Monday, January 03, 2011

Pinda P'lembagaan S'ngor: ADUN PR Kurang 1 -Hafarizam

Datuk Hafarizam Harun.

KL 3 Jan 10: USAHA meminda perlembagaan negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga dalam mesyuarat DUN Selangor. Demikian dibangkitkan oleh Penasihat undang-undang Umno-BN Datuk Hafarizam Harun.

Pada sidang media petang tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor bercadang mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Pindaan itu bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Khalid berkata, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan, kata Khalid.

Tetapi, menurut Datuk Hafarizam Harun. “Mereka (ADUN PR) kurang satu,” kata beliau sambil berkata, Pakatan Rakyat hanya mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri.

“Adakah anda yakin BN akan bersetuju dengannya (usaha Pakatan Rakyat)?” Hafarizam juga mempersoalkan motif Pakatan Rakyat untuk meluluskan usul bagi mengembalikan kuasa diraja yang dibataskan pada 1993.

Sebelum itu Hafarizam berkata, “Jika benar bahawa Menteri Besar akan menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri daripada menjadi sebahagian daripada Exco ataupun menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri, jawapan saya ialah beliau tiada kuasa untuk berbuat demikian sebab kuasa untuk sertai (sidang DUN dan Exco) adalah kuasa perlembagaan yang diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sebaik beliau dilantik,” kata beliau.

Oleh itu kata Hafarizam, Menteri Besar mesti membenarkan beliau untuk menghadirinya.

“Menteri Besar tidak boleh mengendalikan perkhidmatan awam negeri. Secara perundangan, Menteri Besar tidak boleh campur tangan dalam proses pentadbiran negeri harian.

“Menteri Besar tidak boleh memberi arahan kepada perkhidmatan awam kecuali beliau (Menteri Besar) bertindak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu,” kata beliau.

“Ini kerana ketua perkhidmatan negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Kata Hafarizam, jika Khalid memberikan arahan secara langsung kepada jabatan-jabatan awam negeri dan agensinya, beliau akan bertindak melampaui kuasa yang ada pada beliau. Sehubungan itu kata beliau, tindakan itu boleh dianggap sebagai “ulra vires” jika Khalid berbuat demikian. “Bermakna ia boleh dicabar di mahkamah.”

Hafarizam juga berkata, perlembagaan negeri Selangor menunjukkan pelantikan Khusrin adalah sah dan Menteri Besar tiada asas untuk mencabar keputusan itu. “Dari segi sejarah, Selangor merupakan negeri Melayu bersekutu. Perkhidmatan awamnya bukan (perkhidmatan) tertutup bermakna sesiapa sahaja dari persekutuan boleh dipinjamkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau.

“Jadi, pelantikan perlu melalui SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam),” kata beliau. (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

4 comments:

Anonymous said...

yang bodoh dan dunggu dia ni jer loyar APCO tolong

Anonymous said...

Khalid gagap tu bodoh...mengaku pandai!!!!

Anonymous said...

Semua orang tau UMNO yang hina raja Melayu dan menarik kuasa Raja Melayu. Semua ni kerja Mahathir dari tahun 1983 lagi.
Sejarah Melayu Melaka dan Nusantara buktikan geng Mamak Kutty ni selalu menimmbulkan masalah dan menjahanam Raja Melayu.
Utusan pimpinan ZAM jugaklah yang dok kutuk Raja Melayu masa mesyuarat UMNO tahun 1993 terutama kes Gomez jurulatih hoki Johor dulu.
Selepas itu ada mahkamah khas dan boleh dakwa Raja Melayu termasuk saman Standard Chartered terhadap Raja Negeri Sembilan Tuanku Jaafar.
Sapa yang wujudkan semua pindaan dan peraturan baru ini kalau bukan Mahahtir.
Nilah dia bapak batu Api Malaysia. Malaysia BOLEH!
Sebab itu dia kata Melayu Mudah Lupa. Lupa dia dah jahanamkan semua.

Anonymous said...

Salam,

Kalau betul lah kata Anon UMNO yang hina raja Melayu dan menarik kuasa Raja Melayu dan ini dikatakan kerja Dr.M maka saya berpendapat bahawa DrM memang bijak, sebab dia tahu salepas hampir 30 tahun kemudian akan ada kerajaan saperti PR yang akan memporakperandakan insitusi Raja Melayu saperti yang berlaku dihari ini di Selangor.

SYABAS TUN... YOUR PAST ACTION JUSTIFIEDWE ARE ALWAYS WITH YOU...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails