Monday, January 03, 2011

Hasil Pertemuan MB-Sultan S'ngor Pagi Tadi.

Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM, 3 Jan 11: Bercakap pada sidang akhbar di sini pagi tadi, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan,” katanya.

Khalid hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di sini bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih oleh sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Khalid mendakwa semasa mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK baru, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. “Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah tuanku, kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut,” katanya.

Menteri Besar itu berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. “Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Mohamad Khusrin Munawi (SUK baru) tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.

Oleh itu, Selangor akan mengadakan sidang khas DUN bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar. Perkara itu akan dimaklumkan kepada Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Sementara itu, bagi pihak SUK yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya. Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

Beliau turut menolak dakwaan pelantikannya itu adalah strategi kerajaan BN untuk merampas semula Selangor atau beliau akan bersikap rasis berikutan latar belakangnya sebagai bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).(IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

1 comment:

Anonymous said...

Kemelut yang sedang melanda pentadbiran negeri Selangor ini satu rahmat.
Dengan tindak tanduk KSN yang jelas sekali cuba memperlekehkan kepimpinan kerajaan pilihan rakyat di Selangor, jelas ia bukan tindakan sendirian.
Adakah mungkin KSN bertindak TANPA arahan PM?
Mustahil, seorang gred JUSA C melompat mengisi kekosongan JUSA A.
Mustahil, KSN tidak nampak pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Khusrin.
Mustahil, KSN tidak sedar jawatan Pengarah Jab Agama Islam Selangor perlu dipimpin oleh seorang yang tak boleh bertutur dalam Bahasa Arab dan tanpa Sarjana Muda Pengajian. Beratus lagi graduan Azhar dan Pengajian Islam di Selangor ini yang lebih layak memimpin JAIS. Tetapi kenapa yang cuma lulus ekonomi UKM jugka perlu diletakkan di situ?
Ini sahaja bukti JPA dan PTD sudah tentunya tamak dan tidak faham roh pentadbiran. Ynag mereka faham hanya pangkat dan gaji yang akan dinikmati oleh PTD yang memenuhi semua pejabat kerajaan termasuk di negeri, Satu masa dulu masa Hishamudin jadi Menteri Pelajaran kecoh sebab PTD pun nak jadi pegawai pelajaran Daerah atas alasan mereka urusan hal pentadbiran dan guru cuma mengajar. Mereka lupa guru juga ada ijazah pentadbiran dan pengurusan pelajaran. Jadi apa yang susah? Dan sehingga satu peringkat dicadangkan semua pengetua diisi oleh PTD jugak! Ini namanya tamak haloba.
Kini dalam kemelut di Selangor, jelas KSN menjadi budak suruhan Najib dna UMNO.
Dulu UMNO yang buang semua kuasa Sultan bermula masa Sultan Pahang jadi Agong. Kemudian tahun 1993 selepas kes Sultan Johor tampar Gomez. Semua akhbar terutama Utusan Malaysia menghentam semua Raja Melayu dan mengeluarkan pelbagai perkataan dan hasutan menghina mereka kerana salahlaku.
Akhirnya ada Mahkamah Khas yang membicarakan salahlaku Sultan.
Terakhir bila Standard Chartered saman Raja Negeri Sembilan dan menang dalam kes itu.
Mana dia hulubalang Melayu termasuk peguam UMNO? Mana dia Hakim Negara sekarang yang juga peguam UMNO dulu nak soal tindakan masa itu? Kenapa dia diam? Dan sekarang menjaga hal perundangan Malaysia termasuk hak raja Melayu?
Mana dia semua pejuang UMNO masa itu? Apa yang UMNO tak kata tentang Raja Melayu masa itu?
Jadi jelas, yang menghina dan menarik kuasa raja termasuk dalam isu melantik pegawai kerajaan Negeri adalah salahlaku UMNO dan Mahathir Kutty. Memang pun dari zaman Kesultanan Melaka lagi mereka dari India nilah yang selalu menimbulkan huruhara di Tanah Melayu dan Musantara.
Kenapa pulak marah bila perlembagaan perlu dipinda supaya kuasa Sultan Selangor nak dikembalikan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails