Monday, January 03, 2011

Awas! Calit Minyak Hitam: Taktik Baru Pencopet.

LIHAT...orang ramai melihat gondola yang tersangkut di Menara Bank Pembangunan, semalam.

Tengok apa tu? Ini bukan kisah pencopet atau gang seluk saku. Ini kisah dua lelaki warga asing tergantung hampir tiga jam apabila gondola dinaiki mereka untuk mencuci tingkap di tingkat 29, Bangunan Bank Pembangunan, Jalan Raja Abdullah, di KL mengalami masalah teknikal, pagi semalam. Alhamdullah mereka berjaya diselamatkan.

KL 3 Jan 11: Tidak cukup dengan kehadiran geng seluk saku dan curi didalangi warga asing, kini muncul pula ‘geng minyak hitam’ yang mencalit minyak pada pakaian bagi memperdaya mangsa sebelum beg tangan mangsa dilarikan.

Suspek dipercayai berkeliaran di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, dikesan sengaja mencalit minyak hitam itu bagi memaksa mangsa masuk ke dalam tandas membersihkan kesan kotoran itu. Bagaimanapun, ketika mangsa hendak membersihkan kesan minyak itu, ahli geng terbabit melarikan beg tangan mangsa.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4.30 petang 24 Disember lalu, seorang suri rumah berusia 41 tahun yang membeli-belah di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, menjadi mangsa. Ketika kejadian, mangsa bersama tiga ahli keluarga masuk ke sebuah kedai menjual pakaian berjenama terkemuka sebelum mencuba pakaian dalam kedai itu.

“Bagaimanapun, seorang jurujual menegur mangsa dan memberitahu terdapat kesan calitan minyak pada belakang baju kedua-dua anak mangsa.

“Mangsa pergi ke tandas di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan bagi membersihkan kesan kotoran itu.

“Mangsa meletakkan beg tangannya di singki di luar tandas berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa yang selesai membersihkan kesan kotoran itu terkejut apabila mendapati beg tangannya lesap,” katanya. (Sumber myMetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails