Tuesday, January 04, 2011

Ubahsuai Nyamuk Kawal Populasi, Ditangguh..

JOM KREATIF

KL 4 Jan 11: Pelaksanaan uji kaji lapangan bagi nyamuk jantan transgenik, iaitu nyamuk yang diubah suai secara genetik bagi mengawal populasi nyamuk aedes di negara ini telah ditangguhkan berikutan bantahan daripada pakar alam sekitar, lapor AFP. aedes mosquito 180910 aedes mosquito

Dalam uji kaji yang pertama seumpamanya di Asia, 4,000-6,000 nyamuk Aedes aegypti sepatutnya dilepaskan bulan lalu bagi memerangi denggi yang telah mengorbankan 134 orang di Malaysia tahun lalu. Serangga berkenaan diubah suai secara genetik agar anak nyamuk berkenaan akan mati dengan segera - teknik yang diharap dapat mengawal jumlah nyamuk itu.

Spesis betina Aedes adalah yang bertanggungjawab menyebarkan denggi. Cadangan uji kaji itu bagaimanapun menerima pelbagai bantahan daripada kumpulan alam sekitar dan mereka menuntut ia ditangguhkan kerana nyamuk GM itu dikhuatiri mungkin gagal menghalang denggi dan mempunyai kesan sebaliknya.

Terima 30 maklum balas

Seorang pegawai kanan dari Jabatan Keselamatan Bio memberitahu AFP uji kaji yang sepatutnya dilaksanakan di dua negeri itu telah ditangguhkan sementara menunggu perbincangan dengan penduduk yang terbabit. dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905

"Terdapat banyak protes. Kita sekarang mensasarkan uji kaji dijalankan pada separuh tahun pertama 2011,” kata Mohamed Mohamad Salleh, pengarah kajian dan penilaian, jabatan berkenaan.

"Mereka (pihak berkuasa kesihatan) mesti mendapat persetujuan penduduk di kawasan di mana penduduknya terbabit.

"Jika kawasan itu tidak berpenghuni, kelulusan mesti diberikan oleh pehgawai kerajaan,” katanya.

Mohamed berkata forum awam akan diadakan bagi menerangkan uji kaji berkenaan. Kementerian Alam Sekitar setakat ini menerima 30 maklum balas daripada kumpulan antarabangsa dan juga tempatan berhubung uji kaji kontroversial itu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails