
KL, 9 Sept 11: Tiga nama yang didedah Dewan  Pemuda PAS  semalam yang memiliki Kad Pengenalan Hijau (penduduk  sementara) dan  didaftar sebagai pemilih, hari ini didakwa "lesap" dalam  sistem semakan  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Maklumat ketiga-tiga mereka seperta dalam semakan web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seperti berikut:
Kad Pengenalan: 880306115096
Nama: NUMI BINTI SYUKRI
Lokaliti: KG BUKIT PAYUNG
Daerah Mengundi: MUKIM TENANG
DUN: HULU BESUT
Parlimen: BESUT
Negeri: TERENGGANU
Kad Pengenalan: 820315126446
Nama: HASMIDAH BINTI SURAHBIL
Lokaliti: TMN BAIDURI JAYA
Daerah Mengundi: BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
DUN: SEMENYIH
Parlimen: HULU LANGAT
Negeri: SELANGOR
Kad Pengenalan: 840803125475
Nama: JAMALUDDIN BIN TAHIR
Lokaliti: TMN UNIVERSITI/TMN TROPIKA
Daerah Mengundi: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DUN: BANGI
Parlimen: SERDANG
Negeri: SELANGOR
Ketiga-tiga  individu itu sewaktu disemak pagi semalam mempunyai rekod permohonan  JPN sebagai pemegang kad pengenalan hijau, namun hari ini statusnya  tidak dapat dikenal pasti sama ada masih berstatus penduduk sementara  atau sudah bertukar.
Ianya ekoran sistem semakan di JPN didapati  bertukar-tukar status bermula dari kad pengenalan hijau semalam, tiada  dalam rekod pada awal pagi tadi, kemudian betukar kepada ungu (tidak  diketahui statusnya) sehingga terbaru langsung tidak dapat disemak  kerana portal semakan tersebut didakwa sedang diselenggara.
Persoal sistem JPN
Pengerusi  Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan  Kaiat ketika dihubungi mempersoal sistem semakan online JPN yang dilihat  lemah dan tidak stabil. Sedangkan katanya, sistem itu antara paling penting kerana berkait dengan keselamatan negara.
"Apa JPN ni, kita nak tahu apa standard operating procedure (SOP) dia.
"Kejap  hijau, lepas tu ungu yang tak tahu apa statusnya itu, lepastu lesap.  Apa yang JPN buat sebenarnya," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Pada sidang media semalam, Dewan Pemuda PAS mendedahkan meklumat terdapat penduduk sementara pula didaftar sebagai pengundi. Sebelum  ini mereka juga pernah mendedahkan penduduk tetap didaftar sebagai  pengundi namun bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam  selepas didedahkan.
Beberapa buktu kepincangan lain juga  didedahkan termasuk kes Mismah yang boleh bertukar status kewarganegara  dalam tempoh satu jam setengah, Kg Baru menjadi pengundi, kes nombor kad  pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, pengundian berganda, undi  pos dan beberapa kes lain. Perkara sama turut dipersoal  timbalannya, Adram Musa yang mahu JPN segera menjelaskan kepada rakyat  apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Katanya, dalam keadaan negara  akan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 yang makin hampir, JPN selaku  agensi pengesahan data terpenting pula dilihat bermasalah.
JPN akui kelemahan
Sementara  itu, JPN hari ini mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pengkalan  data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan  sebagai pengundi. Seorang jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor dipetik Malaysiakini sebagai  berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad  pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara.
Pegawai  berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa  pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status  kewarganegaraan pada 2008. Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan  sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pengkalan data yang boleh  diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.
Masalah  seperti ini mula dikesan dalam kes melibatkan seorang pengundi yang  meraih kontroversi apabila dikesan dalam data JPN sebagai seorang  penduduk tetap tetapi disenaraikan sebagai pengundi dalam rekod pengundi  SPR. (IH)
 
 

No comments:
Post a Comment