Saturday, June 11, 2011

Esok K'tan Cuti Umum,, Tok Guru Umum Sebentar Tadi.

SUKANKOTA BHARU, 11 Jun 11: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini. Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Tahun lepas kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti umum ekoran kejayaan skuad Red Warriors menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir yang juga diadakan di Bukit Jalil. Pada perlawanan itu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan.

Malah pada tahun sebelumnya pemain Negeri Cik Siti Wan Kembang juga menerima insentif daripada kerajaan negeri dengan tajaan menunaikan ibadat umrah di Makkah selepas layak memasuki pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Abdul Fattah berkata, pelbagai insentif diberi kerajaan negeri sebagai sokongan bagi membangunkan sukan bola sepak di negeri ini. Malah katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan cadangan membina stadium dan kompleks sukan yang lebih lengkap di Bukit Merbau, Pasir Puteh yang membabitkan kos lebih RM100 juta.

Oleh itu adalah diharapkan anak-anak Kelantan yang datang menyaksikan perlawanan malam ini di Stadium Bukit Jalil tidak perlu pulang dengan tergesa-gesa memandangkan esok sudah diisytiharkan sebagai cuti umum di Kelantan. Difahamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan datang memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bersama-sama anggota Exco di Stadium Bukit Jalil sebagai suntikan semangat kepada pemain-pemain Red Warriors.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

"InsyaAllah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu.

"Besok DIISYTIHARKAN CUTI UMUM di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," umumnya.

Jaga akhlak dan tatatertib

Sementara itu, beliau juga mahu penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium malam ini menjaga adab dan tatatertib masing-masing agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Ingatan sama turut diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu semangat kesukanan tidak dicemari dengan sebarang insiden pergaduhan.

"Malam ini sekali lagi Kelantan dan Terengganu akan bertemu didalam perlawanan akhir Piala FA, kepada pemain kedua pasukan, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan.

"Kepada penyokong dan penonton jagalah akhlak dan saksiyyah anda walau dimana juga berada.

"Sementara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil, berhati-hati dijalan raya," katanya yang juga bekas Menteri Besar Terengganu. (IH)

5 comments:

akbajalil said...

Salah satu contoh ciri Negara Kebajikan. Keselamatan rakyat.

Anonymous said...

Negeri pemalas.....asyik harap bantuan kerajaan ...patut lah negeri terus miskin...tahniah ganu BN...tetap gah ...tetap hebat penuh barakah....

Unknown said...

Anonymous

Bantuan kerajaan?????? dah duit kerajaan tu hak siapa??? bukan hak milik rakyat Malaysia ke?????????

Unknown said...

tahniah ganu BN. muahahahaha.loya tekak nak muntah. ganu tak cuti pun hari ni..... mane slogan rakyat didahulukan????????? tipu tak habis2x.

Gobeksirih said...

Adakah ini makna negara kebajikan? Sepatutnya negara tingkatkan produktiviti- tapi dijadikan hari cuti kerana bolasepak, walaupun tak johan!!! Ini dasar nak populariti dan undi. Dan kalau ini asas keputusan kepimpinan, menuju kebawahlah Msia ku. Nik Aziz doa menang tapi Kelantan kalah, di saat2 sudah nak menang. Itu tunjukkan kekuasaan Allah swt bagi mereka yg nak berfikir... apakah doa beliau ikhlas utk kesejahteraan umah atau nak nama, populariti atau lain2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails