Monday, January 03, 2011

Rokok Elektronik, Bagaimana Hukum Dalam Islam?


BEBERAPA sampel rokok elektronik.
JOM KREATIF

Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia

PARIS 2 Jan 11: Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.

"Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun," kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004. Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85). Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.

"Saya berasa gembira dengan rokok ini. Saya mahu mengulangi perasaan merokok tanpa nikotin," kata salah seorang pengguna rokok tersebut.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok. Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan kelebihan rokok elektronik..

1. Tiada kesan sampingan seperti anda menghisap rokok biasa!
2. Tiada kesan terhadap Smoke Detector!
3. Mempunyai beberapa flavor seperti rokok sebenar!
4. Membantu mengurangkan kadar pengambilan rokok berbahaya!
5. Anda dapat berjimat lebih banyak berbanding menghisap rokok biasa!
6. Asap yang dihasilkan adalah Water Vaporation (wap air) dan tidak...

Memang kreatif, tetapi kreatif dalam perkara membazir dan menyumbang kepada keburukan memang tidak digalakkan. Bagaimana kalau hal ini di'kretif'kan lagi ke arah yang memberi manfaat, menjadikannya sebagai bahan kesihatan atau perubatan?

Bagaimana pula hukum rokok dalam Islam? Secara ringkasnya, polemik ulama tertumpu antara makruh dan haram. Tidak dalam hukum sunat dan harus. Wallahu aklam.

Lihat lagi siri-siri kreatif..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: \

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails