Thursday, January 06, 2011

Dr Mujahid: Kemukakan Wacana Menuju PAS Baru.




KL 6 Jan 11: Weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa seperti yang dilaporkan Harakahdaily.net hari ini.

Antaranya menyebutkan, "Hujah yang membina wajar diketengahkan menerusi saluran yang dibolehkan dalam parti mahupun Islam, sebab pandangan baik perlu diambil jika mahu melihat parti semakin kukuh untuk menggantikan Umno di Malaysia."

Malalui media tersebut juga, Dr Mujahid berkata, beliau berusaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan PAS selama hampir 50 tahun lebih. PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinanya dan buku 'Menuju PAS Baru' yang dihasilkan beliau itu, hanyalah garapan terhadap masa depan organisasi PAS yang perlu difikirkan oleh generasi muda dalam PAS.

Bahkan, beliau bersedia turun ke wacana dan diskusi tersebut jika ada pihak yang menganjurkanya demi menghilangkan kekeliruan yang ada dan tidak timbul soal mahu memecahbelahkan parti atau menghentam parti secara semberono.

Editor weblog Ibnu Hasyim mengatakan,

"Saya juga mencadangkan supaya diadakan wacana atau diskusi untuk membincangkan isi kandungan buku beliau 'Menuju PAS Baru' itu, dengan menjembut penulis menjawab kritikan-kritikan dan permasalahan yang timbul. Bukan bertelagah dalam akhbar atau berseminar membuat rumusan negatif tanpa penglibatan beliau selaku pimpinan PAS, sehingga membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan.

"Bertelagah menerusi akhbar tidak boleh mendapat kata sepakat bahkan mengeruhkan lagi perhubungan yang selama ini terbina atas landasan tarbiyah PAS yang kukuh. Wacana atau diskusi dapat membawa kepada budaya yang sihat dan keterbukaan, terhadap pandangan terbuka sesuai dengan asas masyarakat untuk melahirkan pemikiran telus, matang dan berwibawa. "

Melalui media Harakah tersebut, Dr Mujahid mencadangkan, "Adakan wacana atau diskusi untuk menghilangkan kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku Menuju PAS Baru yang saya tulis, bukan masuk akhbar pro kerajaan mengatakan ketidak puasan hati.." ujarnya.

Lagipun, tambah beliau buku tersebut hanya menyentuh betapa perlunya beberapa pengubahsuaian organisasi parti sendiri demi masa depan PAS yang akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini. Tidak langsung mengkritik dasar perjuangan yang telah dimeterai sejak dulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menambah, segala pandangan yang dilemparkan semuanya ikhlas untuk memastikan PAS menjadi lebih kukuh dan bukan sebaliknya. “Saya amat sayangkan parti penyelamat ini,” kata beliau.

"Setakat ini, saya (Ibnu Hasyim) belum dengar lagi respon positif mengenai pelawaan Dr Mujahid mengenai bukunya itu."kata editor Blog Ibnu Hasyim lagi. "Mengapa?" (by ASYOK KUMAR)

Sila lihat secara keseluruhan..

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails