Thursday, January 06, 2011

Sultan Pertahan Khusrin, BN Menang?

Sultan Sharafuddin (kiri) menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sah mengikut perlembagaan negeri. — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 6 Jan 11: Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah, meskipun dibantah oleh kerajaan negeri. Sultan Selangor menekankan bahawa baginda bersikap berkecuali dalam kemelut semasa berhubung pelantikan Khusrin.

Malah baginda bertitah perkara itu tidak perlu dipolitikkan.

“Beta mahu menekankan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri selari dengan perlembagaan negeri dan juga perlembagaan persekutuan.

“Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan, disensasikan sehingga menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat. Harapan beta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan cemerlang,” titah Sultan Selangor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sultan Selangor bersikap berkecuali, tetapi menangkan Khusrin. Tuanku tidak mahu perkara itu dipolitikkan, apakah itu pun boleh ditafsirkan 'cakap politik' penyebab BN menang? Wallahu aklam.

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

3 comments:

Kuda Perang said...

Benar apa yang dititahkan Tuanku Sultan itu... Perlantikan Khusrin adalah sah mengikut peruntukan UUTNS. Selari dgn perlembagaan persekutuan... Ini semua terjadi kerana pindaan UUTNS dlm perkara yang berkaitan pada 1993 dulu... Siapa yang merintis jalan kepada keadaan ini... mereka dan keluarga mereka lah (juak-juak gerombolan)...
Jadi Sidang Khas DUN memang benar2 diperlukan bagi membuat pindaan mengembalikan semula kuasa kpd Sultan utk melantik 3 jawatan eksekutif di Selangor! Dan selanjutnya, rakyat memsti memberikan mandat kpd PR bagi memerintah Malaysia bagi memulihkan semula situasi negara kita yang semakin teruk porak peranda hasil kerjatangan UMNO-BeEND yang laknat itu!

Anonymous said...

Bila Sultan sendiri buat keputusan kenyataan sebegini mang semua orang akan keliru.
Siapa yang bertanding dalam pilihanraya? Bagaiman seseorang yang tiada hormat kepada Menteri Besar boleh duduk dalam mesyuarat yg dipengerusikan MB sendiri?
Bagaimana kalau Agong buat keputusan memilih siapa saja dia suka untuk dilantik menjadi KSN dan tidak melibatkan PM Najib? Adakah UMNO akan terima?
Tahun 1983 dan 1993 sudah membuktikan selama ini UMNO merampas kuasa raja Melayu dan Utusan antara dalang utama menjadikan tajuk muka depan termasuk cerita Raja Negeri Sembilan mempunyai ladang ternakan babi. Di mana pejuang Melayu masa itu?
Yang jelas ini semua soal kuasa dan duit. Bila UMO terlepas Selangor mereka terlepas sumber wang. WALAUPUN sebenarnya MB Khalid Ibrahim sendiri membiarkan puak UMNO terus menguasai projek dalam semua PBT di Selangor. Tak cukup lagi? Biarkan biarkan.

Anonymous said...

kita org melayu pun silap layan sultan macam pemimpin agung.....semua dia dapat. nak tu dapat nak ni dapat. nabi sendiri ikat 2 ketul batu kat perut utk menahan lapar. ini.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails