Friday, September 09, 2011

Masalah Alog Terus Parah,, BN Gagal Selesaikan.

Sekeluarga terancam along tagih RM70,000
TERIMA UGUTAN...Rokiah sekeluarga membuat aduan kepada PPIM.
TERIMA UGUTAN...Rokiah sekeluarga membuat aduan kepada PPIM.
KL: myMetro melaporkan.. Sebuah keluarga kini hidup dalam ketakutan selepas diburu along yang meminta bayaran RM70,000 selepas seorang ahli keluarga mereka meminjam wang sebanyak RM3,000 untuk membayar bil hospital di Klang.

Mangsa hanya dikenali sebagai Rokiah, 50, berkata, along dan konconya ada pergi ke premis perniagaannya minggu lalu dan menggugut meminta wang sebanyak RM70,000. Katanya, along berkenaan mahu wang pinjaman itu dilunaskan segera sekiranya mereka mahu selamat.

“Selepas itu, konconya datang lagi ke kedai saya meminta wang sebanyak RM35,000 tetapi ia masih tidak mampu dilunaskan oleh saya kerana jumlahnya terlalu besar.

“Kelmarin, mereka datang lagi meminta wang RM25,000 tetapi saya tiada wang sebanyak itu. Mereka turut mengugut kami sekeluarga hingga kami takut untuk keluar rumah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu amat menakutkannya sekeluarga kerana konco along terbabit kerap datang meminta wang padahal jumlah pinjaman anaknya tidak seberapa tetapi kadar bunga dikenakan amat tinggi dan berlipat kali ganda.

Katanya, anaknya membuat pinjaman dengan along berkenaan April lalu kerana suaminya sakit. Pinjaman itu terpaksa dilakukan bagi membiayai bil hospital.

“Saya tidak menyangka perkara ini menjadi semakin rumit apabila kami sekeluarga pula diburu along terbabit yang menuntut hutang mereka dengan jumlah yang banyak.

“Pada awal pinjaman, anak saya ada membayar sebanyak RM50 sehari bagi tempoh dua minggu dan berhenti apabila kesempitan wang,” katanya yang tidak tahan dengan gangguan along menyebabkan dia sekeluarga nekad membuat laporan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Satu: Sistem pinjaman along perlu diperbaiki semula, supaya inya tidak bertambah parah dan menjerut ketenteraman rakyat. Sudah 54 tahun merdeka, Perikatan atau Barisan Nasional (BH) masih tidak mampu menyelesaikan mesalah kebajikan rakyat Kalau masih tak mampu juga, berhentilah jadi peneraju negara ini..

Dua: Perlu dicari suatu sistem penyelesain baru, dengan menolak sistem ekonomi dan perundangan kapitalis, cari penyelesaian Islam. Kan ramai tenaga cerdik pandai Islam seluruh dunia, dan ulamak-uamak dibayar gaji dengan wang rakyat Malaysia, yang ditugaskan melaksanakan fomula penyelesaian Islam?

Tiga: Cuba lihat dalam Islam, bagaimana sistem pinjaman yang tidak menindas, bagaimana orang yang 'tenggelam dalam hutang' dibela oleh Islam, Bagaiman golongan 'fakir, miskin dibela, dari segi pembelanjaran, kesihatan, dan keadilan sosial lain menurut penyelesain Islam. Jangan dibaiarkan mereka yang terus murtad hanya kerana sedikit makanan.

Empat; Bagaimana institusi zakat dan tabung haji perlu di'telus'kan Kerana ianya bukan badan bisness seperti zakat, bukan dihabisi dengan membeli bangunan kegunaan dan gaji mewah pekerja-pekerjanya semata-mata. Begitu juga penyelewengan salahguna kuasa dan wang tabung haji.

Contohnya, bagaimana orang yang pergi haji dengan 'pakej mewah', boleh terus pergi meninggalkan giliran orang yang menabung berpuluh-puluh tahun terpaksa menungu walaupun wangnya sudah mencukupi. Bagaimana dikatakan ratusan pekerja-pekerja Tabung Haji pergi bepoya-poya dan 'shopping' ke negara China dengan wang Tabung Haji. Dan banyak lagi...

Lima: Di situlah perlunya Negara Kebajikan, apalagi yang berasaskan prinsip, peraturan dan perundangan Islam. Masalah 'along', tentu bisa di'gulung', beres! Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) takkan boleh buat apa-apa, selagi pengampu-pengampu BN yang menerajuinya. IIH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails