Monday, September 05, 2011

Konvoi Pasukan Pengaman (AU), Tembak Tv M'sia?

MOGADISHU 5 Sept 11: Menurut AP, laporan awal yang menyatakan salah satu konvoi pasukan pengaman (dari Kestuan Afrika) mungkin terlibat dalam kejadian tembakan ke atas kakitangan seorang jurukamera Bernama TV Malaysia, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di sini. Hal ini dinyatakan oleh Kesatuan Afrika (AU) itu sendiri.

Menurut satu kenyataan kesatuan itu yang dikeluarkan lewat kelmarin, pihaknya sedang menyiasat laporan awal yang menyatakan salah satu konvoi pasukan pengaman itu mungkin terlibat dalam kejadian tembakan ke atas kakitangan media tersebut.

Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia dan penduduk Mogadishu menuduh pasukan pengaman dari Kesatuan Afrika (AU) yang melepaskan tembakan terhadap beberapa sasaran orang awam di sini. (IH/AP)

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails