2.0 menegaskan keperluan undang-undang untuk melarang dan dianggap jenayah semua salah laku yang mengaburkan sempadan di antara parti dan kerajaan atau penyalahgunaan sumber-sumber negeri untuk tujuan kepartian.

"Kembalilah kita ke arah memperjuangkan tuntutan BERSIH 2.0. BERSIH 3.0, bila lagi?" Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails