Tuesday, September 06, 2011

Buaya Gergasi Ganas, Dijadikan Tarikan Pelancong


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu. Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu. Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada di dunia ini yang dijadikan Allah SWT sia-sia, hanya terpulang kepada mahusia yang mahu mengungkap rahsia Yang Maha Agung. Akhirnya baru kita kenal siapa Dia..

Sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails