Tuesday, January 04, 2011

Blogger Pro PR.. Tok Guru Nik Aziz Nak Jumpa!




KL 4 Jan 11
:
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program yang akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan.

Dalam dialog dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain dari sama-sama mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lainnya sebagai media baru yang efisyen menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro-Pakatan Rakyat boleh MENDAFTAR diri sekarang dengan menghantar emel kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumwajibkan NAMA dan NAMA BLOG yang sedang beroperasi. INGAT DAFTAR SEKARANG dan sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dll yang anda boleh capai.

Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 6 Januari 2011. Tarmizi mengharapkan mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan-rakan blogger lain secepat mungkin. (IH)

5 comments:

goodlistener said...

Tempohari Pok Najis kutuk blogger. la ni nak jumpo lak.Itu lah jadinya kalau yg sokong Pok Najis semua betul dan Yg tak sokong Pok Najis dah pasti salah. Kita ini negara domokrasi Pok Najis dan sesiapa bole bersuara tetapi ada batas dan sempadannya.Jgn Merapu dan rasa diri terlalu bijak tang ugama...SEBENARNYA POK NAJIS ADALAH MANUSIA ISLAM YG MELACURKAN AGAMA ISLAM DEMI KUASA POLITIK....INSAF DAN TAUBATLAH SEBELUM TERLEWAT.....HARIMU DAH TERLALU SENJA......INGAT2

p said...

Mu ni sebut pok najis tu untuk boh mu si najib...kalu boh ambo Tok Guru Nik Aziz...senja tak senja perjuangan perlu diteruskan!takbirrr!sol lagi ambo nok royak, demokrasi dimalaysia hanya untuk puok mu jah...takder makna pun demokrasi tu kalu puok2 mu yg khianati demokrasi tersebut...mu perlu sedar boh, jange dok buat keje gilo sampai mati...

Anonymous said...

Sdra good... Ini blogger yang pro Pakatan Rakyat sahaja. Kalu blogger celaka atau blogger gampang yang jadi talibarut parti usus busuk memang tegah datang.

Anonymous said...

ambo pun kutuk bloger2 umno-BN memang tak reti bahasa dan tak boleh diajar kerana suka sebar fitnah dan hujah2/fakta terpesong.ambo anggap kebanyakan blogger2 umno-BN ni tak berfaedah kpd rakyat dan negara krn menjadi pembela kpd kerakusan dan kejahatan umno-BN...

Anonymous said...

Saya tgk, kalau blogger pro Pakatan ni, w/pun bahasa dia kdg2 agak kasar, tapi hujah dia lebih kuat dan meyakinkan, dibanding dgn blogger pro Barisan cth Papagomo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails