Sunday, September 04, 2011

Tangkap, Pembogel Di Khalayak Ramai..


New York 3 Sept 11: Polis terpaksa dipanggil ke New York Times Square bagi menangkap seorang gadis yang berbogel bagi mempamerkan lukisan pada tubuhnya. Pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Selasa lalu, beberapa anggota polis menangkap gadis tersebut dengan menggari tangannya sebelum dia dibawa menaiki sebuah van.
Gadis itu yang berusia 21 tahun, Zoe West berdiri dalam keadaan bogel manakala orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memerhatikannya. Dia mempamerkan lukisan pada tubuhnya yang dihasilkan oleh seorang artis, Andy Golub. Golub turut melukis lukisan itu di khalayak ramai.

Menurut gadis itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang. Dia didakwa melakukan aksi kelucahan di khalayak awam. Namun, dakwaan itu digugurkan dan dia kemudian dibebaskan. Peguam gadis itu, Ron Kuby berkata: “Undang-undang New York menghalang berbogel di khalayak awam kecuali jika ia merupakan sebahagian daripada satu pameran, drama atau pertunjukan.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Agak-agak boleh jadi beginikah masyarakat Malaysia, kalau bukan Parti Islam (PAS dan sekutunya) yang memerintah di masa akan datang?
(IH/sumber: kosmo, dailymail.co.uk)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

2 comments:

lan said...

otak jgn terlampau kolot laaa... pucuk pangkal hatinya bkn kerajaan nya... kalau pas dah pimpin pun masih tak reti2 g solat n banyak yg isap gam kat kelantan tu aper citer nye oi... ckp guna otak bkn lutut.

yobstim said...

asyik nak salahkan kerajaan aje speses melayu ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails